Wednesday, August 05, 2009

Demam Windows 7


Dah lebih kurang dua hari aku dilanda oleh demam Windows 7 neh. Ehem, aku sebenarnya lama dah tahu kewujudan "awek mantap" windows yang terbaru nih, tapi empat lima hari yang lepas, baru terbuka hati aku nak berubah daripada Windows Xp aku kepada Windows 7 yang cun tu. Bermula daripada kekecohan yang berlaku di Twitter, aku cuba dekati dan belajar macam mana nak menukar Windows aku kepada Windows 7.

Oleh kerana terlalu 'teruja' dan semangat, aku dah berjaya mendownload 25 link mediafire Win 7 yang bersize 3.2GB lalu aku format laptop kesayanganku itu. Percubaan pertama aku memang berjaya, tetapi ada sedikit kehampaan berlaku setelah driver pada Windows 7 aku tak menyokong laptop tersebut. Aku bersihkan hard disk aku dan cuba sekali lagi, ternyata aku tak berpeluang untuk menggunakan Windows hebat ini.

Walaubagaimanapun, aku tetap puas kerana dapat menggunakan Windows 7 pada laptop milik kawanku yang aku terima untuk dibaiki. Oleh kerana pengalaman yang aku dapat semasa memasang Windows 7 di laptop aku, aku berjaya memasang Windows baru tersebut pada laptop milik kawan aku dan pada sebuah laptop baru, milik rakan aku juga yang baru sahaja dibeli pada malam semalam. Kini, aku telah berjaya memasang Windows tersebut pada dua laptop dan seterusnya dapat meng-aktifkan windows tersebut.

Komen aku tentang Windows 7 RTM 7600:

Windows yang lancar, laju dan juga menarik paparan muka hadapan yang lebih cantik daripada Windows Vista. Lazimnya, kita tahu Windows Vista mempunyai masalah untuk loading dengan cepat, tapi pada Windows 7, kelajuannya amat memuaskan.

Bagi pengguna Windows 7, ternyata anda pengguna yang memang selalu up-to-date. Yelakan, semua perisian dalam Windows 7 amat sempurna dengan perisian baru seperti Adobe Photoshop CS4, Internet Explorer 8 dan lain - lain lagi. Memang nampak seperti anda amat maju kehadapan dan 'hebat'.

Sungguh mudah! Tidak perlu pening kepala untuk mencari driver pada komponen dalaman laptop tersebut. Aku boleh goyang kaki sambil melayari internet ketika memasang Windows ini. Ini baru kecanggihan teknologi. Teknologi yang tak menyusahkan manusia.

Walaupun aku agak sedikit cemburu kerana tidak dapat menggunakan Windows 7 ini, aku tetap berbangga kerana dapat ilmu baru. Malam semalam, dua laptop, iaitu sebuah laptop milik aku dan milk kakak aku telah menjadi mangsa ujian untuk Windows 7. Setelah kedua - duanya gagal, aku dengan pantas kembali memasang Windows Xp semula pada laptop tersebut. Frust menonggeng weh!
Paparan win 7 milik Ziela yang aku pasang

Jumlah laptop yang aku telah pasang Windows 7 ialah empat buah, tetapi yang kekal adalah dua buah sahaja. Lagi dua tu, takpela. Tak ada rezeki lagi nak guna Windows baru. Nanti kalau aku beli laptop baru, akan aku pasang "awek mantap" ini.

P/S: Thanks rakan - rakan Twitter semua kerana sudi tolong aku. Kalau korang pening macam mana nak aktifkan Win7 anda tu, anda boleh rujuk di sini dan juga disini ya.

P/SS: Kalau aku tunggu nak pinjam CD orang tu, nampaknya janggut aku panjang sampai kelututlah baru nak rasa Windows 7 ni.

33 comments:

  1. waa..mcm best weh..tp awat kat laptop ang tokleh guna?

    ReplyDelete
  2. P/SS: Kalau aku tunggu nak pinjam CD orang tu, nampaknya janggut aku panjang sampai kelututlah baru nak rasa Windows 7 ni.

    mana orang tu? mai aku hempuk dia..wakakakaka, tapi syokkan w7?

    ReplyDelete
  3. @myfr3ak..
    hang la mangkuk tu.. haha (lawak je) memang syok.. smooth..

    @che pah..
    boleh memang boleh, cuma tang grafik ja dia tak support. 1 lg driver payah nak cari..

    ReplyDelete
  4. 25 link mediafire Win 7?? hey andaa

    kenapa tak download di laman web rasmi microsoft??3gb tu dua jam ajee...
    penat2 je anda download banyak2..lagipon..takyah ltk kat dvd..pakai Clone DVD Jee..boleh install tross...

    ReplyDelete
  5. hahaha.. tamaknye pasang win7
    penuh.. erk.. hang buat parttime
    repair pc eh.. bagus betoi la

    ReplyDelete
  6. WAAAAA ! nk jgak ! download kt mne uh ? buleh share link tk ? aha.

    later anta kt email ni eh, aiehazari@gmail.com

    p/s ;klu buleh share la, klu tk le, tk pe la. ;[

    ReplyDelete
  7. haa tu si hazari nak.. antaq la kat dia plak..ekekkee,

    aku bukan apa bro.. risaukan hampa ja..sat mai balik pulau, hampa jugak yang takot satgi..hehe, nampak menda melayang ka, menggolek ka..

    ReplyDelete
  8. dulu b'kobar2 nk try ubontot ... eh , ubuntu ... ko guna ke x???

    ReplyDelete
  9. pergh!

    aku memang dah lama mau tukar tapi aku prefer Mac system~

    ReplyDelete
  10. beshnyer...
    tapi.. nanti lah kot pakai.
    laptop ni demam sket.

    ReplyDelete
  11. apasal nama dia mesti Windows 7 ek?
    anyone knows y??
    seven eleven kah???

    ReplyDelete
  12. win 7 tetap di hati.. thanx win xp atas segala jasamu.. hahaha... erm guna la driver lama pasang kat win 7.. kan bulih...

    ReplyDelete
  13. wah...windows 7 lagi...aku baru pas upgrade windows 7 rtm setelah sekian lama pakai rc. hehe

    ReplyDelete
  14. Woah.. satu lagi komen baik ttg windows 7.. Can't wait to change also..

    ReplyDelete
  15. aku pon cam ko testing kat laptop

    member aku je. Tapi performance dia

    memang bagus la berbanding vista.

    laptop aku ntah bila plak nak install

    ingat nak tambah ram dulu br try....

    ReplyDelete
  16. mana nak dapat link mediafire ko donlod tuh eh?
    boley share kat aku x?

    taufique_radox@yahoo.com

    p/s : boleh share ke, xleh share ke thanks aneway. hoho~

    ReplyDelete
  17. macintosh tetap di hati... coz xyah nk riso pasal virus. heh~

    ReplyDelete
  18. hey nice one! i dont think i'll ever use microsoft OS soon.. coz i will be using a macbook! =)

    p/s: i've migrated to wordpress. do refollow me coz the feed link has changed.. the previous BLogger feed link is no longer working! thanks! =)

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  19. adeh aku ketinggalan beb komen sini..tu la..time aku tggu ko tak publish2..hahaha..welcome to the new world of 7..hehehe

    ReplyDelete
  20. gua baru pasang window 7 transformation pack ^^

    ReplyDelete
  21. akak lagi tak reti apa pasal window2 nih..tapi nanti akak beli laptop..hang tolong pasang window nih kat akak ek! :p

    ReplyDelete
  22. Bagus luth; hang seorang anak muda yg sukakan teknologi dan pandai menggunakan teknologi ke arah kebaikan..hehe..(amboi!! beriya akak puji hang ni..erm??)

    ReplyDelete
  23. eh, jajap. yg luth download tu, 32bit.. ke 64bit ?

    ReplyDelete
  24. apasal nama dia mesti Windows 7 ek?
    anyone knows y??
    seven eleven kah???








    Windows 7 Diberi nama sebab Windows
    telah mengeluarkan windows yang ke 7.0...

    ReplyDelete
  25. aien dh gune wins 7 sejak sebulan dlu.. mg canggih beb.. softwre sume cntek! senang

    ReplyDelete