Monday, August 10, 2009

Dj duet secara langsung!

Pada posting yang lepas, Luth ada bercerita berkaitan Mini Un - official Gathering Desa FM yang dianjurkan bersama Mama Rozi, Co Author Penulisan2u, Luth telah bermalam di kediaman Dj Aus yang terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Memang dah lama Luth nak mendeejay bersama Aus, dan alhamdulillah harapan dan angan - angan Luth tercapai akhirnya. Walaupun hanya kenal di internet, kami rasa macam sudah dua tiga tahun berkenalan. Haha, itulah kekuatan internet neh.

Kami berdua sempat keudara bersama di Desa FM menggunakan konti Aus di Wangsa Maju. Memang best. Memang seronok dapat keudara bersama - sama. Walaupun kami berdua hanya deejay di stesen radio internet, tapi kepuasan yang dikecapi tu amat - amat puas.

Nak tengok sedutan live Deejay Desa FM? Jom tengok video dibawah:



Ada lagi sebenarnya cerita yang banyak nak dikongsi, tapi mood untuk berblogging tak mai lagi. Badan masih letih, tak bermaya nak blog walking. Huhuhu.

11 comments:

  1. yehhh sy jd org first.. kekekekkeke.. sedih x dpt nak jumpa dj2 nie... xperlah ... klu ader sumur di ladang..boleh sy menumpang mandi.. klu ader umo pjg..pasti kiter dpt berjumpa nnti.. chewahhh... kekkeke jwb dj luth... jgn x jwb...

    ReplyDelete
  2. @zara..

    mmg best..

    @missema..

    bagai mana nak ada sumur,
    kalau hamba tida ada ladang,
    andai kata saya panjang umur,
    jangan anda tak datang!

    hahaha..

    ReplyDelete
  3. sy jwb yer dj luth...

    Bina sahaja mandian disitu
    apa di harap sumur diladang..
    klu dj luth dh kata begitu
    sy disini sudi bertandang
    kekkekekekek....

    ReplyDelete
  4. "yang selalu banyak cakap.. spe tu, awak le.."

    cmtu la lebih kurang ayat lam video tuh.. haha.. lawak siot..

    ~~aku dah tengok awal2 time ko tweet, tkleh tgk banyak2, tenet slow..

    ReplyDelete
  5. pergh. jadi dj tue. best2. nanti bleh ajar aku jadi dj

    ReplyDelete
  6. >> bila nak berduet dengan DJ YANIE lak?

    hehehe....mabeles dik kamoo jadi DJ...

    ReplyDelete
  7. kekuatan internet.



    aku pun kadang2 jadik tak faham.senang gila mesra bila kat internet ni.best2!ko mmg tererlah luth!ni baru betul anak malaysia :)

    ReplyDelete