Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan!

PEJAM CELIK pejam celik, harini dah masuk 1 Ramadhan bersamaan 22 hb Ogos 2009. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Maha Esa kerana Dia memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Rasa beruntung diri dapat bertemu dan mengecapi kemanisan Ramadhan tahun ini berbanding insan yang telah pergi beberapa hari yang lalu.

Pada tahun ini, kita berpuasa pada bulan Ogos dan InsyaAllah akan merayakan Aidil Fitri pada 23 September 2009. Masih terlalu awal nak bicara dan menulis disini pasal hari Raya sebab ia memang jauh pada kita semua. Pada golongan alim ulama, mereka mahu sepanjang tahun dilimpahi oleh berkat dan keistimewaan Ramadhan pada setiap bulan.

Oh ya, kepada yang berkemampuan untuk berpuasa, puasalah dengan mengikut syarat - syarat sah puasa dan jauhilah perkara yang boleh membatalkan serta mengurangkan pahala puasa. Siapa nak puasa dengan sia - sia? Tak mahu kan? Kepada insan yang tak boleh berpuasa akibat sebab - sebab tertentu, kalau nak mengisi perut yang kosong tu, sembunyi - sembunyikanlah dari pandangan orang lain. Malu itu tetap ada bukan? Hormatilah orang lain, baru diri anda akan dihormati.

Di kesempatan ini, Luth nak memohon ampun dan maaf jika ada tersilap dan terlanjur dalam penulisan blog ini yang  menyinggung mana - mana pihak. Biasalah, kita hanya sedap menulis di blog, tapi yang membacanya bukannya kita sendiri. Selain itu, harap maafkan jika ada terlanjur kata dan tersilap bicara semasa Luth ke udara di Desa FM, kot - kot ada anda ada tak berpuas hati dengan perkataan yang Luth bicarakan ketika menjadi deejay pada jam 8 - 10 malam.

P/s: Ada member melalak, tahun ni puasa dan raya tanpa partner.
P/ss: Tak larat nak kerja part time macam tahun lepas.

16 comments:

  1. tade partner? i ada... hohuhohuhohu~

    slmat berposer fee...

    kosong2x kay...

    ReplyDelete
  2. bro..
    yang2 yok
    bangun pagi jangan cari periuk..
    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan untuk luth juga. kakchik pun mohon maaf sebab jarang2 dapat dtg jenguk luth. semoga ramadhan kali ini memberi lebih banyak kebaikan untuk iman kita.

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa ye..

    Bulan Ramadhan ni kena on air malam gak ke? hehe..

    ReplyDelete
  5. selamat menjalani ibadah puasa.. semoga puasa kali ni lebih diberkati..

    ReplyDelete
  6. selamat ponteng pose..haha..lain tak wish aku??huhuhu

    ReplyDelete
  7. ko tak gi tarawikh ke? time tu ko on air plak kan? hehehe

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan....
    pas 2 slmt berpuasa....
    puasa jgn tngl2...

    ReplyDelete