ADOI, dah masuk semester lima (5) ingatkan bolehlah merehatkan diri dengan tumpukan pada pembelajaran dalam kelas, tapi macam diorang cakap, semester lima ni barulah nak rasa beban jadi pelajar. Oh, yeke? YEZZA. Memang baru rasa macam seorang pelajar, seorang pelajar yang kena berkorban, penggunakan akal fikiran untuk belajar.
Kalau tak ada pengorbanan, tak jadilah sesuatu benda dan tak tercapailah matlamat seseorang. Macam sekarang, aku dah kena handle kumpulan projek aku. Kawan - kawan dah bagi amanah kat aku untuk mengetuai mereka, lepastu aku kenalah bertanggungjawab. Kerja dalam kumpulan ni senang. Dalam masa yang sama, kerja kumpulan juga susah. Tapi yang pastinya, kenalah bagi komitmen 100%. Itu yang penting.
Sekarang, penyelia projek sudahpun dapat dicari, alhamdulillah, dan yang peningnya sekarang nak cari topik dan juga projek apa yang hendak dibuat pada semester hadapan (semester enam) dan proposalnya pada semester ini. Tarikh tutup untuk tajuk projek ialah pada minggu depan. Kena la perah otak memikir, kena rajin menyelidik dan juga kena aktif bertanya.
By the way, tadi aku baru saja belajar menggunakan sebuah perisian yang super hebat dan sejuk daripada Autodesk iaitu Inventor. Untuk kerja - kerja kejuruteraan, perisian ni aku rasa perisian yang paling mantap pernah aku gunakan. Sebelum ni aku belajar Auto Cad yang maha melecehkan. Aku tak minat dengan Auto Cad sebab terlalu banyak coding, tapi apabila menggunakan Inventor, aku jadi bertambah minat untuk explore.
Alhamdulillah, aku beruntung belajar dalam bidang Mekanikal Pembuatan sebab hanya pelajar Mekanikal Pembuatan sahaja yang diajar menggunakan perisian ini dan aku rasa sangat - sangat bertuah untuk mempelajari perisian ini. Kalau nak download, ada link kat sini. Memang best belajar dalam lab CadCam yang sejuk itu. Hahaha.
Satu lagi, hari rasa lega sangat - sangat sebab aku dah lepas interview latihan industri. Memang lega habis. Report aku tak lah di-reject oleh pensyarah, cuma ada satu muka surat yang aku letakkan gambarnya terlalu besar. Nanti bila nak binding, pasti akan tak nampak gambar tersebut. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
blaja btl2 ye nak..jgn jadi cam pakcik ni, dlu blaja mls, skrg merempat je keje...huhu
ReplyDeletesi barua bertutupkan mask tu mesti raja kimak kn? kim salam maut dekat dak KL xsedar diri 2..
ReplyDeleteades, final year project aku pun tak start wat apa lgi...ades...takut pun ada...haha
ReplyDeleteemmm ingatkan kat blog politik je ada anon berbahasa kasar..kat sini pun ada juga anon berbahasa kasar...tu lah manusia atau mungkin gurauan kawan2 tu kot..sangka baik...salam ramadhan
ReplyDeleteselamat berpose..insyaallah leh wat punye projek tu nanti yer..
ReplyDeletesbulan lagi ak pon start jugak
ReplyDeletewaaaa
salam ramadhan ...
ReplyDeletejangan tensen tensen yer :)
ReplyDeletesalam ramadhan utk encek luth
ReplyDelete