Friday, January 22, 2010

Senarai motor idaman remaja zaman sekarang

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia!

Wah, semakin lama saya tengok semakin ramai remaja remaja sekarang menaiki motosikal dijalanraya. Yang tak tahannya, mereka tu masih berada di bangku sekolah dan hari hari ke sekolah menaiki motorsikal. Tak macam saya dulu, nak dapat motor sebijik pun susah, pakai je motor buruk yang ada kat rumah tu pun sesekali je. Selalunya pergi sekolah jalan kaki *sebab duduk kat asrama* hahhaa

Okey, saya harini rasa macam nak kongsi senarai motor motor idaman remaja sekarang :

Pergh, sejak model Yamaha ni keluar pasaran Malaysia tak silap saya tahun 2006, model ini menjadi model yang paling popular dan laris sekali. Yelakan, pada keluaran pertama LC 135 boleh lari laju gila sebab masa tu model ni tak ada cut off lagi. Sejak permintaan motor ini makin tinggi dan banyak juga eksiden kat jalan raya Malaysia, naa terus jadi biasa biasa je. Tapi kalau nak dibandingkan motor ni dengan motor keluaran Yamaha yang lain, saya rasa model ni la yang paling jimat, cantik dan juga amat amat berbaloi kalau nak beli. Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Harganya tak silap dalam lingkungan RM6500.



Dekat area Penang ni dah ramai orang pakai model ni. Dia tak guna minyak 2T dan laju. Saya minat juga model ni. Haritu kalau modal banyak dah lama beli motor ni tapi oleh kerana tak mampu, haha belila model lain. Lagipun, motor ni besar susah nak mencilop celah celah kereta masa nak pergi balik kerja. Hehe



Tanyalah mana mana budak Melayu, suka RXZ ke tak dan jawapanya pasti mereka suka. Orang kata model ni tak akan lapuk dek zaman. Dah sinonim dengan masyarakat Melayu kiranya dah jadi model lagenda. Apa apapun, tak silap saya setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model ni dan saya selalu nampak motor RXZ baru diatas jalan. Itu membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman. kan kan? Kalau budak budak muda beli RXZ ke, mesti kawan kawan depa kata pemiliknya kaya kerana dapat bela motor yang kuat makan minyak dan juga makan minyak 2T. Hehe



Yamaha masih lagi mendominasi, jangan lupa 125z yang amat menarik hati ini. Juga boleh dikategorikan sebagai motor bajet tinggi ni, sebab dia memang laju dan kuat makan minyak. Apa apapun, kalau orang dah gila motor dan bawa laju memang tak boleh nak kata apa. Bila seseorang dah berkenan pada sesebuah motor, kot mana pun pasti dia akan pilih dan beli.



Kat tempat lain tak tahu la nak cakap tapi area Penang ni semua budak budak muda amat gilakan motor ni. Rasanya kat Penang dan utara je kot yang sangat teruja dengan motor besar ni. Saya tak pasti, dengar kata kat KL sana nun tak layan pun Kawasaki Ninja RR nih. Mungkin, kelajuan dan design dia cantik kot ramai sangat budak budak ni ngidam nak beli. Motor ni motor high maintenance ah. Kalau apa apa yang rosak mesti banyak keluar duit dan harga motor ni pun mahal dowh! Erk, baik beli kereta.Rasanya harganya dalam RM8000.



Motor yang paling murah dan popular. Ntah ntah bapak hang guna motor ni apa masa ngorat mak hang dulu dulu? Hehehe walaupun dikategorikan motor murah, tapi motor ni paling paling sedap bila ditunggang kerana ia ringan. Jangan pandang ringan la motor ni, kalau dapat kat budak yang kreatif, daripada gambar standard diatas tu boleh jadi smart gila. Serius ah. Harga lebih kurang RM3900. Motor paling panas dan paling cepat hilang. Hehe biasalah, permintaan part dia tinggi kot.

Skuter yang paling hensem di Malaysia. Dengar kata kalau siapa guna skuter ni semua hensem hensem dan cantik cantik belaka? ye tak? haha Okeylah itu je yang nak dikongsikan disini. Hehe

0 Komen:

Post a Comment