Monday, May 17, 2010

Attention girls : Jangan kawan dengan laki orang!

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia!

Apa yang aku nak merepek pagi pagi ni? Hah, dah lama tak online sebab tak ada internet, dah lama tak update blog dan banyak cerita yang aku nak kongsikan dekat blog ni. Apa yang aku nak kongsi ni, berkaitan dengan kawan dengan laki orang.

Kepada semua gadis gadis sunti diluar sana, yang solo ataupun mollow, yang segak ataupun tidak, yang sporting ataupun tak sporting dan yang gedik lagi menggedik tu, jaga jagalah diri anda daripada kawan dengan lelaki orang. Apa kena ni tetiba nak tulis pasal lelaki orang? Ha, banyak cerita dah berlaku sejak dua menjak ni berkaitan dengan kawin lari la, lari daripada rumahlah, menikah kat siam la dan banyak lagi perkara yang berlaku merisaukan aku.

Gejala buang bayi makin lama makin melampau, semakin didedahkan semakinlah terdedah perbuatan sumbang tu. Dah naik menyampah aku baca surat khabar, tengok tv semua bercerita pasal gejala ni. Apa yang aku nak titik beratkan disini, jaga jagalah dari berkawan dengan lelaki orang. Emmm, bukan tak boleh kita nak bergaul dan berkawan, memang tak salah tapi ada hadnya.

Berkawan dengan lelaki orang ni lebih merbahaya dari kawan dengan lelaki bujang ataupun duda ataupun tokwan. Serius, sebaik baik orang jangan kita sangka di ikhlas dengan kita. pergaulan dan tingkahlaku antara kita dengan lelaki orang harus dijaga. Nak keluar makan, keluarlah bertiga atau berempat, jangan keluar berdua. Nak telefon dan bersembang tu janganlah sembang tak tentu hala, sampaikan dua tiga jam bergayut di talian telefon. Nak bersms pon agak agaklah, jangan sampai tak jadi kerja dan berbalas balasan. Ada hadnya.

Perbuatan yang dilakukan oleh lelaki orang ni amat amat bahaya dan diluar jangaan akal jika kita nak bandingkan dengan perbuatan dan tingkahlaku orang berkahwin. Serius, demi nak dapatkan sesuatu, cara orang yang telah berkahwin ni lebih bahaya dan lebih teruk dari orang bujang. Sanggup dapatkan sesuatu walaupun dengan cara kotor!

So, kalau anda sayang diri, sayang keluarga dan sayang maruah janganlah sesekali rapat dengan laki orang. ingatlah masa depan. Tak rugilah kalau kita mencegah dari merawat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan tidak berguna lagi.

Ikhlas dari hati terus ke jari lalu ke keyboard komputer, Encik Luth

0 Komen:

Post a Comment