Tuesday, September 07, 2010

Caring tu modal jerrr!!

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Entry ni ialah entry lanjutan daripada entry yang lama dulu, iaitu Attention Girls : Jangan kawan dengan laki orang! Kalau tak baca lagi entry tu dipersilakan baca dahulu ok!

Ya, saya ada mempertikaikan sejauhmana jujurnya persahabatan antara lelaki dan perempuan. Saya teringat dua tiga hari yang lepas semasa sedang berbual bual dengan Mamu dan Helmi tiba tiba kami terbuka satu cerita pasal hubungan. Cerita tu amat amat menarik perhatian saya yang kebetulan pada masa yang sama berada dalam situasi yang sama. Situasi apa? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Okey, bila dah sembang rancak macam tu saya tanya dekat Mamu, sebagai seorang tua lama macam mana dia mengekalkan kebahagian rumahtangga sehingga kini walaupun sering bersama sama dengan orang lain dan bertemu dengan ramai orang.

Saya ringkaskan cerita okey. Menurutnya, segala galanya yang berlaku terletak dalam tangan kita sendiri. Segala kejadian dan yang berlaku sekarang dan masa depan semua berpunca dari tindakan diri sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, Mamu bercerita pengalamannya semasa waktu kerja dahulu.
Pada setiap pagi dia akan menumpangkan jirannya iaitu isteri orang bersama sama dengannya pergi ke tempat kerja. Alhamdulillah, sepanjang tempoh dia bekerja dan menumpangkan jiran dia tu tak ada sikit pon perkara yang membabitkan perasaan dan perkara lain (paham paham sendiri). Petuanya? Mamu tak mahu menjadi seorang yang caring.

Orang perempuan ni pantang caring sikit, dia akan mudah terlajak jauh daripada landasan. Cuba bayangkan Mamu seorang yang caring dan ambil tahun serba serbi pasal jirannya tersebut. Kenapa suami dia tak hantar sendiri pergi kerja? Kenapa nak tumpang orang dan kenapa itu ini? Bila kita mula melayan dan buka mulut, mulalah satu episod nasihat menasihati, tegur menegur dan akan jadi banyak perkara si lelaki akan ambil tahu pasal si perempuan tu.

Alah, bila dah semua kita tahu senanglah nak masuk jarum. Senang nak pancing dan ambil kesempatan bagi orang yang niatnya tak baik. Kalau seorang lelaki yang caring dan mempunyai niat yang baik untuk saling nasihat menasihati untuk kebaikan kawan, tak mengapa tapi kalau ada udang disebalik mee? Apa cerita?

So kesimpulan daripada perkongsian cerita diatas tu, saya nak titik beratkan kepada semua awek awek solo jangan mudah terpedaya dengan caring si lelaki tambahan laki orang. Bukan saya nak tanamkan perasaan tak percaya dalam diri pembaca tapi saya hanya nak nasihatkan sebelum apa apa perkara yang tak diingini berlaku. Kalau dah jadi? Menyesal tak sudah!

Caring si lelaki merupakan satu modal untuk dekatkan diri dengan perempuan. Kalau yang ikhlas tu baguslah tapi kita tak boleh nilai keikhlasan seseorang kan? Susah!

0 Komen:

Post a Comment