So, dia buka la cerita yang dia sangat sayang pada bf dia yang sorang nih. Dia ada satu prinsip yang mana once dia dah couple dengan mana mana lelaki, automatically dia akan kurang dengan kawan kawan lelaki dia sebab dia dah ada bf. Buat apa dia nak rapat dengan kawan lelaki sedangkan dia dah ada bf? Tak perlu la kot nak lebih lebih dengan kawan lelaki tu sebab ada ada bf yang kita sayang dan lebih memahami kita dari dia yang dianggap kawan. Lagi satu, sejak dia couple dia tak ada pun kawan lelaki yang rapat, baik gila dan mesra. Dia jaga hubungan antara kawan lelaki dan perempuan macam biasalah. Dia nak jaga hati bf dia, takut bf dia makan hati dan tak suka nanti.
Dulu, sebelum couple dia merupakan gadis yang sangat sosial dan bebas berkawan. Sejak couple, dia terus ubah perangai nak jadi sorang yang setia, ingat akan bfnya dan nak jaga diri jugak.
Tambahan lagi, dia akan rasa serba salah kalau keluar dengan mana mana lelaki berdua duaan walaupun lelaki tu kawan sepejabat dan pastikan bukan berduaan bila nak keluar dengan memana lelaki pasti ada kawan perempuan yang akan teman. Jauh sesekali dia akan keluar dengan dua tiga orang lelaki dan hanya dia seorang je perempuan. Dia takut orang sekeliling salah faham. Lagipun, dia sangat jaga hati bf dia. Dia tak nak sebab perangai dia, hubungannya dengan kekasih hati ada masalah dan tak nak dialah punca segala masalah.
So, sembang punya sembang.. Aku dapat buat kesimpulan, yakni masa bercinta buat apa apa pun kena la fikir akan orang lain sama. Walaupun teman kita tu open minded, tak kesah dan tak pernah mengongkong hidup kita (nak kawan dengan siapa, nak keluar buat apa, sms ke gayut dengan siapa dan tak pernah nak cek telefon, ushar inbox sms, tak pernah nak kisah pasal akaun fb) kita kena ingat semua tu. Jangan sesekali buat apa benda yang boleh mendatangkan masalah kelak.
Dah tau diri tu dah berpunya, buatla cara dah berpunya. Kalau dah ada raja dan permaisuri dihati, jagalah ia sebaik mungkin. Tak payahlah nak tunggu bf/gf nak naik angin, kongkong hidup, cek hp bila jumpa, selalu masuk fb korang cek inbox msg, selalu tanya keluar dengan siapa, buat apa, kenapa dan banyak persoalan.. Lahirkan satu perasaan salah bila buat sesuatu perkara yang pasangan tak suka.
Cuma fikir gini jer :
Apalah bf aku akan kata kalau aku keluar dengan mamat ni tak bagitau dia? Apa bf aku rasa eh kalau aku tipu dia macam ni? Nanti, kalau kantoi mesti aku yang kena marah, kalau dia tau mesti perang sampai berhari hari, kalau dia tau aku dok sms / gayut dengan laki yang dia tak suka mesti dia naik angin..
Kalau fikir saja tak cukup kot? Mestilah kena ada action.. Kalau tak ada action, buang masa semua tu..
Satu lagi boleh fikir macam nih :
Eh, kalau bf aku tau aku selalu keluar ngn jantan nih, walaupun kawan jer, kang dia buat balik macam aku buat nih baru aku tau. Padan muka aku.. Ataupun.. Kalau bf aku pun pasang skandal belakang aku / pompuan teman tapi mesra baru tau aku sakit hati. Kang tak pasal pasal je.. Baik aku jangan buat..
Betul la kan, kalau kata kita tak buat dan dia buat kelak ada la balasan yang dia akan dapat. Just tunggu dan lihat, sampai bila nak sorok dan diamkan..
Semua ni terletak pada hati.. Kalau ikhlas bersama, semua benda yang baik untuk hubungan pasti tak akan rasa susah dan kongkong. Kalau betul betul sayang, pasti tak akan buat semua yang tak baik dsb
Ingat, percintaan sebelum kahwin amat penting untuk dinilai. Kalau masa bf/gf buat perangai dan kita tegur dia tak berubah, macam mana nak berubah masa kawin nanti? Nak tunggu masa kahwin baru nak berubah? Adakah ia sudah terlambat atau beri sahaja peluang? Takut takut, ia akan terbawak perangai semasa bujang selepas bergelar suami / isteri orang. So, masa tengah bf/gf ni la kena berubah, yang tak baik bagi jadi baik dan ikut citarasa pasangan masing masing.
Nanti dah kawen, dah ada anak masih lagi buat perangai nak bercerai pun kena pikir 1000x, 2000x.. Kes macam ni la yang banyak jadi sekarang nih salah satu punca penceraian yang semakin menjadi jadi..
P/s : Untuk peringatan diriku, dia dan kamu
0 Komen:
Post a Comment