Biasalah bila jumpa orang ramai dan kenal orang baru pasti kita akan bukak pelbagai cerita. Cerita itu dan cerita ini. Kalau hampa kenal aku, aku akan bukak satu cerita dalam tempoh perkenalan. Err.. Isap rokok tak? Kalau dia kata tak bermakna dia geng aku la dan kalau sebaliknya dia tetap akan jadi kawan aku. Haha
Kebanyakan perokok akan dabik dada. Depa kata takkan mati bila isap rokok ni. Lalu, depa akan berikan beberapa contoh terdekat, orang itu dan orang ini yang mana bukan perokok tapi dia pergi dulu mengadap tuhan. Yela bang, saya tak nafikan semua tu. Ajal maut ditangan tuhan, kita tak boleh nak pertikaikan semua tu tapi ingat tak ingat perbuatan kita menyebabkan kita sendiri tempah maut.
Tak sayang kat ahli keluarga ke hari hari kena hidu asap rokok yang dilepaskan oleh kamu? Tak kesian ke kat anak bini yang mana mengharapkan duit gaji kamu tu untuk dibelanjakan kepada mereka tapi dihabiskan dengan membakarnya? Adoi. Taktau nak kata apa. Semua perokok mempunyai ego yang tinggi. Setujukah?
Aku nak bagitau kat hampa semua aku bukan perokok. Sekian.
Monday, November 08, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment