Friday, November 12, 2010

Syok tengok perempuan zaman sekarang

Eh, tajuk entry macam merujuk kepad aku ni gatal sangat. Hahahah takdela. Aku tak bermaksud aku suka tengok pompuan tapi aku suka tengok keadaan orang pompuan zaman sekarang. Zaman dah maju keadaan pun dah berlainan. Tak payah la aku nak kias mengkias lagi, sebenarnya aku jeles tengok orang pompuan sekarang ni. Tak payah nak tengok paras rupa la, cantik ke tak cantik ke, apa jua bangsa dan keturunan semua sama.
Kenapa aku jeles? Aku jeles pada kaum Hawa ni sebab depa kot mana pun pasti laku. Sebagai contoh kalau kita tengok Facebook seorang pompuan. Setiap kali update status, pasti ramai jejaka jejaka akan komen pada status tersebut. Tambah tambah orangnya cantik pulak, memang ramai peminatla.



Kalau nak kata si gadis ni single ataupun solo tak berpunya susah aku nak percaya sebab keadaan zaman ni merubah segala galanya. Kita tengok di Facebook sudahla, kawan add beribu ribu sekali upload gambar ramai je komen puji itu ini, sekali update status sedih ramai je laki datang komen konon caring. Itu dialam maya.

Bila dalam kehidupan seharian pulak, kalau si pompuan ni kata dia tu sunyi aku taubat langsung tak percaya. Tengoklah kat henset tu, penuh dengan nombor telefon jantan, tangan tak lekang dengan henfon biasalah dok berbalas mesej. Kalau duduk saja saja je, ada je kawan itu telefon, kawan ini telefon tanya khabar. Bab kredit pulak, jarang nak kering kot? Biasalah, orang ramai kawan kalau kata tak ada kredit pun takpa kot? Japg ada la yang hulur topup ataupun telefon terus.

Itu keadaan pompuan solo yang claim diri mereka tak berpunya tapi bagi yang dah berpunya pun sama naik je. Aku tak payah nak tunjuk dan tuju orang lain. Orang yang terdekat pon dah cukup jelassss. Tak kesah kot kalau tak tanya khabar, tak kesah kot kalau pakwe tak cari, kawan kawan ramai. Laki ini call, laki itu call, kawan ini telefon, kawan itu telefon biasalah. Ada yang terlalu sibuk dengan kawan kawan sampaikan si pakwe terabai. Mesej dari kawan kawan diutamakan tapi bila pakwe mesej tak balas sebab sibuk.

Opss tersasul pulak tulis. Sekarang ni akhir zaman, perempuan lebih ramai nisbahnya daripada lelaki. =)

0 Komen:

Post a Comment