Salam Sejahtera..
Dunia blog Malaysia makin lama makin meriah. Dulu, semua orang duk gila dengan laman sosial dan tak berapa suka akan aktiviti berblogging, tapi sekarang tidak lagi. Ramai orang telah beralih untuk menumpukan masa untuk berblogging, selain daripada menjana pendapatan ia juga boleh memberikan ramai kenalan baru. Sokong kan?
Apabila kita dah ada kawan dan kenalan daripada laman sosial dan juga rakan blogger, kita kena pentingkan ikatan persahabatan tersebut. Kalau kawan tu, kawanlah elok elok. Tak perlu nak bermasam muka dan ada sifat dengki mendengki atas pencapaian orang lain.
Apa yang saya nak titik beratkan disini, seseorang blogger tu janganlah terlalu obses dengan blog. Tau la dia blogger, siap mengaku blogger tegar lagi dan tambahan ada blog yang hebat, so jangan terlalu bersama sangat dengan blog. Apa maksud saya? Maksud saya disini, jangan terlalu pentingkan blog sangat dalam kehidupan seharian anda.
Anda ada hidup sendiri, yang mana masih belajar kena terus belajar, yang mana ada kerjaya kena fokus kepada kerjaya dan sebagainya. Kalau hidup anda memang 24jam mengadap komputer ke, dan memang kena ada diinternet untuk cari makan, itu lainlah.Bab bersosial juga perlu macam tu. Kita berkawan dengan ramai orang kenalah berkawan sama. Jangan asyik terlalu dengan blog, cerita pasal blog, sembang pasal blog, itu ini blog dan ia kelak akan menjadikan rakan anda bosan dengan telatah anda diinternet.
Kami kawan dengan awak bukan sebab blog awak, tapi sebab kami nak jadikan awak sebagai kawan kami
Bila blogger terlalu obses dengan blog, harapan yang tinggi diletakkan kepada blog. Nak trafik blog tinggi, nak ranking naik dan lain lain lagi. Bila dah banyak usaha dan gagal dengan blog, ia pasti mengecewakan. So, disini lebih baik kita serius dengan dunia blogging, berblogging mengikut matlamat yang anda tetapkan dan jangan sesekali terlalu obses. Itu yang baik.
Kita ada kawan, dan masa yang sama kita juga ada lawan.
Saturday, February 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment