Sunday, March 20, 2011

Akhirnya, aku dapat segulung Diploma!

Penat belajar sampai 3 tahun, akhirnya aku dapat juga segulung Diploma.

Who knows, for past 3 years I have struggled a lot to study to get a Diploma for myself. I knew that this successful milestone is not only about me, but its about victory of my parents to give me good and better education for me. Its about them actually.

Since 2007, my father taught me a lot about the importance of having good and high education. He wants me to get educated as higher as possible, but his son did not want to listen to his father advice. What to do! hahaha

[caption id="attachment_4686" align="aligncenter" width="646"] Buku Panduan Konvokesyen ke 11, Politeknik Seberang Perai[/caption]



Persiapan untuk konvokesyen 

Oleh kerana aku dah kerja, lebih kurang 6 bulan dah aku bekerja, so nasib baik aku dah ada income sendiri untuk belanja beli persiapan konvokesyen. Aku tahu konvo ni tak ada la grand sangat macam konvo orang ambik degree atau master tapi sekurang - kurangnya aku nak jugak ada something yang boleh dibanggakan dan ditunjukkan kepada anak cucu nanti. Ye dak?

So, kena ikut segala protokol yang ada, aku pun beli la baju melayu hitam dan butang baju melayu yang cantik ni. Tak pernah beli baju melayu warna hitam, so ni la baju hitam pertama. Ok lah juga, tak payahlah beli baju warna hitam dah lepas ni. Boleh simpan dan guna nanti (kalau aku tak gemok lah kan)

[caption id="attachment_4687" align="aligncenter" width="644"] Baju Melayu hitam dan butang baju Melayu yang dibeli last minit di Kepala Batas[/caption]

Taklimat dan raptai majlis konvo

Bukan mudah nak handling majlis konvo yang dihadiri oleh beribu - ribu pelajar dan keluarga. So, pada 19hb ada majlis taklimat dan raptai majlis konvo ke 11 ni. Semua graduan kena pergi ke Dewan Seri Mutiara PSP untuk dengar taklimat. Kemudian, kena ambik macam - macam benda macam test jubah, buku senarai nama, skroll, dan lain lain lagi.

Lepas je siap ambik semua, boleh la start melaram dengan jubah yang ada, kan?

[caption id="attachment_4688" align="aligncenter" width="642"] Bilik test baju jubah dsb kena serbu dengan orang ramai. Tak tau la sebab takdak sistem atau manusia takmau follow?[/caption]

[caption id="attachment_4690" align="aligncenter" width="645"] Tudia, pakat test kat sini semua. Jenuh berebut.[/caption]

Hari Konvokesyen ke 11, Politeknik Seberang Perai

Seawal jam 7 pagi aku dan mak ayah terpacak kat Dewan Seri Mutiara, nak kena beratur dan macam - macam lagi lah. Oleh kerana awai sangat, so mak ayah kena lepak tunggu kat luar area dewan ni dulu lah.

[caption id="attachment_4692" align="aligncenter" width="645"] Beratur mengikut kelas dan jabatan di perkarangan pintu masuk dewan[/caption]

Semua pakat excited untuk masuk kedalam dewan dan menyusuri aturan majlis. Hmm, tak tau la pulak yang majlis konvo ni ambik masa panjang dan sangat lambat. Tapi takpa, bukannya selalu kan?

[caption id="attachment_4693" align="aligncenter" width="644"] permandangan di majlis konvo[/caption]

Ramai sangat orang, so mak dan ayah tunggu di barisan belakang sambil tunggu nama aku dipanggil. Hehe. Macam biasalah, keadaan didalam Dewan Seri Mutiara sangat baik dan semuanya teratur, tak macam kat tempat ambik jubah semalam. Nampak majlis ni baik dan sempurna. Alhamdulillah.

[caption id="attachment_4695" align="aligncenter" width="645"] Mak dan ayah yang sabar tunggu giliran anak dia ambik diploma[/caption]

Setelah habis semuanya lebih kurang jam 12 tengah hari, terus keluar untuk jumpak mak dan ayah serta kawan - kawan. Apa lagi, masa ni la masa untuk bergambar. Kebanyakkan kawan yang duduk jauh tu masa ni la nak jumpa pun kan?

[caption id="attachment_4696" align="aligncenter" width="370"] My strength, terima kasih mak dan ayah atas segala susah payah, pengorbanan untuk pastikan anakmu ini diberi pendidikan[/caption]

Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Yang penting sekarang, aku dah ada segulung diploma ditangan. InsyaAllah, satu hari nanti aku akan usaha untuk sambung pelajaran ke peringat yang lebih tinggi lagi.

1 comment:

  1. […] bulan ni dah masuk bulan kedua aku habis bayar hutang belajar dengan PTPTN. Suka atau tidak, salah satu cara untuk bersih dan berkatkan gaji aku yang selama ni […]

    ReplyDelete