Lately, rasa macam dah jauh dengan blog. Erk.. Ayat lain macam eh? Yep. Memang dah rasa jauh dengan blog. Asyik bukak dashboard, new post tapi entry tak publish pun. Tulis setengah jalan lepas tu terus save dan tutup. Rasa semacam je dengan blog. Nak kata tak ada masa, tipu la tak ada masa. Hari hari mengadap komputer. Tak cukup komputer di office, dekat rumah bukak laptop pulak. Tabby ada dekat tangan selalu. Blog masih lagi tak diupdate.
Mungkin ini penangan laman sosial kot? Masa dihabiskan di Facebook dan Twitter je sampai lupa dua tiga blog yang dah lama tak sentuh. Haha. Sejak dua menjak ni aku ghairah dok explore henfon. Android memang mengasyikkan. Isnin lepas aku tukar Stock Rom 2.3.3 Gingerbread, Jumaat lepas aku guna Custom Rom pulak. Masa habis dengan kelebek fon je.
Badan pun rasa tak sedap. Balik kerja je letih terus tidur dan malam tu bangun ambil kakak kerja seperti biasa. Ni semua sebab weekend lepas yang terlalu gembira plus kena penangan si cekenit. Sakit badan.
Catatan ringkas. Esok Isnin. Aaahhh
Monday, June 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment