Friday, June 24, 2011

Pentingnya menjaga emosi



Assalamualaikum..

Sejak akhir akhir ni, keadaan disekelilingku sangat kelam kabut, emosional dan tak terurus. Kenapa? Masing masing takut dan kalut dengan pre-audit untuk menghadapi audit sebenar dari FDA yang akan tiba. Tambahan pula, keadaan diluar sana yang berjerebu menambah ketidakstabilan emosi seseorang menghadapi tekanan ditempat kerja. Semua orang tertekan ditempat kerja, termasuklah aku.

Kalau nak dibandingkan prestasi aku 1.5 tahun sebelumnya, aku hanya insan biasa tetapi sekarang penuh dengan tanggungjawab. Kerja memang macam tu kan.

Mengawal emosi sangat sangat sangat penting untuk memastikan kerja dan tugasan kita dapat berjalan dengan lancar. Teringat akan pesanan seorang pakar motivasi Orang yang berjaya ialah orang yang berjaya mengawal emosi, bukannya emosi mengawal dirinya
Bagi aku pula Orang yang professional sahaja yang boleh mengendalikan emosi dengan baik. Orang yang emosional tu orang yang tak professional

Sebagai seorang yang boleh mengawal emosi ataupun professional, kita haruslah mengawal emosi kita dengan baik semasa mengendalikan orang yang emosional. Nasib baik aku dah mengikuti kursus How to handle and deal with difficult people oleh pakar motivasi Dr Sarjit Singh tahun lepas. Banyak points yang aku boleh gunakan untuk hadapi semua ini.

Orang emosional ni ada banyak jenis. Ada yang melalui komunikasi dia sangat garang dan tak terkawal tetapi bila jumpa depan depan dia senyap nak mampos. Jenis satu lagi yang aku jumpa, dia sangat emosional semasa jumpa depan depan, tetapi dalam telefon dan email hanya jawap dengan cool sahaja.

Ada banyak jenis lagi tapi aku malas nak tunjuk semua.

Baru baru ini aku terpaksa handle orang yang jenis nombor dua, bila dalam email ataupun telefon dia sangat cool tetapi bila jumpa depan depan, suara dan respons dia sangat kelam kabut, cakap kuat gila dan sangat annoyying.

Apa yang aku buat? Aku bagi masa kepada dia untuk cakap sehabis baik, cakap puas puas, berikan ruang dekat dia dan tenangkan dia. Kemudian, bila habis dia bercakap, kita jangan response 25 macam dia juga! Nanti bergaduh macam kucing dengan anjing.

Cakap perlahan dan cool, suruh dia bertenang dan berikan penjelasan yang seringkas mungkin serta padat. Berikan cara penyelesaian dan bagi dia puas hati selepas penjelasan tu dengan harapan emosi dia boleh turun dan stabil balik. Kalau tidak, mampus la datang melompat dan cakap kuat kuat kat kita.

Lepas je dia blah, aku terus ketawa terbahak bahak sambil disaksikan oleh boss aku dari jauh. Dia hanya senyum saja.

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

0 Komen:

Post a Comment