Tuesday, June 07, 2011

Macam mana nak kikis mentaliti orang Melayu?

Hai. Malam ni nak update blog. Tulis pasal mentaliti orang Melayu yang sangat sangat tak boleh diterima pakai pada zaman melenium nih. Orang Melayu ni kaum majoriti kat Malaysia nih. Eh.. tanah melayu nih. So macam macam la cerita pasal orang Melayu.

Aku bukan nak kutuk pasal bangsa sendiri, tapi aku rasa semua yang aku tulis ni macam tak releven. Macam tak masuk akal..
Kalau tak kerja kerajaan, kerja di sektor Swasta tu dianggap tak ada masa depan dan dianggap tak baik dan bukan kerja

Aku dah buat keputusan nak tarik balik surat resign yang aku hantar 15hb lepas. Kalau ikut surat tu tarikh akhir aku bekerja disini 16hb June nih. Tapi, lepas aku dah tak tenang dan rasa tak bahagia dengan keputusan yang aku buat tuh, aku nekad tak pergi ke kerajaan dan terus stay dekat company yang sama. Itu keputusan aku. Aku takkan pergi ke Kastam

Cerita pasal aku nak resign dah tersebar hampir ke seluruh department. Semua orang tanya aku kenapa nak resign dan nak ke company mana. Aku denied semua tu kata aku tak jadi berhenti. Jiran kat rumah pun tanya kenapa tak jadi berhenti dan cakap macam macam pasal nih. Aku pun dengan slamber cakap :
Pakcik, saya yakin dengan rezeki dan qada qadar yang diberikan tuhan. Kot mana sekalipun, InsyaAllah ada la rezeki saya. Tak pergi ke kerajaan sekalipun, saya boleh terus hidup. Kalau kata kerja dan company yang saya kerja sekarang tak terjamin, saya rasa takkan ramai orang yang kerja kat sana sampai berpuluh puluh tahun.

Aku kesal, pemikiran orang kita masih terlalu cetek dan terlalu mengharapkan kerja kerajaan adalah kerja yang terbaik dan boleh menjamin masa depan. Walaupun dah kerja lama, gaji boleh tahan tetapi dikalangan orang kita masih lagi perleceh alah, kerja kilang ja.. alah, kerja swasta.. itu dan ini seumapanya kerja sekarang ni koman sangat kerja kerajaan yang terbaik.

Kalau macam gitulah ayatnya alah, kerja kilang ja apa la sangat kerja manager manager kilang yang gaji belas dan puluh ribu tu? Masih lagi koman berbanding orang gomen yang pergi kerja balik kerja makab gaji tuh? Adoi, kalau orang bukan Melayu boleh hidup mewah selama ni dengan tidak bergantung 100% pada kerajaan, kenapa orang kita tak boleh? Mesti boleh juga kan?

Aku tak tahu, sampai bila orang kita nak terus berfikiran macam ni. Aku harap, kelak orang kita akan terus membanjiri sektor swasta dan tak terlalu mengharapkan kerja disektor kerajaan yang menjamin masa depan tuh.

Aku respek kat kedua ibu bapa aku yang sangat sangat professional dalam hal kerjaya anak anak. Pada mulanya, aku buat keputusan untuk ke kerja kerajaan, mak ayah tak pernah nak suruh aku tinggalkan kerja sekaran dan mereka hanya berkata buat la keputusan yang terbaik untuk diri hang, tak seperti sesetengah ibu bapa yang terlalu memaksa anak mereka terus memilih kerja kerajaan sedangkan kerja swasta sudah cukup baik dan stabil. Selepas aku tarik balik keputusan untuk meninggalkan kerjaya sekarang, mak bapak aku sangat gembira dengan keputusan itu. ;-)

P/s : Ada orang yang tak malu. Hari hari hentam kerajaan buruk kotor rasuah dan macam macam tapi masih lagi nak minta kerja disektor awam dan selama ni makan gaji dengan kerajaan. Alahai, malu mana nak letak muka tak tahulah..  Huhuhu

Posted from WordPress for Android
Straight from my Samsung Galaxy Tab

0 Komen:

Post a Comment