Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Friday, February 23, 2018

Patriotisme Raja Melayu

SEGALA puji ke hadrat Allah SWT yang telah menghiasi hati para kekasihNya dengan cahaya-cahaya pe­­­tunjukNya, serta yang te­lah mengangkat darjat para hamba yang memurnikanNya, sehingga nama mereka agung di dunia dan akhirat. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana de­ngan limpah dan inayah­Nya juga, dapat saya berangkat ke satu majlis ilmu anjuran Mubarak. Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW bersabda da­lam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Barang siapa me­nempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya menuju syurga”.

Pada majlis ilmu hari ini, saya akan mengupas idea dan menzahirkan pandangan saya dalam satu wacana yang bertema “Raja, Perlembagaan dan Patriotisme”.

Friday, March 24, 2017

Memperingati 193 tahun perpecahan Kepulauan Melayu

image

Kelmarin (17hb Mac 2017), genaplah 193 tahun berlakunya peristiwa perjanjian yang ditandatangani di antara dua kuasa besar nun jauh di kota London sana, namun perjanjian itu memberi kesan yang amat besar kepada penduduk peribumi di sebuah kepulauan besar di Timur Jauh dan kesannya sejak dari nenek moyang masih lagi dirasai sehinggalah kepada anak cucu mereka walau pada zaman teknologi kini.

Saturday, March 11, 2017

Bahasa, Melayu dan nasib hilang peta

image

Kita harus terima hakikat, suatu peta baru sudah dicipta untuk wilayah dan taman perumahan di Malaysia. Nama yang asalnya berbunyi Melayu dan Nusantara sudah terhapus. Peta baru wujud bersama simbol dan semangat baru di Malaysia.

Nama Melayu di kawasan separa tradisional seperti Kampung Baru, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi dan Kampung Datuk Keramat semakin dimodenkan dengan nama baru yang kononnya lebih bugar dan glokal.

Kampung Kerinchi yang dulunya kawasan setinggan dan wilayah penagih dadah sudah bergelar Bangsar South. Tidak jauh dari itu, ada pula Bangsar Village.

Tuesday, June 07, 2011

Macam mana nak kikis mentaliti orang Melayu?

Hai. Malam ni nak update blog. Tulis pasal mentaliti orang Melayu yang sangat sangat tak boleh diterima pakai pada zaman melenium nih. Orang Melayu ni kaum majoriti kat Malaysia nih. Eh.. tanah melayu nih. So macam macam la cerita pasal orang Melayu.

Aku bukan nak kutuk pasal bangsa sendiri, tapi aku rasa semua yang aku tulis ni macam tak releven. Macam tak masuk akal..
Kalau tak kerja kerajaan, kerja di sektor Swasta tu dianggap tak ada masa depan dan dianggap tak baik dan bukan kerja

Aku dah buat keputusan nak tarik balik surat resign yang aku hantar 15hb lepas. Kalau ikut surat tu tarikh akhir aku bekerja disini 16hb June nih. Tapi, lepas aku dah tak tenang dan rasa tak bahagia dengan keputusan yang aku buat tuh, aku nekad tak pergi ke kerajaan dan terus stay dekat company yang sama. Itu keputusan aku. Aku takkan pergi ke Kastam