Tuesday, July 05, 2011

Hikmah

[caption id="attachment_5594" align="aligncenter" width="500"] Bacaan Yasin semperna Nisfu Syaaban[/caption]

Salam,

Betul Allah Maha Mengetahui, setiap kejadian yang berlaku atas muka bumi ini bawah pengawasan dan pengetahuanNya. Oleh sebab itu kita sebagai manusia yang lemah harus sentiasa berada denganNya. Sebagai seorang anak, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah aku yang selalu diuji olehNya.

Ayah merupakan orang yang sangat kuat, seorang Imam yang ikhlas dan sangat sabar dalam tugasnya. Sejak aku kecil, tak selalu kami sekeluarga dapat solat berjemaah dan membaca yasin bersama sama kerana ayah selalu menjadi imam di surau berdekatan.
Tugas ayah sebagai pembantu hal ehwal Islam dibawah Tentera Darat DiRaja Malaysia menyebabkan ayah sibuk pada waktu pagi dan petang pula ayah mengajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Kami sekeluarga berpindah ke Pulau Pinang pada 2002 kerana ayah sudah tamat perkhidmatan. Selepas 2003, ayah dilantik sebagai Imam di Masjid Taman Guar Perahu. Pada masa yang sama, ayah juga mengajar sekali lagi di SAR di taman ini.

Perubahan kerajaan negeri daripada pentadbiran kerajaan pusat kepada pentadbiran kerajaan DAP pada 2008 menyebabkan semuanya berubah. Struktur pentadbiran masjid juga bertukar. Dari pengerusi hinggalah ke jawatan yang terendah. Termasuklah imam harian.
2011 menjadi tahun pertama ayah tidak lagi memegang jawatan dan tidak lagi diamanahkan untuk mengepalai solat harian dari Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Kontrak untuk ayah tidak lagi disambung untuk terus berkhidmat. Walaubagaimanapun, ayah tetap berada bersama masyarakat untuk urusan perkahwinan dan juga pengurusan kematian.

Segalanya berubah. Kehidupan kami sekeluarga lebih bahagia sekarang. Ayah mempunyai lebih masa berada dirumah. Ayah tak perlu dibebani tanggungjawab untuk menjadi imam di masjid. Ayah tak perlu kalut kalut nak conduct sembahyang maghrib. Ayah tak perlu risau kalau tak jadi imam Isyak. Ayah mempunyai masa bersama keluarga kalau nak kemana mana. Tak perlu nak bagitahu semua orang yang ayah tak dapat imamkan solat kerana pegi rumah anak. Tak perlu susah hati bila keluar kawasan. Sebab ayah dah bebas.

Harini, bahagianya bila dapat solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama ayah, mak dan adik. Seronoknya bila dapat baca Yasin bersama sama semperna malam nisfu syaaban.

Nikmatnya bila dapat lalui semua ini bersama ayah. Semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kuat. Pi sayang ayah.

LUTHFI : Nanti bila dah kahwin nak jadi ayah yang hebat macam ayah

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

0 Komen:

Post a Comment