Saturday, June 25, 2011

Jadilah makhluk Allah yang adil

Syok bila bersembang pasal hidup. Cerita pasal hidup ni macam macam boleh disembangkan..

Hari hari aku sembang dengan mak pasal ni. Mak sangat suka nasihat. Cakap macam macam sampai benda yang sama diulang ulang. Aku pun dah faham sangat tapi sebagai anak dan manusia ni, entahla nak cakap macam mana. Aku masih macam ni. Aku masih tak ada perubahan walaupun dalam hati asyik nak meronta ronta suruh berubah menjadi hamba allah yang baik.
Apa yang pasti, bukan semua manusia dimuka bumi ni adil. Dengan sesama manusia pun tak adil, ni kan dengan tuhan. Memang takkan adil.

Selalu terfikir..

  1. Bila susah, kita selalu merintih akan kesusahan yang dialami. Teruk sangat. Hebat sangat ujian yang diberikan. Lalu, bila dah susah hari hari berdoa. Merintih. Merungut. Sedih. Minta kepada Allah suruh mudahkan ujian yang diberi..

  2. Bila tengah sakit, menderita yang amat. Sangat sangat memohon kepada Allah supaya ringankan kesakitan yang diberi, sembuhkan sakit yang dialami. Minta kepada Allah supaya kembalikan kesihatan yang sebelum ni dikecapi..

  3. Bila hujan, merungut gila hujan. Susah. Banyak masalah bila hujan.. Minta kepada Allah supaya bagi jangan hujan sebab banyak benda yang akan jadi bila hujan..

  4. Bila panas, merungut panas gila. Tak tahan. Ish.. Panasnya.. Bila lah nak hujan. Bagi sejuk sikit muka bumi ni daripada kepanasan. Minta kepada Allah supaya sejukkan bumi yang panas gila..


Bila susah, sakit, payah, mohon kepada Allah agar permudahkan. Semayang. Doa. Tahajut. Hajat. Semua buat. TAPI. bila tengah senang, bahagia, seronok, gembira, ada ke ingat kepada Allah? Ada ke?

  1. Habis makan ada ke nak ucap Alhamdulillah?

  2. Lepas segala keinginan dikabulkan Allah ada ke ucap terima kasih?

  3. Masa tengah bahagia, ada ke kenang masa zaman derita? Ada ke nak syukur kat Allah?

  4. Masa tengah aman damai ada ke nak hargai semua tu?


Tak tau nak kata apa. Kita manusia sangat sangat tak adil pada Allah yang dah beri segala galanya pada kita.. Suka sangat tengok video ceramah Ustaz MAZA nih

0 Komen:

Post a Comment