Monday, October 15, 2012

Akhirnya, berjaya juga pijak bumi Jerman!

Salam,

Alhamdulillah, impian aku selama ini nak pijak tanah Jerman telahpun tercapai. Seminggu aku di Jerman memberikan 1001 pengalaman sebagai pendedahan yang amat amat bermakna dalam hidup. 

Setelah dua tahun bekerja, kini tiba giliran aku untuk berkhidmat untuk syarikat dengan membawa misi menyelidik mesin baru yang telah dibeli oleh syarikat. 

Business trip yang aku pergi merupakan trip yang aku sendiri susun dengan bantuan rakan sekerja daripada counterpart Jerman. Bermula daripada memilih tarikh, menubuhkan kumpulan dan segala-galanya aku uruskan. 

Bukan senang, tapi dengan tunjuk ajar daripada rakan di Malaysia dan Jerman, aku berjaya merancang segala-galanya dan semuanya lancar.


Walaupun dah dua kali trip aku ke Jerman ditunda, aku tetap sabar dan terus berharap untuk kenegara orang. Berkat kesabaran, trip aku dan kawan kawan lain dipecah menjadi dua kumpulan, menjadikan aku akan pergi untuk kali pertama pada 23 September dan mereka pada 6 Oktober. 

Aku berangkat ke sana ditemani oleh kawan, Selah yang berasal dari Sarawak. Kedua duanya kali pertama nak ke luar negara dan kedua duanya tak ada pengalaman nak berjalan jauh. Tapi bagi Selah dia ada pengalaman naik kapal terbang. Aku tak pernah naik kapal terbang. Hoho..

Baca : Kali Pertama Naik Kapal Terbang PEN - KUL - DXB - MUN!

So, segala-galanya pengalaman pertama buat aku. Pertama kali naik kapal terbang, pertama kali nak keluar negara, pertama kali nak bawa kereta belah kiri dan semuanyaaaa! 


Memandu kat Germany memang impian aku dari dulu. Akhirnya aku dapat jugak memandu kat sana. Bukan mudah untuk orang muda yang kali pertama ke luar negara untuk memandu kereta. Teringat masa boss tanya aku "Luthfi, you nak drive ke naik public transport" dan jawapan aku semestinya drive. Aku suka drive. So memandu bagi aku kepuasan. 

Selepas 1.5 jam memandu dari Munich Airport ke hotel kami di Memmingen, Allgau yang terletak di Selatan Jerman, aku sampai di hotel apartmen. Fuh, mencabar betul bila memandu belah kiri ni. Semuanya kekok. Nasib baik ada pembantu kat sebelah. Haha!

Kami sampai hotel Sabtu petang. Takkanlah nak duduk hotel je kan? Lepas siap mandi, kami terus explore around pekan Memmingen ni.

Ronda - ronda Memmingen


Kagum tengok bangunan eropah untuk kali pertama

Logo Stadt Memmingen

Di tengah - tengah pekan

Cantik kan?

Time ni dah pukul 7. Tak ada kedai yang bukak

Sungai yang bersih & clocktower Memmingen

Antara yang menarik di Memmingen

Selah

Oleh kerana tak ada kedai yang bukak, kami hanya singgah minum - minum di kedai ni



Nak order apa?

Apa pun aku tak faham. Last last order Kakao je



Esok hari Ahad nak duduk dalam bilik je kan? Kami siap kemas barang dan terus ke Neuschwanstein Castle. Tak jauh pun, drive dari hotel ke sana hanya sejam. 

Cantiknya Neuschwanstein Castle!

Macam dalam movie mat saleh! Rekaan dan binaan istana ni sangat cantik. Istana ni dibina oleh King Ludwig II pada tahun 1869. Istana ni terletak atas bukit, memang nampak jelas dari bawah. Kagum.

Bertolak ke Munich

Lepas ronda Neuschwanstein Castle, takkanla nak duduk situ. Tak ada apa sangat dah. Kami dengan otak seminit terus ke Munich town untuk tengok apa ada di Munich. 

Bekerja 

Ini adalah tujuan aku ke Germany. Aku ke tempat kerja terletak 15 minit dari hotel kami. Alhamdulillah semua lancar dan sempurna. 

Dekat parking

Working time!

Cakap, bincang & minum

I am here!

Its wrap! 


Shopping di OUTLETCITY METZINGEN

Habis kerja, kami terus ke Outletcity Metzingen untuk shopping. Kata orang tempatan, kat situ murah untuk shopping. Perjalanan kami ambil masa 1.5 jam untuk sampai kesana. Permandangan masa drive sangat - sangat cantik! 

Kami sampai pun dah tengah hari. So beli la apa yang nak beli. Aku sebenarnya tak beli apa pun. Selah la yang beli macam - macam. 

Muka ada happy

Shopping

Gelap

Outlet City


Dah letih

Jom balik

Kami bertolak cepat sebelum gelap takut tak jumpa cari jalan balik. Huhu. Sampai je hotel kami terus
siap barang nak bertolak awal pagi ke Munich

Perjalanan balik 

Kami bertolak ke munich pada jam 742 pagi untuk sampai awal. Target kami boleh la jalan - jalan kejap tengok bendar Munich tu. 








0 Komen:

Post a Comment