Oleh kerana aku bukannya datang daripada keluarga yang berkemampuan nak bawak anak anak naik kapal terbang, alhamdulillah dapat juga aku menaiki kapal terbang pada usia 23 tahun.
Bagi aku, usia 23 tahun tak la begitu tua kalau nak dibandingkan orang lain yang dah masuk 3 siri ataupun 4 siri baru nak naik kapal terbang, yekan? apa apa pun, alhamdulillah syukur.
Bertolak dari Penang
Aku bertolak pada jam 945 malam di Penang International Airport (PEN), Jumaat 21hb September lepas. Pada hari tu aku ambil cuti oleh kerana banyak lagi barang barang keperluan yang tak siap lagi macam baju sejuk, baju nak pakai, makanan, duit pun tak tukar lagi dan macam macam lagi.
Aku parking kereta kat company pada petang Jumaat dan kawan tolong bawakan ke lapangan terbang. Oleh kerana aku tak pernah naik kapal terbang, aku pun tak tahu apa yang perlu dilakukan masa nak check in diri dan beg.
So, bila dah check in beg terus ke ruang legar airport Penang. Buat masa ni airport penang masih dalam renovation. Memang sempit. Aku checked in dua jam awal. so tak ada masalah.
Luggage akan terus sampai ke Munich Airport, Germany tapi aku akan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Dubai Airport (DXB) sebelum sampai ke Munich Airport (MUN).
Kali pertama naik kapal terbang
Alhamdulillah, perjalanan pertama dari PEN ke KLIA sangat lancar. Aku berlepas dari PEN pada waktu malam, so tak la rasa takut sangat sebab bila tengok tingkap kecil kapal terbang, semuanya gelap. hanya nampak lampu jambatan Pulau Pinang, bandaraya Ipoh dan lain lain lagi. Masa yang takut sekali apabila kapal terbang merempuh awan! Serammmm! Tapi, masih lagi rasa okey. Hehe
First time ni sampai airport KLIA. Jemuan sikit!
 |
Menunggu dan menunggu
|
 |
Dah masuk tempat boarding
|
 |
Muka Excited |
 |
Partner untuk seminggu dalam misi possible
|
Dari KLIA, perasaan excited sangat nak transit ke DXB. So, dalam kapalterbang agak kagum dengan A380 Emirates yang sangat besar dan luas! Perasaan berbeza dengan MAS domestic flight yang kecil dan mudah bergoyang. Hehe
Transit di Dubai International Airport
Alhamdulillah, perjalanan 6 jam dari KUL ke DXB best. First experience kan?
Aku sampai je kat airport terus study peta kat situ. Nak kena tengok kat mana kaunter pertukaran dll. Kena kenal pasti kat mana gate kami nak ke Munich nanti. Lepas dah jumpa gate, terus kami melilau. Ada 6 jam masa kat airport ni.
 |
Dah sampai, siap siap nak turun
|
Besar rupanya airport Dubai ni. Tak larat nak jalan.
 |
Ramai! |
 |
Tengok apa yang ada kat sini. Besar woo airport ni
|
Letih berjalan mesti lah nak makan kan? Makan sat kat sini. Rugi pulak tukar duit Euro ke UAE Dirham. Tak bawak banyak duit Malaysia.
 |
Makan dulu |
 |
Melilau dalam airport tak tau nak buat apa |
Flight dari DXB ke MUN
Lepas hampir 6 jam melilau, kami naik flight kami EK049 dari Dubai ke Munich. Perjalanan kami mengambil masa 6 jam. Mesti tertidur punya kat dalam flight. Letih berjalan kan.
 |
Peace
|
 |
Flight kami EK049
|
 |
Breakfast. Siap ada roti lagi |
 |
Flight kami ke Munich |
 |
Muka tak mandi!
|
6 jam perjalanan dari DXB ke MUN sangat lancar. Ditemani oleh kamera pelbagai pandangan dari bawah kapal terbang, depan muncung kapal terbang dan atas ekor kapal terbang yang smart! Tidur je la dalam flight kan?
Total perjalanan, 22 jam termasuk masa transit aku sampai di MUN pada jam 130 tengah hari, 22 September. Perasaan lagi bertambah excited sebab dah sampai Germany. Lepas je cek imigresen Germany, terus ke kaunter luggage untuk amek beg.
Yuhuuuuuu sampai Germany dahhh!
 |
View dari connecting bridge
|
 |
Menunggu dan menunggu
|
 |
Beg kami dah sampai!
|
0 Komen:
Post a Comment