Tuesday, January 29, 2013

Tuesday, January 15, 2013

3 hari 2 malam transit di Dubai dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu

Suka aku nak kongsi pengalaman aku transit dan berjalan - jalan di Emirah Arab Bersatu (UAE) lepas daripada business trip aku ke Germany. Aku dan kawan, Zulhisham memang rancang untuk transit buat beberapa hari di UAE sebab kami ke Germany naik penerbangan Emirates. Semua orang tahu yang Emirates punya lapangan terbang rasmi di Dubai, so kami tak mau lepaskan peluang untuk jalan - jalan di UAE since boss pun bagi lampu hijau untuk extend business trip for personal trip.  

Dalam masa yang sama, dua orang rakan sekerja aku ke Italy dan turut menggunakan penerbangan Emirates pada masa yang sama dan waktu yang sama. Nak dijadikan cerita, kami berempat bersama - sama merancang untuk ke Dubai dan Abu Dhabi untuk short vacation.

Sunday, January 13, 2013

Memandu ketika musim salji

 

Salam,

Kali ni aku nak share pengalaman memandu semasa musim sejuk. Pengalaman pertama aku memandu di atas salji dan dikelilingi salji. Umumnya orang semua tahu, dekat Germany saja yang ada highway yang tak ada limit. Kita boleh memandu selaju yang kita suka. Tapi, bila dah ada highway yang tak ada limit tambah pulak dengan keadaan bersalji dan ais, mau tahu la macam mana keadaan jalanraya kat sana. Takut!

Tuesday, January 01, 2013

Selamat tahun baru 2013

20121231-235803.jpg

Salam,


Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun baru ni memberikan sinar yang lebih bahagia dan bermakna dalam hidup kita semua. Diharap juga 2013 nanti lebih murah rezeki!

Tak lupa 2012 yang akan meninggalkan kita beberapa detik lagi. Terima kasih atas suka dan duka sepanjang 366 hari kita bersama. Apa yang terjadi pada 2012 akan dijadikan panduan dan pengajaran untuk terus matang dan kuat menghadapi tahun 2013 yang makin mencabar.

Selamat tinggal 2012.

Mohammad Luthfi Suib
31 Disember 2012
11:55PM, Penang, Malaysia