Tuesday, January 15, 2013

3 hari 2 malam transit di Dubai dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu

Suka aku nak kongsi pengalaman aku transit dan berjalan - jalan di Emirah Arab Bersatu (UAE) lepas daripada business trip aku ke Germany. Aku dan kawan, Zulhisham memang rancang untuk transit buat beberapa hari di UAE sebab kami ke Germany naik penerbangan Emirates. Semua orang tahu yang Emirates punya lapangan terbang rasmi di Dubai, so kami tak mau lepaskan peluang untuk jalan - jalan di UAE since boss pun bagi lampu hijau untuk extend business trip for personal trip.  

Dalam masa yang sama, dua orang rakan sekerja aku ke Italy dan turut menggunakan penerbangan Emirates pada masa yang sama dan waktu yang sama. Nak dijadikan cerita, kami berempat bersama - sama merancang untuk ke Dubai dan Abu Dhabi untuk short vacation.



Flight kami mendarat di Dubai daripada Munich Airport pada jam 630 pagi. Masa tu jugak, flight kawan aku dari Milan Malpensa pun mendarat transit di Dubai untuk balik ke Kuala Lumpur. Kami semua berjumpa di kawasan ketibaan di Dubai Aiport (DXB) pada jam 730 pagi. Masing - masing dah excited untuk keluar airport!

Untuk rekod, on top of business trip, aku kena bayar sendiri airport tax untuk keluar berjalan - jalan di Dubai.

[caption id="attachment_5146" align="aligncenter" width="461"] Aksi sikit di tempat pungutan beg, Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai[/caption]

Kita rakyat Malaysia, tak perlu apply apa - apa visa untuk keluar daripada lapangan terbang. Menurut laman web rasmi Emirates, kita dapat Visa On Arrival (VOA) untuk 30 hari secara percuma.

Perjalanan ke Abu Dhabi


Lepas je keluar daripada kawasan ketibaan, kami terus cari teksi untuk ke Abu Dhabi. Masa tu tak lah awal sangat, tapi susah sangat nak cari teksi. Cari punya cari, kebanyakkan daripada teksi tu mahal sangat sampai 400-500 AED. So kami tengah cari teksi yang berpatutan. Tiba - tiba, kawan aku dapat idea dan terus bincang dengan seseorang. Lepas 10 minit dia datang kat kami dan suruh naik ke dalam teksi.

[gallery link="none" size="medium" columns="2" type="square" ids="5143,5138,5139,5140"]

Kami empat orang naik kedalam teksi kereta Toyota Estima. Turut bersama dengan kami adalah seorang makcik (ataupun nenek). Dengar cerita, orang tua tu datang dari Perancis and kawan aku kaw-tim dengan dia untuk bayar sorang setengah untuk ke Abu Dhabi. Bijak - bijak. Perjalanan dari Dubai Aiport ke Abu Dhabi mengambil masa selama hampir 2 jam.

Aku tak ada luck, duduk di belakang sekali dengan beg. Berhimpit - himpit.

Kami dibawa ke hotel yang makcik tu tempah iaitu Hotel Mecure, Abu Dhabi. Untuk Abu Dhabi, sebenarnya kami tak book apa - apa hotel pun. Hotel yang kami tempah hanyalah di Dubai. So, nak buat macam mana.  Nak kena cari hotel di tengah bandar yang kami sendiri tak tau apa.

Apa boleh buat, untuk terus tinggal di Abu Dhabi, kami check in dekat hotel yang sama dengan makcik Perancis tadi. Satu bilik berharga AED 400 dan kami kongsi satu bilik dua orang. Nasib baik bajet ada banyak, kalau tidak paakt tidur dekat stesen bas lah jawapnya! Hahaha

Kali pertama pijak bumi Abu Dhabi


Pandang pertama tentang bandaraya Abu Dhabi ni adalah....... wow, awesome! Rasa macam ada dekat New York sebab bandaraya ni adalah bandaraya baharu kan, so kebanyakkan jalan dan bangunan terletak dalam gred blok dan tersusun sekali. Menarik. Tapi bandaraya ni sangat crowded ramai sangat orang dan kenderaan yang dibawa sangat laju.

Lepas je rehat, kami turun ke bawah hotel untuk berjalan - jalan. Duit tak ada, yang ada hanya duit nota euro didalam poket dalam 500 EUR untuk perbelanjaan. Lepas je kami tukar duit di money changer sebelah hotel, kami dengan tak ada haluan terus cari restoran untuk makan. Haha

[gallery size="medium" columns="2" type="square" ids="5149,5154,5153,5148"]

Kami berjaya jumpa restoran untuk makan tengah hari. Untuk pertam kali, kami makan nasi arab yang betul - betul dimasak dan dihidangkan oleh orang Arab. Untuk kali ni, terkejut jugak dengan layanan yang diberikan oleh pekerja ni. Memang menarik makanan depa. Yang paling penting, big portion dan banyak pilihan.

Lepas makan, kami terus teroka sekeliling bandar besar ni. Kemudian,

Berjalan - jalan di bandaraya Abu Dhabi


Masa di Abu Dhabi tak lama. Kami manfaatkan masa yang ada untuk berjalan - jalan disekitar kawasan Abu Dhabi. Nak buat apa dan pergi mana, semua telah kami rancang. Sekarang, tunggu masa yang sesuai untuk ke tempat yang dihajati.

Lepas je lunch, kami terus ke Marina Mall dengan menaiki bas. Kat Abu Dhabi ni tak ada metro macam kat Dubai, so pengangkutan utama kat sini adalah bas sahaja. Bas pun bas lah, janji boleh sampai dan cepat. Kat sini, bas sentiasa ada dengan kekerapan setiap 5 mini. Tak ingat berapa tambang bas dari restoran tempat kami makan tu ke Marina Mall.

Kami dari Hamdan Street nak ke Marina Mall yang mengambil masa selama 30 minit. Lama tu!

[gallery size="medium" columns="2" type="square" ids="5157,5159,5162,5163"]

[caption id="attachment_5158" align="aligncenter" width="697"] Jadual waktu bas di bandaraya Abu Dhabi[/caption]

Sampai Marina Mall, terpegun tengok dengan permandangan cantik Marina Mall ni. Macam Straits Quay lah tapi kat sini lagi besar. Banyak jugak kedai yang ada dalam mall. Tapi, harga mau tau la berapa mahainya even untuk secawan jus. Paling murah pun dalam AED 15.

[caption id="attachment_5161" align="aligncenter" width="697"] Pandangan panorama di Marina Mall menghadap laut via Samsung Galaxy Tab[/caption]

[gallery columns="2" link="none" size="medium" type="square" ids="5165,5167,5166,5164" orderby="rand"]

Balik je dari Marina Mall, itu bukannya masa penamat untuk kami. Dah puas jalan, mesti la nak makan. Oleh kerana tak tau jalan setempat, kami pun meneroka sekali lagi bandaraya Abu Dhabi ni. Kadang - kadang, sesat tu bagus. Boleh tengok banyak benda dan terokai benda baharu! kan?

[gallery type="square" columns="2" size="medium" ids="5171,5172,5173,5174"]

Balik je kat hotel, aku terus jadi penat dan tidur. Esok banyak lagi aktiviti yang nak buat dan kena rehat secukupnya!

Yas island - Ferrari World 


Aku sebenarnya tak ada pun target untuk nak kemana - mana. Aku hanya layankan je kaki kat mana nak jalan. Tapi, bila dah pergi jalan ramai - ramai ni mesti lah ada wishlist untuk ke tempat yang dihajati. Salah seorang kawan aku nak ke Ferrari World untuk tengok Ferrari. Aku cakap, wow! Dia kata, kalau dia tak pi dia rugi sebab dah habaq kat orang kampung yang dia akan ke Ferrari World. Haha oklah, jom la kita pi

Pagi tu kami explore port sarapan pagi dan berjaya jumpa kedai makan dekat dengan hotel. Kami ke kedai makan paksitan dan makan Capati. Sedap jugak. Rupanya, dekat sini ada penempatan Pakistan dan ramai orang Pakistan kat sini.

Lepas makan, kami beli - belah sat dan terus balik ke hotel. Aku beli jubah untuk mak ayah, yang paling penting beli sekali dengan hegal untuk ayah pakai. haha Kami check out dan simpan luggage dekat hotel dalam masa yang sama, kami pesan sebuah teksi untuk balik ke Dubai pada malam ni.

Kami naik bas dari Al Markaziyah Khalifa St ke Yas Island Ferrari World menerusi laluan 190. Laluan bas boleh tengok dekat sini. Sampai je kat Ferrari World, rupa-rupanya depa tak bukak pada hari Isnin. So, melepaslah kami nak tengok apa yang ada dalam Ferrari World tu. Waaaa.. Tapi takpa, janji boleh ambik gambar tanda dah sampai. Silap tak buat homework sikit pasal ni. Ingatkan depa bukak hari hari. Haha

Kalau bukak pun rasanya tak ada modal untuk masuk sebab tiket masuk sangat mahal, AED 295 untuk dewasa dan AED 230 untuk Junior (bawah ketinggian 1.3m) bagi kanak-kanak bawah 3 tahun FOC sehari tanpa had di Ferrari World. Maklumat lanjut boleh tengok sini

[gallery type="square" columns="2" size="medium" ids="5179,5177,5178,5180"]

Apa boleh buat, kami hanya sempat tengok luar saja lah. Tak mau buang masa, kami terus ke Yas Island F1 Marina Circuit dengan bas yang ada. Perghhhh hebat gila ada F1 circuit yang dekat dengan marina. Memang terbaik. Kami pun melawat tanpa arah tuju kat sana hanya semata - mata untuk ambik gambar je.

 

[gallery type="square" columns="2" size="medium" ids="5183,5181,5182,5184"]

Masa cepat betul berlalu dan dah malam. Masa kami dalam perjalanan balik, kami terserempak dengan satu majlis perkahwinan disitu dan disapa oleh beberapa orang tempatan. Dia tanya kami dari mana dan apa tujuan, dengar je kata kami dari Malaysia, terus dia jemput untuk duduk dan makan.Rupanya, orang yang sapa kami tu adalah seorang Doktor dan pernah ke USM Penang beberapa kali untuk sambung belajar. Kami tolak pelawaan dia dengan baik, dengan alasan nak kena balik, dah booking teksi dan sebagainya tapi dia tetap nak offer kami untuk hantar ke hotel dan carikan teksi baharu. Baik sungguh orang Arab.

Kembali ke Dubai


Seperti yang dirancang, kami balik ke Dubai untuk tidur lagi semalam disana. Seperti perjalanan pergi ke Abu Dhabi, perjalanan kami mengambil masa selama hampir 2 jam untuk ke Dubai. Rasanya macam jalan yang sama, eh! Apa yang kami lalui, sepanjang perjalanan yang sangat menarik, apa yang aku dapat lihat adalah lebuhraya yang sangat besar, lebuhraya 6 lorong, palang tol automatik dan lain lain lagi.

Pemandu teksi yang bawa kami adalah seorang warganegara Paksitan yang telah lama tinggal dan kerja di Dubai. Oleh kerana aku banyak mulut, aku dok tanya macam macam soalan dekat dia, especially macam mana gaya hidup, pendapatan, dan beberapa soalan peribadi.
Reaksi dan jawapan yang diberikan, kesimpulannya, orang Arab Dubai dan Abu Dhabi ni terlalu sombong dan bergantung kepada sumber tenaga asing untuk kehidupan seharian. Oleh sebab tu, demand untuk tenaga kerja yang tinggi menyebabkan standard gaji di UAE tinggi berbanding negara lain. Secara tak langsung, kos kehidupan seharian pun tinggi. Bukan murah untuk tinggal di UAE, dibandar - bandar besar macam Dubai & Abu Dhabi. Kos sewa bilik setahun berjumlah AED 13,000! Phewwww

Oleh disebabkan kami bertolak lambat, kami sampai agak lewat dan dah malam di hotel yang kami book iaitu Hotel Al Uruba, Dubai Down town. Rupa - rupanya, hotel yang kami book tu terletak di tengah pekan Souq lama Dubai. Jalan masuk ke dalam pun menakutkan sebab terletak dicelah - celah bangunan. Kawan aku tak mau dan takut nak ke sana, sanggup nak patah balik sebab tak nak ambik risiko. Tapi, sebenarnya ok je dan selamat.

Rupanya, hotel yang kami book tu untuk hari yang kami tinggal di Abu Dhabi, so booking dah tak valid. Nasib baik hotel ada lagi kosong, so kami dapat tinggal di dorm yang ada 4 katil. Oklah, lebih baik dari tak ada langsung kan?

"You want a lady, sir?"


Sampai je hotel, kami terus mandi rehat dan makan. Tapi, aku dan Azir kami keluar berjalan - jalan sebab malam ni je yang kami ada bila di Dubai. Kami berdua keluar untuk makan angin dan minum air. Lepas jalan - jalan, kami singgah di satu kedai dan duduk.
Lepas je kami order air, tiba - tiba ada seorang lelaki Bangladesh datang menghampiri dan bertanya ...... "Boss, do you want any girl tonight?" kami berdua tergamam. Terkelu sebab dihadapan kami ada dua orang polis didalam sebuah kereta polis BMW. Kami pun tanya "what girl do you have?" dan dia balas "what girl do you want? we have all, including Russian, Chinese etc" sambil dia tunjuk tempat dan hotel yang ada tawaran tersebut. Dengan baik aku cakap aku tak perlu pun perempuan malam ni.

Rupanya, ada jugak maksiat di tanah arab ni. Ingatkan tak ada benda - benda macam tu. Biasalahkan, semua tempat ada tapi yang menghairankan aku adalah polis pun ada dekat area tu, takkan depa tak mau basmi kot? Ahh, malas nak ambik port.

[gallery type="square" columns="2" size="medium" ids="5195,5196,5197,5198"]

Dubai Metro, Burj Khalifa & Dubai Mall


Bangun je pagi, kami ada beberapa tempat dan tujuan untuk berjalan - jalan di Dubai. So, oleh kerana duduk kat hotel cikai je, tak ada sarapan dan kami kena mengambara untuk cari makanan. Ini adalah satu cabaran bila ada di tempat orang yang hampa taktau. Semalamnya kami ke kedai Pakistan, tapi hari ni pulak kami makan di kedai Afghanistan. Aku nampak kebanyakkan bangsa Asia Selatan mendominasi masyarakat di UAE ni.

[gallery type="square" columns="2" size="medium" ids="5193,5194"]

Kami ke tempat - tempat yang dah plan iaitu salah satunya adalah Hard Rock Cafe Dubai, dekat Dubai Festival City, Dubai Mall, Burj AlKhalifa dan macam - macam lagi.

Tapi, apa yang aku excited dekat Dubai ni adalah Dubai Metro yang terkenal dengan kecangghannya. Selain tu, yang utama adalah Burg AlKhalifa merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Kami menaiki Dubai Metro daripada Stesen Al-Ras yang terletak dekat dengan pekan lama Dubai Gold Souk. Kami start berjalan tak la awal sangat sebab nak recover dari tidor tak cukup semalam. Tapi tak rugi sangat sebab dah target nak ke beberapa tempat je.

Untuk Dubai Metro, kami tak buat homework pun, pakai main redah je. So apa yang jadi adalah kelam kabut sikit. Tapi, kami gunakan perkhidmatan pekerja Dubai Metro untuk tanya kesana dan kemari

[caption id="attachment_5200" align="aligncenter" width="500"] Peta perjalanan perkhidmatan Dubai Metro - Red line dan Green line[/caption]

Untuk kali pertama, kami dari dari stesen Metro Al-Ras ke Union. So bermakna kami kena pergi ke Union untuk buat penukaran perkhidmatan Red line ke Green line. Tiket untuk ni aku tak ingat berapa sebab kawan yang bayarkan. Kami dapat tiket sorang satu untuk masuk ke dalam stesen metro yang hebat. Cantik!

[gallery type="square" columns="2" size="medium" ids="5202,5201,5203,5204,5205,5206"]

Kami selamat sampai di stesen Rasyidia. Dari Rasyidia, kami naik bas ke Dubai Festival City dan ke Hard Rock Cafe Dubai. Perjalanan yang sukar  sebab tukar beberapa kali kenderaan. Dari train ke bas dan sebagainya. Hahaha

[gallery type="square" size="medium" columns="2" ids="5207,5208,5209,5210"]

Kami samapai je kat Dubai Festival City, terus ke Hard Rock Cafe Dubai untuk beli baju dan seperti yang dikirim. Harga baju di HRC adalah standard. Kalau orang yang dah biasa ke HRC selalu tu, tau la harga HRC macama mana. Dalam AED pun sehelai baju pun dah beratus AED. Lebih kurang harga tshirt HRC kat Malaysia. Haha macam biasalah beli banyak. Kemudian, sempat la jalan sikit kat Festival City tu. Banyak kedai dan mall betul lah Dubai ni.

Lepas habis, kami terus naik bas ke stesen Dubai Metro yang terdekat untuk ke Burj AlKhalifa, Dubai. Macam biasalah, dah penat berjalan terus jadi lapar tak ketahuan. Singgah makan lah!

[gallery type="square" columns="2" size="medium" ids="5211,5212,5213,5214"]

Semua orang lapar so aku pun sama. Kami makan di kedai arab untuk kali terakhir. Harga kedai ni tak la mahal macam kat Abu Dhabi mungkin sebab sini downtown kot. Aku bayar lebih dari AED 50 untuk makan ni. Lepas je habis makan, kami ke Burj. Takleh lengah dah.

[gallery type="square" columns="2" size="medium" ids="5218,5215,5216,5217"]

Kami sebenarnya penat sebab dah letih berjalan. So, pergi ke tempat yang sempat dan bergambar je. Sehari semalam memang tak sempat. Kena duduk lama lagi untuk cover banyak tempat. Huhu

Lepas je puas jalan, aku dan kawan - kawan terus ke Airport untuk ambik flight tengah malam. Penat tapi berbaloi.

Kesimpulan


So, 3 hari 2 malam aku di Abu Dhabi dan Dubai sangat berbaloi dan sukses. Aku buat summary kat bawah :

  1. 3 hari 2 malam tak cukup. Mungkin seminggu best untuk cover dua bandar ni

  2. Makanan dan minuman mahal especialy minuman lah.

  3. Hotel pun mahal, nak save kena dok kat backpackers punya hostel la.

  4. Transportation kat dua dua bandar sangat cun. Tak payah risau.

  5. Kena study dan buat kerja rumah sikit tentang sistem public transport.

  6. Rancang perjalanan anda.

  7. Bawa duit cash dengan cukup. Kalau nak guna kad pun boleh sebab kad kredit boleh digunakan di merata -rata tempat.

  8. Berbaloi nak pi sekali lagi

0 Komen:

Post a Comment