Kenapa aku pilih untuk menaiki penerbangan Singapore Airlines adalah, aku tak mau nak transit lama - lama macam beberapa trip aku yang lepas. Sebenarnya, transit lebih selesa tapi bergantung pada masa dan tenaga hang. Kalau duduk sana tu lama - lama, kena banyak jalan dan potensi untuk duit habis adalah tinggi! Dah la makan pun mahal, barang - barang pun boleh tahan jugak. So lebih baik aku terus ambik penerbangan terus, tapi kena duduk di dalam perut kapal terbang selama 12 jam lah. Boleh ke tahan?
Alhamdulillah, rezeki Allah berikan kepada aku untuk dapat juga merasa menaiki penerbangan terus dari Singapore (SIN) ke Milan Malpensa (MXP) pada minggu lepas. Buat pengetahuan hampa, sekarang ni aku berada di Itali dalam mission possible selama sebulan! hehe
Bagi pendapat aku, untuk travel ni kena la buat study sikit. Macam aku, aku dah google awal - awal macam mana layout dan rekabentuk Changi Airport, terutamanya macam mana proses untuk check in, boarding, dan lain - lain lagi. Paling penting, hampa kena baca dan tahu peraturan sesebuah negara.
Sampai je di pintu masuk pesawat, aku disapa oleh pramugari Singapore Airlines yang senyum sambil berkata "May I see your ticket sir" dan aku terus bagi tiket aku untuk arahan seating. Lepas tu, dia tunjukkan barisan tempat duduk aku dan semuanya berjalan dengan lancar.
Kali ni, aku pilih untuk duduk di tengah - tengah perut kapal. Tak mau depan sangat dan belakang sangat. Tengah - tengah tu dekat dengan tempat duduk pramugai dan "dapur". Kalau lapar nanti senang lah nak cari makan.
[caption id="attachment_5293" align="aligncenter" width="500"] Peta perjalanan kami dari SIN ke MXP[/caption]
Muslim food
Beberapa jam lepas je take off, aku disajikan dengan makanan dalam pesawat. Tak seperti penerbangan Emirates, travel agent aku dah book siap siap makanan muslim untuk aku untuk penerbangan SQ. So, biasalah kalau masa makan ni, muslim food akan sampai dulu dan kami makan sebelum orang lain. Haha!
Untuk pertama kali, aku makan makanan dalam pesawat SQ ni, oklah. Tak ada beza dari makanan orang lain. Mungkin, yang tak halal tu depa ganti dengan daging yang halal je. Kan? Aku tak rasa was-was atau ragu-ragu, terus je makan. Haha
[caption id="attachment_5289" align="aligncenter" width="500"] Makanan dalam penerbangan SIN-MXP, ni adalah makanan sarapan pagi ketika 2-3 jam sebelum sampai di Milan Airport[/caption]
Bosan
Tipu la kalau tak bosan dalam penerbangan terus ni. 12 jam. Aku tak tau berapa kali aku tidur-bangun, berapa kali aku bangun kencing-berak, berapa movie dah aku tengok dan lain - lain aktiviti. Tu la aktiviti yang aku boleh buat selama 12 jam duduk atas udara ni. Sorang macam tu la gayanya. Kalau berdua atau ramai, boleh lah sembang - sembang, keluar la cerita dan topik yang menarik sikit. Huhu
Aku ada berbual dengan beberapa penumpang lain, yang rata - rata datang dari pelbagai negara dan kaum. Seronok sebenarnya sembang dengan orang yang kita tak kenal. Dia pun bosan, aku pun bosan, sama - sama bosan. Sebab tu tak ada masalah nak sembang.
[caption id="" align="aligncenter" width="478"] Bosannya tera nak sampai ni. Tak tau nak buat apa dah[/caption]
Dalam masa yang sama, aku pun ada berbual dengan pramugari dan pramugara SQ. Tengok depa semua kerja keras untuk memenuhi segala kemahuan dan tuntuan pelanggan demi menjaga nama baik dan reputasi syarikat. Cabin crew SQ memang terbaik.
Take off masa malam memang bosan sebab tak nampak apa di kiri dan kanan kapal terbang. Kali ni aku betul-betul duduk di tepi tingkap, so memang aku boleh tengok lah segala perubahan tempat especially masa malam bertukar siang.
Permandangan cantik
1-2 jam sebelum sampai Milan, aku dihidangkan dengan permandangan cantik dari tingkap kapal terbang. MasyaAllah, subahanallah, cantik betul alam ciptaanNya. Kagum seketika bila aku tengok banjaran gunung salji tu. Tak sangka masa Summer pun masih ada lagi salji di puncak gunung.
Bila dah cerah, memang seronok tengok keadaan dalam kapal terbang. Kebanyakkan penumpang mula naikkan penghadang tingkap untuk tengok permandangan bawah. Mungkin kerana masa tu cuaca elok, boleh nampak jelas banjaran Alps yang besar dan luas dibawah sana.
Selamat sampai
Akhirnya, pesawat SQ berjaya bawa aku sampai di Milan Malpensa Airport, Milan. Alhamdulillah, tamat la episod boring aku dalam pesawat selama 12 jam lebih ni. Bukan senang sebenarnya untuk behave dalam kapal terbang selama tu. Tak sangka yang aku boleh duduk dalam tempat yang sama, keadaan yang sama untuk masa yang lama.
Tu dalam keadaan seorang, kalau ramai lagi la seronok duduk dalam direct flight ni kan?
[caption id="attachment_5294" align="aligncenter" width="500"] Perjalanan yang hampir - hampir sampai[/caption]
[caption id="attachment_5295" align="aligncenter" width="500"] Permandangan di Aeporto di Milano Malpensa, Milan[/caption]
Rumusan
Berbanding direct flight KL-FRA yang aku naik dulu, aku rasa perbandingan mutu perkhidmatan di antara SQ dan Malaysia Airlines. SQ dan MAS merupakan syarikat adik-beradik pada masa dahulu (sebelum Singapore keluar daripada Malaysia, depa dikenali sebagai Malayan Airways Limited (MAL), Malaysian Airways, Malaysia-Singapore Airlines dan pada 1972 syarikat MSA dibubarkan dan menjadi dua syarikat berlainan identiti sampailah sekarang iaitu SQ dan MAS. Source : Wikipedia)
Cukuplah dengan cerita dulu - dulu, apa yang aku rasa MAS perlu mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan untuk menandingi SQ. Kalau SQ boleh, takkan MAS tak boleh kot?
0 Komen:
Post a Comment