Monday, July 15, 2013

Hey, saya dah sampai di Venice!

Oleh kerana minggu lepas aku dah memandu dari Milan ke Florence dan Rome, kaki pun dah letih dan tak ada mood untuk bawak kereta, aku pun plan untuk ke Venice dengan menaiki kereta api. Asalnya, aku pun nak buat kepala gila dengan memandu ke Venice tapi atas nasihat kawan - kawan di tempat kerja ni, aku dinasihatkan untuk naik je kereta api sebab nak ke Venice dengan kereta memerlukan kos yang tinggi dan sangat susah.

Kenapa aku digalakkan untuk naik kereta api adalah Venice merupakan bandar kepulauan yang sukar diakses dengan kereta. Penduduk tempatan pun guna kereta api dan Gondola, takkan la aku ni nak bawak kereta masuk? Lagipun tak boleh nak masuk dengan kereta sebab tak ada jalanraya mahupun lebuhraya! Haha

So, pada 9 hb lepas aku ke stesen kereta api Treviglio untuk membeli tiket ke Venice. Dengan bantuan kawan, aku dapat tengok sendiri macam mana stesen dan sistem kereta api di Itali. Bab kereta api, aku akan tulis pada entry lain ok?

[caption id="attachment_5299" align="aligncenter" width="500"] Tiket kereta api antarabandar dari Trevigio ke Venezia Santa Lucia[/caption]

Naik kereta api dari Trviglio ke Venezia Santa Lucia


Tiket yang aku beli berharga EUR 45 untuk perjalanan pergi dan balik. Phew, tak murah tapi kalau naik kereta kos dia lagi tinggi dari EUR 45 tu. Perjalanan ni mengambil masa hampir 3 jam. Phewww. Aku sampai di Venice pada jam 11 pagi.

Aku dah jelaskan kenapa aku naik kereta api, jom nak share sikit macam mana nak ke Venice dengan menaiki kereta api. Menurut google map, stesen kereta api yang terakhir ke Venice adalah Venezia Santar Lucia. Stesen ni terletak di penghujung trek kereta api yang menghungkan dengan kepulauan Venice. Jangan silap pulak sebab ada dua stesen kereta api yang bernama "Venezia" iaitu Santa Lucia dan Porto Marghera.

Lokasi stesen Porto Marghera adalah sebelum jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan Venice dan Santa Lucia adalah yang terletak di kepulauan Venice. So, senang kan? Jangan silap ok?

[caption id="attachment_5316" align="aligncenter" width="500"] suasana di Stesen Keretapi Venezia Santa Lucia, Julai 2013[/caption]

Seperti di dalam gambar dan movie


Selalunya aku hanya kagum melihat kecantikan dan keunikkan Venice didalam gambar dan movie tapi semalam aku dapat tengok semua tu dengan mata kepala aku sendiri dan berpijak di bumi Venice. Ya, Venice ni kan sangat popular dengan tempat romantik dan sinonim kepada pengantin baharu untuk berbulan madu. Tapi, kali ni aku datang sorang sorang je. Kan baik kalau dapat ke sini dengan insan tersayang? Mana tau nanti boleh jadi kenyataan, kan?

Bandar dalam air


Kebanyakkan bangunan terletak di tebing sungai ... err ataupun laut? Ia dihubungi oleh lorong - lorong kecik dan jambatan yang melintasi sana dan sini. Menarik, tapi bagi aku Venice merupakan tempat yang crowded dengan manusia dan sangat susah untuk berjalan ke sana dan kemari sebab terlalu ramai orang.

Tambahan pulak aku mai time summer, lagi la ramai orang keluar berjalan termasuk penduduk tempatan sendiri taknak lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan dan perjalanan yang panas.

Nak naik kereta macam mana sebab takadak jalanraya, nak merempit macam mana kalau semuanya lorong kecik dan jambatan yang "culang-caling". Haha tu la yang terlintas dalam kepala aku. Macam mana penduduk tempatan boleh survive dengan keadaan macam tu, susah betul kalau nak beli barang besar. Macam mana depa bawak masuk semua tu? Adakah dengan kapal? Jeng jeng jeng!

[caption id="attachment_5309" align="aligncenter" width="500"] Bangunan buruk dan air[/caption]

[caption id="attachment_5310" align="aligncenter" width="500"] Gondola[/caption]

[caption id="attachment_5311" align="aligncenter" width="500"] Dicelah - celah bangunan, pasti akan ada orang[/caption]

[caption id="attachment_5312" align="aligncenter" width="500"] penggemar tingkap[/caption]

[caption id="attachment_5313" align="aligncenter" width="500"] Random[/caption]

[caption id="attachment_5314" align="aligncenter" width="500"] I wait you here....[/caption]

"Sesat" di tengah - tengah Venice


Aku suka cakap perkataan "sesat" bila berjalan - jalan di mana - mana tempat sebab dengan sesat, aku boleh explore pelbagai benda baharu dan tak pernah tahu kewujudannya. Menarik kan? Aku suka jalan je tanpa ada tujuan (tapi kena la tahu jalan balik) dan aku rasa, aku selamat bila berada didalam kota Venice.

[caption id="attachment_5308" align="aligncenter" width="500"] Selain daripada "sesat" dengan bawa kaki tanpa tujuan, aku ada tab yang dah install Maps 3D lagi dikemaskini untuk perjalanan yang menarik[/caption]

Mahal dan overrated

Bila dah jadi tumpuan orang satu dunia, semestinya semua benda dah jadi mahal. Pertama kali aku masuk tandas yang mahal dalam hidup dan ia terletak di Venice. Kebanyakkan tempat dipenuhi oleh orang, tak kira la yang semurah murah (of kos ramai) dan semahal - mahal (sure exclusive) dipenuhi orang. Ntah la apa yang depa fikir tentang Venice ni. Memang la tempat cantik, tapi bila semua pakat kerumun dan dok bercakap sangat rasanya macam jadi terlebih. Melebih - lebih.

Untuk kali pertama ni, ya segalanya memang sempoi. Cantik. Hehe





Hard Rock Cafe Venice, Canal Grande dan ......

Terlalu banyak tempat yang menarik dan aku tak lepaskan peluang untuk kunjungi tempat - tempat tersebut. Yang paling tak boleh tak pi adalah HRC sebab ramai dah dok kirim. Duit bawak banyak - banyak pun mesti akan habis dekat sini jugak untuk beli baju dan cenderamata yang lain - lain. Semuanya dibuat sebagai koleksi.

Aku berpeluang untuk pergi ke tempat popular yang terdapat didalam aksi filem blockbuster yang terkenal seperti The Tourist, Lara Croft : Tomb Raider, The Italian Job dan banyak lagi. huhu

[caption id="attachment_5303" align="aligncenter" width="500"] Gondola di Ponte dei Sospiri (a.k.a Bridge of Sighs)[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="500"] Piazza San Marco! Terhalang sebab dok buat kerja pembaikian[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="501"] Minta tolong pelancong macam aku gak untuk ambikkan gambar[/caption]



 

0 comments:

Post a Comment