Dah lama rasanya nak tulis pasal topik ni. Kebanyakkan antara kita suka luangkan masa di laman sosial, terutamanya laman Facebook, mikro-blog Twitter dan perkongsian ringkas bergambar, Instagram.
Dunia alam maya memang tak ada had. Kita bebas tulis dan sampaikan apa yang kita rasa dan kita suka.
Cara penyampaian sangat penting dalam sesebuah perkongsian adakalanya berbaur sensitif yang akan menyentuh peribadi orang lain dan sensitiviti sesebuah kaum atau agama. Itu sahaja yang kita kira sangat penting dalam setiap penulisan. Tapi, ada antara kita lupa satu perkara lagi iaitu perkongsian yang bebas dari menulis atau bercerita tentang kerja dan kerjaya.
Bagi saya, perkongsian di laman sosial bebas kerja dan kerjaya ini sangat penting dalam menjamin kestabilan, kecemerlangan dan profil setiap individu yang "makan gaji". Yelah, sebagai pekerja kita wajib jaga setiap rahsia majikan tak kiralah pekerja swasta ataupun kakitangan kerajaan. Prinsip pengasingan ni sangat penting untuk mengelakkan konflik kerja disetiap
0 Komen:
Post a Comment