Monday, April 28, 2014

Selamat kembali, Luthfi.my!!


Assalamualaikum,

Setelah beberapa bulan aku kembali menulis di pelantar Blogger, aku terus mengambil keputusan untuk membeli domain untuk blog lama aku ni. Ye, untuk pengetahuan anda yang tak pernah baca blog aku (pergh buat macam blog aku popular sangat), aku pernah menulis di beberapa blog.

Antaranya, dulu (blog ni la luthtextile.com), kemudian berhijrah ke pelantar blog Wordpress. Setelah hampir 3 tahun menggunakan domain tersebut, aku mengambil keputusan untuk memberhentikan pembaharuan domain luthtextile.com, kerana dalam masa yang sama aku telah membeli domain luthfi.my.

Domain Luthfi.my dibeli semasa promosi domain dot my yang dibawakan oleh Exabytes. Dalam masa yang sama, aku pun ada beli domain Lazat.my, untuk blog suka suka. Rasanya, domain yang aku beli masa promosi tu berharga RM66/tahun tapi apabila dah sampai waktu untuk memperbaharui domain tersebut, harganya melonjak naik sampai RM120/tahun.

Yalah, sebab itu ramai diantara kawan kawan aku cakap, nak beli domain pada harga promosi baik beli untuk 2-3 tahun kerana harganya murah dan untung berbanding beli untuk 1 tahun dan perbaharui pada setiap tahun.

Oleh kerana domain luthfi.my lebih sinonim dengan diri aku, selari dengan "pembaharuan imej" (kononnya..) di alam maya, aku terus serius berblogging menggunakan domain luthfi.my di wordpress. Tapi, imej tu tak bertahan lama sebab aku rasa dengan renewal domain semahal RM120/tahun rasa tak berbaloi, aku beli domain mohdluthfi.com dan berblogging dengan domain tu untuk dua tahun.

Lepas habis episod memperbaharui domain untuk blog, aku jadi malas pula nak berblogging dan ambil keputusan untuk tak meneruskan langganan hosting wordpress aku tu walaupun ia hanya RM80/tahun. Entahlah, mood nak berblogging dah makin kurang. Ni semua kesan daripada kepesatan pembangunan aplikasi alam maya seperti Facebook dan Instagram sampai memusnahkan nafsu berblogging aku.

InsyaAllah, dengan kembalinya aku ke medium Blogger ni sebagai pelantar untuk berblog, aku harap aku akan terus setia dengan domain luthfi.my dan juga berblog dengan jayanya. Kali ini, langganan domain dot my aku bersama dengan syarikat Asia Host Advance Tech.

Hidup ada pasang surutnya, begitulah dengan dunia blogging. Aku harus buat comeback dan kembalikan zaman kegemilangan berblogging seperti masa dahulu.

Sibuk dengan kerjaya bukan satu penghalang untuk berkarya :) :)


7 comments:

  1. selamat kembali abang luthfi.
    lepas ni seronok ler nak tengok gambar2 menarik ketika kau g obersi.

    p/s: tapi kenapa bila nak buka blog kau tanpa www google kata takde..mohon setkan kedua-duanya boleh buka yer.

    ReplyDelete
  2. welcome back my friend. hahaha baru yeop tau ko ada blog. asyik tengok dan kasi hati kat insta ko. apapun jom kita enjoice!

    ReplyDelete
  3. Yay! selamat kembali luthfi ke dunia blogger.

    ReplyDelete
  4. salam 'alaik

    wallaweyh luth . ingat cik antoo lagi tak ? gua dah kerja kat penang dah skang . huhu .

    ReplyDelete