Thursday, April 10, 2014

Perjalanan ke Cinque Terre, Itali - bahagian 2

Plaza Tol untuk exit Levanto

Assalamualaikum,
Ya, aku nak sambung balik entry bahagian 1 pasal perjalanan ke Cinque Terre, Itali.

Aku mula memandu dari Milan pada jam 0530 pagi dan sampai ke Levanto, dareah Liguria. Perjalanan yang menggunakan lebuhraya ataupun dalam bahasa Itali Autostrada E33 dan E80 membawa aku ke kawasan tanah tinggi. Setelah bayar 20 EUR untuk tol, kami mula menuruni lereng bukit yang dipenuhi oleh hutan renek.

Sebenarnya, hutan dekat Itali ni tak tebal mana pun. Kalau ada pokok yang tinggi sekalipun masih boleh nampak dasar ataupun tanah dikawasan hutan tersebut. Nak dibandingkan dengan hutan hujan khatulistiwa Malaysia memang jauh berbeza!

Berhenti sekejap ambil gambar dengan pokok pain
Perjalanan turun dan naik lereng bukit ni diberikan oleh khidmat GPS yang dipasang dalam kereta Renault Megane yang aku pandu. Aku tak pasti berapa kapasiti enjin kereta ni, tapi yang pastinya enjin Diesel memang sedap. Pemanduan lancar dan sangat pick up.

Papan tanda kawasan Levanto
Akhirnya, setelah hampir 30 minit memandu kami sampai di pekan kecil Levanto. Kami terus ke stesen kereta api Levanto. Kebiasannya, di setiap stesen kereta api di Itali akan ada parking kereta percuma tapi dekat stesen kereta api ni aku gagal cari lot parking kereta percuma yang biasanya ditanda kotak berwarna putih, kotak yang berwarna biru bermaksud kotak parking kena bayar.

Tiket dan Peta Cinque Terre

Menurut info dari kawan kawan yang telah pun sampai ke Cinque Terre, depa banyak suggest kat aku untuk pergi menaiki kereta api kerana pengangkutan kereta api di Itali sangatlah mudah dan tepat pada masa. Oleh itu, kami buat keputusan untuk ke Cinque Terre menaiki kereta api Itali (Trenitalia) dengan membeli pakej satu hari 12EUR.

Dengan tiket sehari perjalanan di Cinque Terre, aku dapat menaiki kereta api tanpa limit, bas, dan pelbagai pengangkutan awam yang lain dengan hanya tunjuk tiket diatas kepada pemandu bas dll. Best kan? Selain itu, disertakan dengan peta perjalanan Cinque Terre dan jadual waktu perjalanan dari Levanto ke La Spezia, iaitu pekan yang terbesar selepas Cinque Terre.

Jadual Waktu Kereta api Levanto - La Spezia dan La Spezia - Levanto
Bersambung di bahagian 3....

1 comment: