Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, July 18, 2025

Hello Mexico! - Part 1

Aku baru balik dari Mexico minggu lepas. Actually, aku tak sangka dapat rezeki jejakkan kaki di benua Amerika. Aku tak mau tulis proses bagaimana aku dapat pi Mexico. Aku hanya nak tulis perjalanan aku dari Penang ke Mexico. Huhu.

Perjalanan aku ke Mexico pada 26 Jun 2025, satu perjalanan business trip pertama selepas hampir 10 tahun. Dulu last trip aku ke luar benua asia pada tahun 2016 masa tu Rizqi dalam perut Mekna 6-7 bulan.


Mekna & Mekyam hantar aku kat Penang Airport jam 12 tengah hari. Flight aku jam 3 petang Penang - KL. Mekyam excited nak ke aiport. Sebelum tu kami sempat lunch kat Nasi Lemak Burung Hantu cawangan Penang.


Trip kali ni aku dengan 5 orang kawan satu company dan kami naik Emirates dari KL menerusi Dubai lepastu layover kejap di Barcelona, Spain dan terus ke Mexico City sebelum sampai di destinasi terakhir, Tijuana untuk tempoh 3 minggu.


Risau

Aku sebenarnya risau nak keluar Malaysia lepas 10 tahun ni. Sampai je KLIA, terus ke International satellite. Pertama kali aku guna auto gate masa "check out" dari Malaysia ke international satellite.

Sebelum aku keluar rumah, 2-3 kali aku check website Jabatan Imegresen untuk pastikan aku tak ada masalah untuk keluar Malaysia. 


Dari domestic ke international satellite naik bas, haha. Dulu 10 tahun lepas naik aerotrain tapi sejak tahun-tahun lepas, train ni ada problem. Tak silap aku, masa aku pi haritu depa tengah repair aerotrain.

Lepak di International satellite KLIA

Aku sebenarnya tak tukar duit lagi. Kat sini baru aku keluarkan duit dari ATM. Aku tak sempat nak tukar ke Mexican Peso (MXN) sebab kat sini takdak jual MXN. So, just lepak makan dan minum sebelum tunggu international flight ke Dubai.

Flight jam 7:10 petang. Macam biasa, flight ke Dubai ni terlalu ramai orang dari pelbagai bangsa & negara. Aku jadi excited sebab dah lama tak ke Dubai. Last tahun 2016 wehh.





Boarding 

Masuk je kapal terbang Emirates, aku teringat kenangan tahun 2016. Emirates memang kekal dengan kualiti dan hospitaliti yang terbaik. Perjalanan ke Dubai ambil masa 7 jam. Flight besar Boeing 777.

Aku pilih window seat sebab aku nak tengok permandangan Dubai dari atas kapal terbang. Tapi lupa yang aku akan sampai kat sana time malam. Haha. Walaupun gelap, tapi cahaya lampu & permandangan malam di bandar Dubai sangat cantik.




Jejakkan kaki di Dubai

Jam 10:15 PM waktu UAE kapal terbang berhenti di landasan dan kami semua turun ke Airport terminal 3. Syukur selamat sampai. Walaupun dah makan dalam flight tapi tetap rasa lapar once jejak kaki kat Airport.

Kami nak kena catch next flight ke Mexico City melalui Barcelona jam 03:15 pagi. So, ada banyak masa untuk berjalan-jalan dan rehat kat Airport Terminal 3.

Time tu aku sempat tukar duit MXN dan USD $100. Aku prefer untuk guna Kad Kredit sepanjang masa kat Mexico. So, thats why aku tak tukar banyak dan hanya tukar untuk 3 minggu trip saja.

Aku sambung di next posting.







Tuesday, February 24, 2015

Setengah hari di bandar cinta Verona, Itali


Assalamualaikum

Baru baru ni aku berpeluang untuk melawat bandar Verona yang terletak di utara semenanjung Itali, lebih kurang 3 jam perjalanan dari Milan dan 45min dari bandar Venice. 

Bandar Verona merupakan bandar ikon cinta selepas Venice, yang disebut sebagai bandar yang harus dilawati bagi pasangan yang berbulan madu. Bagi aku, setelah melawat kedua dua tempat "romantik" di eropah ni, aku lebih suka Verona kerana dua sebab. 

Apa benda dua sebab tu?

Pertama : Verona mempunyai banyak bangunan lama dan senibina bandar seolah olah Venice (kerana Verona dikuasai oleh kerajaan Venice satu masa dahulu) dan Verona tak ada banyak air serta jambatan yang menyerabutkan macam Venice. Kat sini yang aku paling suka adalah Arena di Verona. 

Sebuah stadium lama sejak zaman Roman lagi seolah olah Colleseum di Rom!

Harga asal tiket untuk masuk kedalam Arena di Verona ni ialah 10€ tapi masa kami datang sini semua muzium dan tempat pelancongan dikenakan sebanyak 1€ sahaja!! Dah jimat 9€ tu!

Aku tak lepaskan peluang untuk ronda sepuas-puasnya dalam stadium roman tu! Walaupun hujan renyai renyai, aku tetap berjaya melihat 360 darjah kawasan ni. Sungguh cantik. 

Berdiri berlatarbelakangkan Arena di Verona
Menunjuk sikit tiket masuk Teatro Romano atau Arena di Verona nih!
Yaaaaaaaaaaaaaaa saya sudah sampai!
Duduk kejap kat tempat duduk batu yang diperbuat daripada blok marmar yang besar dan sejuk
Sebab kedua aku suka bandar Verona ni ialah kepopularitiannya sebagai bandar romantik lagenda Romeo dan Juliet. Sebab keromantikan depa dua tu aku rasa banyak couple yang duduk kat sini dan dating. Perasaanya rasa macam kat Paris haritu. Menarik. 

Beranda Rumah Juliet
Pelancong yang datang berpusu - pusu. Terpaksa berhimpit - himpit dengan depa
Punyalah banyak orang yang berpusu pusu nak masu kedalam Muzium rumah si Juliet tu. Bagi aku tak payahla nak masuk dengan keadaan yang bersesak, ambik gambar sekeping dua sudah cukup sebagai ingatan dan tanda aku dah mai sini. 

Masa kami jalan balik ke tempat letak kereta, adalah ambik beberapa gambar disekitar Verona Centro

Market di tengah Verona Centro
Di pintu masuk kota Verona yang masih kukuh
Dan yang lawaknya kami tersesat masa nak cari tempat letak kereta sebab terlalu hanyak jalan. Walaubagaimanapun pengalaman sesat tu harus diberi keutamaan sebab dengan sesat tu la kami dapat tengok banyak benda baru dan terjumpa dengan Kubur Juliet atau disebut dalam bahasa Itali sebagai Tomba di Giuletta.


Kat sini terletaknya kubur Juliet, pelbagai arca zaman roman dan hiasan dalam rumah Juliet yang dipindahkan kesini. Tak sia sia mai sebab tiket pun 1€ juga. 

Walaupun trip kali ni sangat singkat, aku puas hati sebab dapat juga kesini. Alhamdulillah, rezeki dan dapat tambah pengalaman jalan jalan di bumi Itali. 

Sehingga berjumpa lagi ..

Luthfi
24.02.2015
1:30 PM





Monday, May 05, 2014

Perjalanan ke Cinque Terre (Bahagian 3)

Assalamualaikum,

Ya aku nak share sambungan perjalanan ke Cinque Terre. Dah bahagian 3, sebenarnya boleh je tulis sampai habis dalam satu entri tapi rasa macam terlalu panjang. Sebab tu buat secara sambungan. Yang mana tak ikut bahagian yang lepas, boleh ke Bahagian 1 dan Bahagian 2

Perjalanan kami dari Levanto ke La Spezia menyusuri 5 tanah (ataupun bandar) hanya mengambil masa selama 20 minit. Rasanya kelajuan kereta api tu dalam 80km/j sahaja. Tapi rasa cepat dan laju. 

Kami ke La Spezia kerana ia merupakan destinasi terakhir. Kami kesana untuk makan tengah hari dan jalan jalan tengok bandar yang terbesar dikawasan tersebut. 

3 jam berjalan jalan di bandar La Spezia yang biasa biasa sahaja. Bandar tipikal Itali yang mempunyai sebuah kem tentera laut sebab bandar ni terletak di pinggiran laut ataupun teluk. 

Ditengah - tengah bandar La Spezia, Itali

Singgah dekat Muzium Tentera Laut Itali

Kereta tinggalan US Navy
Masa kami sesat (aku suka guna takrifan sesat) dalam bandar La Spezia, kami terjumpa sebuah taman yang sangat cantik dipenuhi oleh pokok dan bunga. Ala, sekarang ni kan musim bunga. So, berkesempatanlah berjalan jalan sambil tengok bunga. Untuk pengetahuan hampa, musim bunga masih lagi sejuk iaitu temperature serendah 7 darjah selsius!

Oleh kerana aku keluar awal pagi, memang sangatlah segar untuk berjalan jalan disekitar bandar La Spezia, bandar terbesar yang paling dekat dengan Taman Nasional Cinque Terre atau dalam bahasa tempatan Parco Nazionale delle Cinque Terre. Kami dekat sana tak lama, ada lah dalam 3 jam. 


Kalau ikut peta Google, perjalanan dari pekan besar La Spezia ke Riomaggiore mengambil masa selama 23 minit, tapi oleh kerana jalan mereka terletak dilereng bukit dan gunung, pelancong tak dinasihatkan untuk memandu. Baik naik pengangkutan awam sebab dah beli tiket one-day-trip untuk Taman Nasional Cinque Terre.

Kami sampai di Riomaggiore, setelah 10 minit menaiki kereta api dari La Spezia sentral.

Bergambar di Stesen Kereta Api Riomaggiore
Jika anda datang dari Bandar  La Spezia, pekan kecil Riomaggiore merupakan pekan yang pertama yang anda akan jumpa untuk ke Cinque Terre. Menurut wikipedia, Riomaggiore mempunyai lebih daripada 1,000 penduduk. Apa yang unik disini, kebanyakkan rumah dibina dilereng bukit dan gunung menghadap laut liguria yang mempunyai air biru pekat.

Permandangan indah dari puncak lereng bukit Riomaggiore

Okey, aku sambung lagi ye di bahagian yang keempat!! ;)


Thursday, April 10, 2014

Perjalanan ke Cinque Terre, Itali - bahagian 2

Plaza Tol untuk exit Levanto

Assalamualaikum,
Ya, aku nak sambung balik entry bahagian 1 pasal perjalanan ke Cinque Terre, Itali.

Aku mula memandu dari Milan pada jam 0530 pagi dan sampai ke Levanto, dareah Liguria. Perjalanan yang menggunakan lebuhraya ataupun dalam bahasa Itali Autostrada E33 dan E80 membawa aku ke kawasan tanah tinggi. Setelah bayar 20 EUR untuk tol, kami mula menuruni lereng bukit yang dipenuhi oleh hutan renek.

Sebenarnya, hutan dekat Itali ni tak tebal mana pun. Kalau ada pokok yang tinggi sekalipun masih boleh nampak dasar ataupun tanah dikawasan hutan tersebut. Nak dibandingkan dengan hutan hujan khatulistiwa Malaysia memang jauh berbeza!

Berhenti sekejap ambil gambar dengan pokok pain
Perjalanan turun dan naik lereng bukit ni diberikan oleh khidmat GPS yang dipasang dalam kereta Renault Megane yang aku pandu. Aku tak pasti berapa kapasiti enjin kereta ni, tapi yang pastinya enjin Diesel memang sedap. Pemanduan lancar dan sangat pick up.

Papan tanda kawasan Levanto
Akhirnya, setelah hampir 30 minit memandu kami sampai di pekan kecil Levanto. Kami terus ke stesen kereta api Levanto. Kebiasannya, di setiap stesen kereta api di Itali akan ada parking kereta percuma tapi dekat stesen kereta api ni aku gagal cari lot parking kereta percuma yang biasanya ditanda kotak berwarna putih, kotak yang berwarna biru bermaksud kotak parking kena bayar.

Tiket dan Peta Cinque Terre

Menurut info dari kawan kawan yang telah pun sampai ke Cinque Terre, depa banyak suggest kat aku untuk pergi menaiki kereta api kerana pengangkutan kereta api di Itali sangatlah mudah dan tepat pada masa. Oleh itu, kami buat keputusan untuk ke Cinque Terre menaiki kereta api Itali (Trenitalia) dengan membeli pakej satu hari 12EUR.

Dengan tiket sehari perjalanan di Cinque Terre, aku dapat menaiki kereta api tanpa limit, bas, dan pelbagai pengangkutan awam yang lain dengan hanya tunjuk tiket diatas kepada pemandu bas dll. Best kan? Selain itu, disertakan dengan peta perjalanan Cinque Terre dan jadual waktu perjalanan dari Levanto ke La Spezia, iaitu pekan yang terbesar selepas Cinque Terre.

Jadual Waktu Kereta api Levanto - La Spezia dan La Spezia - Levanto
Bersambung di bahagian 3....

Tuesday, April 08, 2014

Perjalanan ke Cinque Terre, Itali


Salam,
Dua minggu lepas aku berkesempatan pergi ke tempat yang aku hajati selama ini iaitu Cinque Terre yang bermaksud lima tempat yang terletak di daerah Liguria, barat Milan dan berada di utrara Rom, Itali.
Perjalanan aku dari Milan menggunakan kereta dari Milan mengambil masa selama 3 jam. Alhamdulillah, aku sampai di Levanto, sebuah pekan yang dekat dengan Cinque Terre.

Untuk info, Cinque Terre dikenali sebagai "taman negara cinque terre" dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia. Lima tanah yang dimaksudkan adalah bandar :

  1. Monterosso
  2. Vernazza
  3. Manarola
  4. Corniglia
  5. Riomaggiore

Salah satu cara untuk pergi ke bandar tersebut hanyalah menggunakan kereta api yang sangat selesa dan mudah untuk menghubungkan antara satu sama lain.

So, perjalanan aku kalini mengambil masa 5 minit pada setiap satu bandar. Okey, nanti aku share perjalanan setiap bandar yang aku telah pergi.


Monday, January 13, 2014

Selamat datang tahun 2014 dan review tahun 2013- Bahagian Pertama

Alhamdulillah, Akhirnya kita semua telah melangkah masuk ke tahun 2014. Tak terlambat aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan - rakan yang memabaca blog ni (kalau ada yang baca lah)

Biasanya setiap kali melangkah ke tahun baru, semua orang akan bercakap tentang apa yang kita telah lalui pada tahun lepas, yakni tahun 2013 dan aku disini pun nak menulis beberapa peristiwa, kenangan pahit dan manis yang telahpun dilalui sepanjang 12 bulan.


Januari 2013 :

Sibuk dengan kerja. Macam biasalah! Tapi aku masih lagi dapat meluangkan masa ke Kuala Lumpur dan Melaka untuk meraikan ulangtahun kelahiran aku yang ke 24!

Hola KLCC!

Menaiki melaka river cruise yakni Venice Melaka

Tak banyak tempat pun aku pergi pada bulan Januari 2013. Awal tahun memang sangat sibuk, so sempat jugak la aku ke KL dan Melaka sebelum aku sambung sibuk lagi pada bulan 2. Hehe

Februari 2013 :

Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk ke Jerman pada awal bulan! Ini merupakan kali ke 3 aku menjejakkan kaki di bumi Jerman! Misi kali ini hanya seminggu atas urusan kerja. 

Tiket ke Frankfurt menggunakan penerbangan Malaysia Airlines

Berkesempatan untuk berjalan jalan di kota besar Jerman : 

2 Februari 2013 di Berlin

Lepak di Brandenburg Gate, Berlin

Singgah di Hard Rock Cafe Berlin
3 Februari 2013 di Hamburg


3 Febuari 2013 di Dortmund

Hari Ahad di bandar Dortmund yang lengang!
3 Februari 2013 - Cologne atau Köln

Singgah di Hard Rock Cafe Koeln, Germany
6 Februari 2013 di Melsungen

Permandangan yang sangat cantik di Melsungen

8 Februari 2013 di Frankfurt

Petang yang sangat sejuk di Frankfurt

10 Februari 2013 di Kassel

Happy bila dapat pijak salji di bandar Kassel

Tahun 2013 merupakan tahun yang sangat gembira bagi aku, dengan tak rancang, aku dah tukar kereta lama aku Proton Iswara Aeroback kepada Perodua Alza. 

23 Febuari 2013 di AEON Seberang Perai City, Bandar Perda

Alhamdulillah!

Seronoknya dia naik kereta baru!
Pada bulan Febuari, adik aku eksiden motor. Dia naik motor dengan kawan, serius jugak dia cedera. 

15 Febuari 2013 : Hospital Kepala Batas



Mac 2013 :

Perjalanan pertama aku dengan kereta baru!

17 Mac 2013 : Kuala Kangsar - Ipoh, Perak

Dukung anak menakan dirumah abang

24 Mac 2013 : Cameron Highlands, Pahang

SD di Cameron Highlands

Happy bila sampai Cameron!
Lepak shisha dengan member German, 28 Mac 2013 di Gelugor, Penang

Apabila mat saleh isap shisha untuk kali pertama! haha

Dah lama beb teringin nak pi tengok belon panas! 30 Mac 2013 di Putrajaya

Festival Belon Panas Antarabangsa Putrajaya 
Lepak KL sat wei!

April 2013 : 

Tak ada yang menarik terjadi pada bulan April. Hidup macam biasalah

20 April 2013 : Penamaan Calon bagi Pilihanraya Umum ke 13 di IKBN Bukit Mertajam

Menjadi penyokong BN pada perarakan penamaan calon

Dr. Mazlan menjadi calon BN bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh
Mei 2013 : 

Alhamdulillah, menunaikan hak sebagai seorang rakyat dinegara yang mengamalkan demokrasi 

5 Mei 2013 di SK Guar Perahu

Dakwat kekal yang pertama kali digunakan untuk PRU
Bukti dakwat kekal yang betul betul kekal

Tragedi 5 Mei 2013 bersama Mus Speedrider. Tetap menten cool sokong UMNO

22 Mei 2013 : Teambuilding di Georgetown, Penang 

Cabaran buat roti canai. Lepas buat kena makan pulak!
June 2013 : 


1 June 2013 Bawak mak dan ayah lepak KL. Pengalaman pertama untuk mak, ayah dan adik naik LRT. 

Muka mak dan ayah yang agak excited naik train ke KLCC

Masjid Besi, Putrajaya

Bawak mak ayah solat asar di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

SD di Putrajaya

Kali pertama SD di Putrajaya

2 June di Melaka

Melawat Muzium Melaka
3 June di Gerik, Perak

Melawat Muzium Arkeleogi Lembah Lenggong

Rangka manusia “Perak Man”

PerakMan yang ayah nak tengok sangat tuuu!
Oleh kerana tugas, aku pergi ke Itali dalam misi enam minggu. Kali ini aku tak ada teman. So sorang sorang je lah aku disana! huhu

30 June di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN)

Kali pertama mak dan ayah datang ke airport Penang untuk hantar anak dia ni ke Italy

Tiket ke Singapura

Kali pertama ke Singapura menaiki penerbangan Silk Air! 

Kali pertama menjejakkan kaki di Itali!

Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan

MasyaAllah, indahnya permandangan diatas kapal terbang!

Sebagai kesimpulan, untuk separuh tahun 2013 yang pertama memang sangat mencabar! Eh, macam tulis diari lah pulak! Diari pun diari la. Apa aku kesah? :p