Monday, May 05, 2014

Perjalanan ke Cinque Terre (Bahagian 3)

Assalamualaikum,

Ya aku nak share sambungan perjalanan ke Cinque Terre. Dah bahagian 3, sebenarnya boleh je tulis sampai habis dalam satu entri tapi rasa macam terlalu panjang. Sebab tu buat secara sambungan. Yang mana tak ikut bahagian yang lepas, boleh ke Bahagian 1 dan Bahagian 2

Perjalanan kami dari Levanto ke La Spezia menyusuri 5 tanah (ataupun bandar) hanya mengambil masa selama 20 minit. Rasanya kelajuan kereta api tu dalam 80km/j sahaja. Tapi rasa cepat dan laju. 

Kami ke La Spezia kerana ia merupakan destinasi terakhir. Kami kesana untuk makan tengah hari dan jalan jalan tengok bandar yang terbesar dikawasan tersebut. 

3 jam berjalan jalan di bandar La Spezia yang biasa biasa sahaja. Bandar tipikal Itali yang mempunyai sebuah kem tentera laut sebab bandar ni terletak di pinggiran laut ataupun teluk. 

Ditengah - tengah bandar La Spezia, Itali

Singgah dekat Muzium Tentera Laut Itali

Kereta tinggalan US Navy
Masa kami sesat (aku suka guna takrifan sesat) dalam bandar La Spezia, kami terjumpa sebuah taman yang sangat cantik dipenuhi oleh pokok dan bunga. Ala, sekarang ni kan musim bunga. So, berkesempatanlah berjalan jalan sambil tengok bunga. Untuk pengetahuan hampa, musim bunga masih lagi sejuk iaitu temperature serendah 7 darjah selsius!

Oleh kerana aku keluar awal pagi, memang sangatlah segar untuk berjalan jalan disekitar bandar La Spezia, bandar terbesar yang paling dekat dengan Taman Nasional Cinque Terre atau dalam bahasa tempatan Parco Nazionale delle Cinque Terre. Kami dekat sana tak lama, ada lah dalam 3 jam. 


Kalau ikut peta Google, perjalanan dari pekan besar La Spezia ke Riomaggiore mengambil masa selama 23 minit, tapi oleh kerana jalan mereka terletak dilereng bukit dan gunung, pelancong tak dinasihatkan untuk memandu. Baik naik pengangkutan awam sebab dah beli tiket one-day-trip untuk Taman Nasional Cinque Terre.

Kami sampai di Riomaggiore, setelah 10 minit menaiki kereta api dari La Spezia sentral.

Bergambar di Stesen Kereta Api Riomaggiore
Jika anda datang dari Bandar  La Spezia, pekan kecil Riomaggiore merupakan pekan yang pertama yang anda akan jumpa untuk ke Cinque Terre. Menurut wikipedia, Riomaggiore mempunyai lebih daripada 1,000 penduduk. Apa yang unik disini, kebanyakkan rumah dibina dilereng bukit dan gunung menghadap laut liguria yang mempunyai air biru pekat.

Permandangan indah dari puncak lereng bukit Riomaggiore

Okey, aku sambung lagi ye di bahagian yang keempat!! ;)


1 comment: