Ukuran nombor plat kenderaan yang dikeluarkan tidak sekata. Saiz nombor boleh dipilih sesuka hati. Ada kecil dan besar.
Nampaknya negara masih terkebelakang soal ini. Belum 'semaju' Vietnam atau negara yang ketara jurang kaya dan miskin penduduknya, India yang sudah lama mengatasi Kuala Lumpur dalam pengeluaran plat kenderaan.
India dan Jerman memperkenalkan plat kenderaan yang bersinergi dengan aspek sekuritinya (keselamatan).
Di India, semua kenderaan baharu yang dijual sejak dua tahun lalu wajib memasang Plat Pendaftaran Keselamatan Tinggi atau high security registration plate (HSRP). HSRP adalah nombor plat sangat selamat dan diseragamkan di seluruh India. Plat ini diperbuat dari aluminium memaparkan butiran unik selain nombor pendaftaran. Platnya mempunyai tujuh digit kod laser berdasarkan kromium-hologram cakra untuk mencegah pemalsuan dengan pelekat tidak merosakkan enjin dan casis nombor kenderaan. HSRP kalis rosak dan tidak boleh diganti dan dipalsukan oleh pencuri kereta. HSRP juga membantu mewujudkan data berkomputer kebangsaan kenderaan motor.
[caption id="attachment_5553" align="aligncenter" width="580"] information tentang plate yang canggih di Inda - Kredit gambar Google[/caption]
Tetapi di negara ini, JPJ hentam keromo sahaja dalam menguatkuasakan pemakaian plat kenderaan. Lihatlah kenderaan yang menjalar di jalan raya yang boleh diperhatikan bermacam saiz plat kereta mereka.
Langsung tidak mencerminkan Malaysia yang bakal berstatus negara maju tidak lama lagi.
Plat kenderaan di negara ini begitu mudah ditiru. Andai berlaku rompakan atau jenayah rogol, pelakunya yang berkereta pasti telah memakai plat palsu. Atau sempat menanggalkan sendiri plat asal, digantikan plat lain. Dalam kebanyakan kes jenayah, sia-sia sahaja mangsa membuat laporan polis.
Keluhan daripada seorang rakan berhubung isu ini menggamit perhatian penulis. Antara tegurannya:
[caption id="attachment_5554" align="aligncenter" width="500"] JPJ buat roadblock - kredit gambar google[/caption]
"Saya terpanggil apabila mendengar pihak JPJ ingin meletakkan 1,500 penguat kuasa di serata Malaysia bagi menyertai operasi bersepadu Ops Hari Raya (bulan lalu). Tetapi persoalannya operasi masih menjadi tanda tanya terutama bagi pengguna yang samar-samar mengenai penguatkuasaan apa, selain mengekang operasi bas ekspres haram.
"Sedangkan saya dan pengguna lain masih meragui dan terpinga-pinga dengan isu-isu lama di mana pihak JPJ sendiri tidak mampu menyelesaikan masalah di jabatan antaranya isu saiz ukuran plat nombor yang sepatutnya sudah lama distandardkan supaya semua pengguna kenderaan dapat memahami dengan senang."
Teguran lain terhadap JPJ yang melingkari Facebook antaranya menggesa JPJ memberi garis panduan nombor plat yang betul kepada syarikat aksesori, penjual kereta dan motosikal baharu. Panduan itu sepatutnya dipamerkan di premis-premis berkenaan. Bukannya hanya disimpan di dalam Akta dan Ordinan Lalu lintas. Kadang-kadang cuma dipamerkan di booth JPJ bila ada kempen keselamatan jalan raya. Orang ramai mahu singgahkah?
[caption id="attachment_5555" align="aligncenter" width="500"] Pelbagai nombor plat yang mudah ditawarkan di pasaran dan boleh digunakan umpama ia "halal" - kredit gambar dari google[/caption]
Tidak sahaja India, Amerika Syarikat, Jerman serta banyak lagi negara Eropah telah lama memastikan plat kenderaan di negara masing-masing tidak mudah dipalsukan.
Sebilangan negara menggabungkan tahun dan bulan pada satu plat. Siap dengan kekunci sekuritinya. Senang diakses komputer pihak polis jika ada kesalahan trafik, kecurian kereta dan perlakuan jenayah lain.
Sesekali penulis ketika di jalan raya ternampak 'nombor plat yang cantik' berupa gelaran untuk seseorang, 'ada imej' dan berkepentingan peribadi. Kalau di Myanmar sendiri pun perkara ini tidak dibenarkan.
Spesifikasi plat kenderaan di negara ini agak carcamarba. JPJ perlu buat sesuatu.
Sumber : Utusan
Luthfi : Rasanya undang - undang macam ikut orang dan pangkat. Kebanyakkan kereta mewah guna nombor plat yang "fancy" dan ok je guna di atas jalan raya. Hmmm
0 Komen:
Post a Comment