Tuesday, October 28, 2014

Jalan - jalan bulan Oktober


Salam,

Kali ni aku nak kongsi perjalanan aku ke Pantai Timur. Erm, buat tahun ni dah 3x aku ke Terengganu. Almaklumlah, Mek orang sana. So, kali ni aku ke sana sebab undangan perkahwinan sepupu dia di Hulu Terengganu. 

Aku mulakan perjalanan ke Terengganu pada jam 11:30 malam melalui jalan Gerik - Jeli. Badan ada sikit letih la bhai, sebab aku kerja siang tu. Ini kali pertama aku drive pada waktu malam guna jalan tu. Selalunya guna jalan tu masa petang ataupun tengah hari. 

Perjalanan aku dari rumah ke Gerik, memakan masa lebih kurang sejam lebih. Sebelum tu berhenti isi minyak di Kulim. Aku isi minyak RM83 penuh bagi Alza aku minum. Setibanya aku di Gerik dah jam 1,  berhenti sekejap makan malam dan rehat sekejap. Yelahkan, kalau tak berhenti kat situ, mana lagi nak cari tandas ataupun gerai makan di tengah banjaran hutan?




Wednesday, October 22, 2014

Oh, gemok sudah!

Salam,

Nak tergelak bila aku scroll entry lama berkaitan dengan diri aku, terutamanya entry yang melucukan seperti ni ; Tulang oh tulang.

Haha, ya masa sekolah asrama dulu aku memang dikenali sebagai seorang yang sangat kurus dikalangan kawan kawan satu dorm. Aku suka sangat panggil kawan kawan dengan pelbagai nama sampai terlekat nama panggilan tersebut. Biasalah, bila dok kata kat orang kat diri sendiri pun akan secara automatik terpalit jua. Haha!

Oh, gemok sudah!


Salam,

Nak tergelak bila aku scroll entry lama berkaitan dengan diri aku, terutamanya entry yang melucukan seperti ni ; Tulang oh tulang. 

Haha, ya masa sekolah asrama dulu aku memang dikenali sebagai seorang yang sangat kurus dikalangan kawan kawan satu dorm. Aku suka sangat panggil kawan kawan dengan pelbagai nama sampai terlekat nama panggilan tersebut. Biasalah, bila dok kata kat orang kat diri sendiri pun akan secara automatik terpalit jua. Haha!

Berkaitan dengan diri aku, si Tulang yang kuruih kedekiang (atau orang KL kata Kurus Keding) kini aku rasa nama dan panggilan tu tak boleh diguna pakai sama sekali. Kenapa?!

Luthfi, tahun 2010
Dengan ketinggian mencecah 1.75m, berat badan ketika itu 45kg memang bukannya berat badan yang ideal. Yakni, kalau nak refer kepada BMI, aku menang diletakkan dikalangan orang yang kurang berat badan ataupun underweight.

Ada sekali masa kat sekolah menengah, aku tak dinasihatkan untuk derma darah sebab berat badan aku tak dibenarkan untuk derma. Sebab tu la aku kecewa, dan seterusnya berjaya juga derma darah untuk kali pertama pada usia 17 tahun. Hebat kan!!

Kemudian, lepas SPM aku lanjutkan pelajaran ke Politeknik. Masa tu pun berat badan masih lingkungan 50kg ke 55kg. Tak hairan la sebab masa tu banyak sangat aktiviti dan kadar metabolisma badan sangat tinggi walaupun aku makan banyak!! 

Lepas masuk kerja, berat badan aku naik dengan jayanya (la kot?) dari petengahan 50kg ke hampir ke 60kg. Tapi untuk masa tu aku dah tak ada masalah untuk derma darah sebab berat badan dah steady. 

Tahun lepas, aku tinggal di Itali atas urusan kerja selama sebulan. Berat badan aku naik mendadak dari 60kg ke 65kg. Dari bacaan meter penimbang berat memang boleh nampak, sama la dengan bentul fizikal aku yang menunjukkan ciri ciri berisi!

Luthfi, Feb 2014 (kiri) dan Sep 2010 (kanan)
Dah setahun aku balik dari Itali, dan ada dua trip yang menyusur kemudian menyebabkan aku makin lama makin chubby! Ya, sekarang ni memang sibuk kerja, so memanglah kerja aku dok makan je. Apa lagi benda yang aku boleh buat untuk seronokkan diri sendiri selain makan? Ye dak?

Up to date, sekarang ni berat badan aku dah mencecah 73kg dan naik mendadak sejak setahun yang lepas.  Hmmmm, ciri fizikal memang dah ketara nampak kekembangannya! Tak boleh dah panggil aku tulang, kena panggil aku "Luthfi Chubby".

So, dengan makan aku happy dan dengan makan juga aku happy! Nak tips macam mana nak tambah berat badan? Follow below! 

1) Tambah frekuensi (kekerapan) makan

Kalau selalu makan 3kali sehari, cuba tambah jadi 6kali sehari. Boleh? Haha

2) Tukar cara pemakanan dari ringan ke berat

Bagi aku, amalkan makan nasi selalu pagi petang siang malam, insyaAllah badan naik. 

3) Kena happy dalam hidup 

Ada orang (eh macam aku je) kalau happy bahagia pun boleh naik berat badan. Yela, dah tak payah nak fikir benda yang menderitakan! So enjoy sahajalah!

4) Sibuk? Terapi diri dengan makan!

Lagi sibuk, lagi lapaq dan lagi kuat makan. Sampai tak sedar dah gemuk. Tapi kena ingat, jangan lupa senaman!

Okeylah, itu sahaja yang aku nak kongsi kali ini. Ciao!!

Luthfi
7:28AM 23 Oktober 2014



Sunday, October 12, 2014

Operasi JPJ 1 Nov 2014 : Bersediakah anda?



Salam,

Aku rasa, kebanyakkan pengguna Facebook yang "like" laman FB Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahu akan pengumuman jabatan itu tentang operasi yang diadakan pada bulan Oktober 2014 dan perlaksanaan undang undang pada bulan November 2014 kelak :


Bagi pengguna jalanraya di Malaysia, JPJ akan menguatkuasakan undang undang kesalahan memasang cermin gelap pada kenderaan dan juga aksesori lain berbentuk lampu tambahan "stobe light" atau lampu LED. 

Untuk bulan Oktober sahaja, JPJ akan menjalankan operasi mendidik pengguna jalanraya akan spesifikasi cermin gelap baharu dan kesalah dalam penggunaan stobe light. 

Berikut merupakan spesifikasi terbaharu penggunaan cermin gelap kenderaan di Malaysia 


Bagi pendapat aku, spesifikasi cermin gelap baharu ini amatlah bersesuaian berbanding undang undang lama pemakaian cermin gelap bagi cermin sisi  daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala cermin hadapan daripada hanya 50 kepada 70 peratus! 

Walaupun undang undang baharu ni tak sehebat spesifikasi cermin gelap negara jiran yang mungkin "lebih mesra rakyat" dan "lebih sesuai dengan iklim panas" tapi aku tabik kepada keseriusan JPJ sebab update undang undang lapuk mengikut kesesuaian zaman. 

Lagipun, bagi pendapat aku rakyat Malaysia dah makin melampau kerana menggunakan cermin gelap yang tak memenuhi piawaian JPJ. Memanglah banyak kedai yang jual cermin gelap yang tak lulus JPJ, tapi sebagai pengguna kita kan boleh memilih untuk "beli" atau "tidak beli". Kuasa ditangan anda. 

Berkaitan dengan strobe light, aku memang setuju 100% tindakan menyaman pengguna yang memasang lampu ni sebab mereka pun dah melampau. Tak boleh beza antara Kereta dengan Tapak Pesta Pulau Pinang. 

Selain dari tu, aku harap JPJ terus tegas dalam mengambil tindakan atas pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran yang tak mengikut undang undang yang ada. 



Rata rata pengguna jalanraya menyalahkan JPJ sambil menyatakan nombor pendaftaran bukannya penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalanraya kerana JPJ mengambil tindakan saman kepada pemilik kenderaan yang gagal memenuhi spesifikasi. 

Bagi aku, kita ada undang undang. So ikut saja lah. 


Luthfi,
12 Oktober 2014

Monday, October 06, 2014

Gelagat Raya Haji 2014 : Lembu korban lari!


Salam, 

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, semoga segala ibadah dan amalan kita diterima olehNYA. InsyaAllah. Ya, terpanggil pulak aku nak tulis dan kongsi rentetan sepanjang aktiviti ketika sambutan hari raya aidiladha yang berlangsung semalam. 

Umum semua orang tahu umat Islam akan menunaikan ibadah korban yang bermula daripada semalam sehingga 4 hari. 

Untuk hari raya korban yang pertama, pelbagai rentetan yang berlaku ketika proses penyembelihan korban yang dikongsi di alam maya, terutamanya di laman Facebook. Mari kita saksikan : 

Lembu lari ke atas jalanraya : 







Lembu lari ke rumah : 


Lembu lari ke Lebuhraya MRR2 : 



Bagi aku, tiga video diatas merupakan video terbaik aksi lembu korban lari daripada korban. Berikut gambar aksi lembu korban yang selamatkan diri dari dikorbankan tapi tak terdaya ...



Lembu korban di Bandar Perda, Bukit Mertajam yang lari dari Masjid dan lompat masuk kedalam longkang

Katanya di Johor, ajk korban hambat lembu yang lari ditengah jalan