Thursday, December 11, 2014

Malaysia layak ke peringkat akhir AFF Suzuki Cup 2014!


Salam,

Aku baru saja habis menonton perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia menentang Vietnam untuk kelayakkan ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014.

Perlawanan yang berlangsung di HaNoi, Vietnam pada jam 8 malam waktu Malaysia di Stadium Nasional My Dinh, menyaksikan perlawanan kedua setelah pasukan Malaysia kalah pada pasukan Vietnam di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam pada Ahad yang lalu. [baca laporan rasmi dari AFF]

Perlawanan yang disangkakan hambar dan dilabel sebagai "mission impossible" setelah Malaysia ditundukkan ditempat sendiri sebanyak 2-1 oleh Vietnam yang menggunakan khidmat jurulatih daripada Jepun, yang membawa Vietnam untuk mempersembahan perlawanan yang penuh bertenaga dan taktikal mirip seperti pasukan Thailand bertukar kepada perlawanan yang sangat mendebarkan!

Tak senang duduk dibuatnya! Sebab apa? Sejurus sepak mula, Malaysia telah pun dihadiahkan sepakan penalti oleh kerana kekasaran pemain Vietnam kepada pemain Malaysia, Indra Putra Mahayuddin! Safiq Rahim mengambil tanggungjawab memasukkan gol pertama Malaysia pada minit ke 4!!

Aku tak boleh terus tulis kerana terlalu kagum dengan permainan yang dipersembahkan oleh Team Malaysia dan Vietnam! Jom tengok sedutan perlawanan separuh akhir kedua dari saluran Youtube rasmi AFF Suzuki Cup


Berikut merupakan jadual perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2014 yang menyaksikan Malaysia akan bertemu dengan Thailand. 


P/s : Jangan sokong masa Malaysia menang je, kutuk dan caci masa kalah. 

Luthfi
11 Disember 2014
11:20 malam

0 Komen:

Post a Comment