Musim sejuk ni pun sebenarnya dah hujung - hujung dan sepatutnya suhu cuaca disana dah makin "suam" dan salji pun dah mencair tapi pelik, salji masih ada dan cuaca masih sejuk!
Kali ni aku berdua dengan kawan sekerja, Shaik untuk misi yang mencabar. Aku suka betul trip kali ni sebab aku tak payah travel hari minggu sebab aku travel pun hari Selasa lepas! Kih kih kih
I'm at Aeroporto di Milano Malpensa "Città di Milano" (MXP) - @miairports in Case Nuove - Somma Lombardo, VA https://t.co/UvOSPVYguI
— Luthfi (@LuthfiMY) February 11, 2015
Syok rupanya travel time hari minggu ni sebab tak sesak macam biasa. Tapi ada ke airport yang tak sesak? Dah la kali ni aku naik Emirates, kat Dubai Airport tu muhong la tak sesak. So, bila sampai je kat Milan Airport, timing tak cun sebab time tu banyak sangat kapal terbang sampai dan aku tersekat kat passport control sebab long que. Hmm
Muslim salji di Itali
Masa sampai kat Airport Milan, cuaca masa tu sejuk dengan suhu serendah 4 deg C. Sejuk jugak tu sampai boleh keras hidung. Nasib baik la aku dah prepare awal sebelum travel, ada la bawak baju sejuk yang dah lama simpan. Last guna baju sejuk adalah pada tahun 2012 masa ke Jerman haritu. Huhu
Ingatkan dah tak ada chance untuk main salji, rupanya Allah bagi lagi kesempatan untuk aku main salji. Alhamdulillah, 4 musim di Itali dah CHECKED. Dah dapat rasa macam mana semua musim kat Itali ni. Huhu
Makan
Oleh kerana kali ni aku pi dengan kawan yang suka masak, so kami masak banyak kali la jugak sebab dah tak lalu nak makan makanan itali. Walaupun makan itali semua best - best, tapi aku rasa tak boleh nak blah kalau makan selalu.
Apa yang kami makan adalah NASIKKKKKK!
0 Komen:
Post a Comment