Monday, February 08, 2016

Mara Digital Mall, batu loncatan terbaik untuk bumiputera


Terbaca satu artikel di portal Malaysian Insiders, bertajuk Bermula skeptikal, ‘Kedai Ustaz’ kini optimis potensi Mara Digital .

Sekarang ni memang banyak sangat kedai yang menjual aksesori telefon dimana mana tempat. Boleh dikatakan, hampir semua tempat di Malaysia ni ada jual aksesori telefon, dan boleh dikatakan juga hampir semua model telefon ada pelbagai koleksi aksesori. Cuma, yang beza adalah harga.

Cakap pasal bab ni, banyak sangat berbezaan harga untuk sesebuah aksesori telefon di satu kedai ke satu kedai yang lain. Terlalu banyak perbezaan kadang kala sampai RM10 beza. Banyak tau.

Inisiatif kerajaan terutamanya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, DS Ismail Yakob untuk mewujudkan hub perniagaan Bumiputera dikira berjaya dengan kelahiran Mara Digital Mall ni dan peniaga disana dah dapat untuk RM1.7 juta pada bulan pertama perniagaan dekat situ.

Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi tu dimana-mana. Aku harap, semoga terus berterusan dan bekekalan hendaknya disana. Kena ingat, kita duduk di Malaysia ni harap je ramai yang ada status "Bumiputera" ni tapi kita tak bersatu padu untuk terus kekal dan utamakan barangan Bumiputera, sebab itu lah kita masih lagi di peringkat yang sama dan tak boleh maju ke hadapan.

Cuba bayangkan kita semua pakat utamakan slogan "bumiputera first, others second" kan bagus! Segala perbelanjaan kita ditumpukan untuk membeli produk Bumiputera yang yakin pada harga dan jauh lebih murah setanding dengan kualiti barang antarabangsa.

Kebiasaannya, orang kita ni berkira sangat. Kalau produk atau kedai orang kita ni harganya beza dan mahal dua puluh atau tiga puluh sen daripada yang lain, mesti dia beli kat tempat yang jauh lebih murah. Tapi, kalau kita ubah mindset tu dan terus sokong perniagaan kita, InsyaAllah kita akan jauh lebih maju dan berkembang dalam ekonomi Malaysia.

Apa nak buat, dah typical dan mindset bangsa kita untuk terus pandang sinis dan saling condemn sesama kita, walaupun ramai bilangan kita dan bangga sebab masih lagi kekal status majoriti, tapi kita sebenarnya tak jauh beza seperti buih buih dilautan.

Harap kerajaan buka banyak lagi tempat seperti Mara Digital Mall ni untuk terus jual barangan yang jauh lebih murah daripada harga pasaran dan terus dapat memecahkan dominasi pihak tertentu dalam sektor teknologi dan lain lain.

InsyaAllah, satu hari nanti aku pasti kita akan berubah. InsyaAllah

0 Komen:

Post a Comment