Sunday, May 29, 2016

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016

USUL RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN AHLI BUKAN KERAJAAN DI BAWAH P.M. 49(1)

RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) (PINDAAN) 2016

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Tuan Yang di-Pertua. Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut;

(i) menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut: “2. mahkamah syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.”; dan

(ii) memasukkan selepas Seksyen 2 dengan seksyen berikut: “2A. dengan menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati.

Terima kasih.

Sumber: Handsard Parlimen



0 Komen:

Post a Comment