Friday, May 27, 2016

SMARTPHONE : Kemudahan atau kemudaratan?

image

Suka aku nak petik berita tentang KPWKM anjur kempen ‘No Mobile During Dinner' 



PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melancarkan kempen 'No Mobile During Dinner’ (Tiada Telefon Bimbit Semasa Makan Malam) bagi menggalakkan ahli keluarga berinteraksi di meja makan.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata kebanyakan ahli keluarga kini lebih gemar bersama telefon bimbit berbanding berkomunikasi secara bersemuka dengan mengetepikan hal kerja atau gajet buat sementara waktu. 


“Malah, ada ibu bapa yang gunakan gajet untuk melekakan anak kecil mereka ketika di meja makan. 


Berdasarkan Kajian Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia Ke-5 pada 2014, lebih 76 peratus remaja gemar berkomunikasi dengan ibu bapa melalui telefon, sistem pesanan ringkas dan aplikasi media sosial walaupun tinggal serumah. 


"Kajian juga mendapati, dengan membiarkan peralatan teknologi mengganggu perbualan dan diguna ketika menjalankan kegiatan bersama menyebabkan konflik dan memberi kesan negatif dalam perhubungan. 


"Kempen seumpama ini secara tidak langsung dapat menggalakkan ahli keluarga berkomunikasi dan bercerita mengenai pengalaman seharian ketika bekerja atau bersekolah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM, di sini hari ini. 


Rohani berkata, kempen anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu turut membabitkan kerjasama dengan 30 jenama restoran terkemuka di 60 premis sekitar Lembah Klang. 


“Di restoran, mereka (ahli keluarga) akan dibekalkan dengan sebuah kotak untuk meletakkan telefon bimbit masing-masing serta satu kad permainan yang mengandungi cadangan topik perbualan. 


"Ahli keluarga perlu mencabut beberapa nombor dan nombor berkenaan akan mewakili soalan yang perlu mereka jawab. Besar harapan saya supaya apa yang dilakukan ini dapat mengembalikan nostalgia kita semasa kanak-kanak dan terbuka bercerita mengenai pelbagai isu bersama ahli keluarga,” katanya. 

Sampai macam tu sekali pendekatan KPWKM untuk mengurangkan jurang “communication breakdown” dan menggalakan keluarga untuk terus berhubung secara sihat bukannya melalui telefon.

Dah jadi satu tabiat, bila bila masa mesti kena “mengadap” telefon walaupun kadang kadang ada didepan mata! Aduh

Secara sedar, aku pun mengalami masalah obses terhadap telefon. Dari zaman bercinta dulu sampai dah kahwin, wife selalu ingatkan jangan dok main telefon sangat. Ntah buat apa kat telefon tu. 

Apa update terbaru?

Bagi aku, tak ada apa yang menarik sangat pun pasal telefon, cuma, tak boleh duduk saja mesti nak tengok apa yang terjadi dan terbaru di telefon. Sebenarnya, apa yang berlaku di laman sosial tu tak penting berbanding apa yang berlaku dikehidupan sebenar!

Kalau ghalit main telefon ketika makan, makanan yang panas akan jadi sejuk.

Kalau ghalit main telefon ketika bersua muka, maka timbul perasaan tak suka

Kalau ghalit main telefon ketika bersama keluarga, apa maknanya bila bersama?

Tanam sikap jauhkan telefon ketika bersama

Tak kira la ada dengan sapa, tapi bila dah bersua muka bertentang mata, kenalah utamakan yang ada. Great respect come from proper listening and give attention to people. Kalau tak dengar, tak ambil peduli bermakna tak hormat. Lepas tu macam macam boleh jadi, gaduh, tak sefahaman dan macam macam lagi. 

Sikap utamakan telefon dengan “mengejar update terbaru” secara tak langsung, sedar tak sedar boleh membunuh dan merubah sikap orang lain pada diri kita. Percayalah.

Aku sahut apa yang dicadangkan oleh KPWKM tu tentang penggunaan telefon ketika bersama keluarga, seeloknya ia merupakan satu kemudahan, dah jadi benda yang memudaratkan!

0 Komen:

Post a Comment