Aku nak kongsi pengalaman terbaharu aku September tahun lepas masa seminggu aku di Jerman buat kali ke lima. Aku bekersempatan untuk memandu ke Amsterdam, Belanda daripada tempat kerja.
Memandu di eropah bukan satu yang asing bagi aku. Boarder crossing di negara - negara EU sangat menarik sebab tak ada pun istilah “boarder” sebab tak ada pun check point macam kat negara kita dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan lain lain lagi.
Driving to Amsterdam, sharing real-time road info with wazers in my area. ETA 10:29 AM using @waze - Drive Social.
— Luthfi (@LuthfiMY)
3 September 2016
Pelaksanaan free boarder untuk keseluruhan negara EU sangat sangat memudahkan, bukan dari segi keluar masuk tambahan sistem pengankutan dan jalanraya yang sangat mudah!
Perjalanan
Aku dah kawan mengambil keputusan untuk muka perjalanan pada petang hari lepas habs kerja. Tak mau nak keluar lambat, sebab kebanyakkan jalan di Autobahn Jerman diturap. So, tak mau jem kami aktifkan Waze yang ditetapkan tujuan perjalanan kami ke Amsterdam, Belanda.
Nak kemana sebenarnya? Ke Belanda ke? Ke Amsterdam ke? Ke Netherland ataupun ke Holland? Sebenarnya, semua tu tempat yang sama. Hehe
Terima kasih kepada teknologi, sebab dengan teknologi ia memudahkan perjalanan yang asing bagi kita.
Mengantuk
Oleh kerana atas highway jarang ada roadblock, aku minta kawan aku si Fadhil tolong bawak dulu. So, dia guna kesempatan ni untuk bawak kereta belah kiri dalam perjalanan yang panjang. Lebih kurang 2 jam kami memandu, kami berhenti di tempat rehat untuk tidur.
Kalau nak dibandingkan trip kali ni dengan yang lepas, aku rasa kali ni dah tak larat nak memandu non-stop macam dulu. Sekarang ni mudah mengantuk dan letih sebab apa pun tak tau! Hehe
Masalah betul. Untuk keselamatan, lebih baik tidur daripada terus lawan mengantuk sebab mengantuk ni ubatnya tidur.
Sambung perjalanan
Lepas dah puas tidur, kami teruskan perjalanan ke Belanda. Nasib ada R&R, boleh mandi dan siapkan diri dekat situ, Bukan kat Malaysia je benda yang baik harga, kat Jerman pun sama! Dulu nak masuk tandas 0.50 EUR je, sekarang ni dah jadi 0.70 EUR! Makan tak payah cakapla sebab mahal. Hehe
Lepas dua jam perjalanan, kami singgah di R&R lagi untuk sarapan. Trip kali ni memang selalu dok berhenti makan sebab kami tak rushing pun kemana mana. Baik ikut je perjalanan dan mata. Ikut suka. Senang buat trip macam ni, tambahan kami berdua. Lagi senang nak buat keputusan.
Boarder crossing Germany - Netherlands
Aku excited nak cross boarder kali ni sebab aku tak pernah lagi ke Netherlands. Selama ni hanya dengar kawan - kawan dok cerita pasal Belanda.
Untuk sesiapa yang memandu dari Autobahn Jerman nak ke Autosnelweg Belanda kena hati hati Sebab apa? Sebab, masuk je sempadan negara Belanda, lebuhraya Belanda ada tetapkan had laju berbanding di Jerman! Kalau dari Jerman speeding 160km/j, masuk je sempadan lebuhraya Belanda kena bawa 120km/j sahaja!!
Ramai diantara kawan kawan aku kantoi dengan kamera had laju Autosnelweg Belanda sebab memandu terlalu laju dari Jerman. Sebab tu aku sangat berhati - hati bila ada di Belanda.
So dah nak masuk sempadan Netherlands
— Luthfi (@LuthfiMY)
3 September 2016
I’m at Netherlands https://t.co/tSj2P8dueH
— Luthfi (@LuthfiMY)
3 September 2016
Masuk je Belanda, prepaid Jerman aku terus jadi Auto-roaming tapi limited untuk surf data. Lepas masuk Netherlands je aku check in Foursquare sebab takut tak boleh access data dah. Rupanya sangkaan aku betul!
Tips memandu di Belanda iaitu Bandaraya Basikal
Belanda, typically Amsterdam sama macam mana mana bandar besar di eropah. Bagi aku, berbanding dengan Paris, Milan, Zurich ataupun Berlin, bandar metropolitan Amsterdam ni lagi “serabut”!
Menurut wikipedia, kebanyakkan jalanraya di Belanda ada laluan untuk pengguna basikal. Pengguna jalanraya selain basikal dianggap sebagai “tetamu” bila ada dijalan raya. So, hampa semua kena paham bertapa pentingnya menjaga pengguna basikal bila ada di tanah Belanda.
Tips yang aku boleh kongsi adalah :
1. Dimana mana saja tempat dipelusuk Amsterdam dipenuhi oleh pengguna basikal. So, kena pasang mata bila memandu di Amsterdam. Penunggang basikal ni sangat cepat dan laju di lorong mereka sendiri. Kena alert kanan dan kiri.
2. Selain daripada basikal, motosikal pun sangat merbahaya untuk sesiapa yang memandu di Amsterdam. Macam basikal, motosikal pun memandu laju di pekan.
3. Tempat letak kereta di Amsterdam sangat sangat terhad dan mahal. Sebab tu kalau hampa datang dari mana mana negara ataupun memandu, boleh la pergi ke pusat Park and Ride (P+R) yang berdekatan. Boleh google dan cari info pasal ni dekat Iamsterdam.com.
4. Kalau nak parking jugak dekat Amsterdam, pastikan bawak Kad Kredit sebab tempat parking di Amsterdam hanya boleh dibayar dengan Kad. No Cash!
5. Kalau nak overnite dalam kereta, pastikan parking dekat dengan pusat P+R sebab bila malam, pengankutan awam dan tak operate. So, kena pastikan dekat untuk jalan kaki.
6. Selalunya P+R datang dengan pakej tempat parking semurah 20 EUR per entry dengan diskaun kad perjalanan dalam Amsterdam.
Berjalan - jalan di Amsterdam
Amsterdam merupakan satu bandaraya metropolitan yang popular didunia iaitu tempat yang boleh buat macam macam benda yang dilarang ditempat lain. Hehe Bagi aku, aku suka tengok keadaan disekeliling, iaitu bangunan, makanan, orang dan lain lain lagi. Tak ada pun niat lain nak cuba benda benda yang dilarang tu.
I’m at Hard Rock Cafe Amsterdam in Amsterdam, Noord-Holland https://t.co/4fiII4TqyZ
— Luthfi (@LuthfiMY)
3 September 2016
Seperti dirancang, dapat jugak aku kesempatan untuk merasa solat dan bersihkan diri di masjid terbesar di Amsterdam iaitu Masjid Ayasofea juga dikenali sebagai masjid Turki. Alhamdulillah, suasana di sana sangat menarik sebab masjid tu berada di tepi terusan.
Oklah, ni saja yang aku boleh kongsi dengan hampa perjalanan aku dari Jerman ke Amsterdam. Satu perjalanan yang menarik walaupun sangat singkat. Satu hari nanti aku harap akan jejakkan lagi kaki ke sana untuk explore banyak tempat yang menarik. Mungkin.
[…] buat macam mana dah tuntutan kerja. Alhamdulillah, selamat balik. Sempat la jalan – jalan ke Amsterdam! […]
ReplyDelete