Oleh kerana terpaksa kerana gagal dapat cari pengasuh sebab pengasuh yang kawan sekerja recommend tu tak jadi nak mengasuh pada saat – saat akhir, mahu tak mahu terpaksa kami hantar jugak! Tidak ada pilihan lain. Sekarang ni, bukan mudah untuk mencari pengasuh yang mahu jaga anak kita, ikut dan setuju dengan jadual kerja kami.
Kerja di sektor swasta, shif siang dan malam memang ramai pengasuh tak nak terima sebab tak mahu jaga malam. Susah katanya. Kebetulan Kak N kata tak ada masalah dan boleh jaga seadanya. Kami berbincang di Whatsapp dan keesokkan harinya terus berjumpa dan berbincang. Lusa dah nak kerja.
Berjumpa depan mata
Jarak rumah saya dan rumah Kak N agak jauh, tapi tak kisah sebab satu arah ke tempat kerja. Saya lega sebab tak perlu nak travel jauh. Mudah. Kami tak tahu dekat mana rumah Kak N. Tapi tak ada masalah sebab Kak N tunggu di tepi jalan.
Kali pertama nampak Kak N dekat tepi jalan, dalam hati aku terdetik „Wah, ranggi betul kak ni“ sambil senyum kat isteri. Takpa, mungkin tu gaya dia. Bila sampai je rumah Kak N, kami langkah masuk dan bersembang dengan dia. Dalam masa yang sama, mak Kak N pun ada juga. Nampak gaya macam dah berumur. Lebih 70 tahun rasanya. Kami berbual.
Segala topik kami sembang dan bualkan. Mesra betul Kak N. Bila masuk bab mengasuh Rizqi, saya pun terus cakap pasal jadual kerja, masa hantar dan ambil serta upah mengasuh. Selang beberapa minit, kami setuju dengan bayaran upah mengasuh. Kak N pun sama. Dalam masa yang sama, Kak N sering bercakap pasal „tak kisah tentang bayaran“, ‚tak berkira“, „tak mahu letak harga upah mahal mahal“ dan „masing – masing tolong menolong“.
Kami berdua bersyukur sebab Kak N nyatakan kesudian dan komitmen untuk jaga anak kami untuk tempoh 5 hari. Isnin sampai Jumaat. Sabtu dan Ahad kami akan bayar asing rate OT (overtime) ikut syif Isteri saya; 3-4-4-3. Kesimpulannya, dalam sebulan hanya hantar anak selama 14 hari, 2 minggu pagi dan 2 minggu syif malam. Kalau OT, mungkin maksimum 5 hari dan jumlah hari yang kami hantar dalam 19 hari.
Dalam masa yang sama, Kak N ada mengasuh seorang budak perempuan berumur 1 tahun. Tak ada masalah katanya untuk jaga Rizqi sebab mak Kak N ada untuk tolong tengokkan Rizqi bila Kak N nak masak atau buat kerja rumah. Saya pun lega sebab ada mak Kak N untuk tolong jagakan. Lagi senang hati kami bila ada orang tua yang boleh tolong Kak N.
Berfikiran positif
Saya sebenarnya susah nak percayakan orang tapi bila fikirkan kesudian orang nak jaga nak kita, saya pun terus bersikap positif kat Kak N. Dengan keadaan Kak N yang nampak ranggi, tak kisah rasanya sebab dia pun ada anak dan sebelum ni dah pernah mengasuh ramai budak. Tampak gaya Kak N macam hujung 30an. Takpalah. Tak la rasa risau sangat walaupun tak begitu kenal peribadi dan latarbelakang Kak N.
Hari berganti hari, masa ambik Rizqi kami ada berbual bual dengan Kak N. Kak N banyak mulut. Tak habis habis cerita pengalaman dia mengasuh. Orang itu, orang ini, budak itu dan budak ini. Apa yang pelik, berdasarkan gaya Kak N cerita dia kerap tukar tukar anak mengasuh. Tak tahu kenapa.
Dalam masa yang sama, Kak N turut cerita pasal ibu bapa anak asuhan dia, mengalaman kena tipu dengan ibu bapa yang tak bayar upah mengasuh, bayar lambat, ambil anak lambat, dan macam macam lagi cerita. Saya dok terfikir, kenapa Kak N dok cerita buruk pasal yang lepas lepas kat kami yang dia baru kenal tak sampai beberapa hari. Kak N nak cakap dia tu betul dan bagus ke?
Saya masih lagi tak nak fikir bukan bukan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Keadaan Rizqi
Oleh kerana masa kami hantar Rizqi tu baru dua bulan, tak banyak benda yang kami dapat tengok. Tak ada perubahan ketara kat tubuh badan Rizqi yang merunsingkan kami. Semua macam biasa, cuma bila malam balik rumah je Rizqi tak nak tidur. Mungkin sebab terlalu banyak tidur siang di rumah Kak N, dalam masa yang sama Rizqi tak tahu lagi beza siang dan malam.
Bila tanya je pasal Rizqi kat Kak N, dia cakap Rizqi budak baik. Tak ada masalah pun bila menyusu, tidur dan mandi. Kami pun lega.
Kami agak lega bila Kak N cakap Rizqi okay sebab kami kan first time parents. Yela, kami mana ada pengalaman macam Kak N yang dah berumur, lagipun dah banyak mengasuh anak orang. So, kami anggap semuanya okay.
Bila isteri kerja malam dan kami hantar Rizqi ke Kak N, saya mula risau kalau Rizqi tak boleh tidur dan ganggu. Saya kuatkan hati, isteri pun. Rindu dekat anak. Tapi, apa boleh buat, saya masih lagi tak ada keberanian untuk jaga anak yang kecil. Mungkin, bila Rizqi dah besar saya boleh jaga dan tak perlu lagi nak hantar waktu isteri kerja malam.
Keesokkan harinya, Kak N bagitahu sepertimana yang saya fikirkan. Rizqi tak tidur dan hanya tidur jam 3 pagi. Terhoyong – hayang Kak N nak mengasuh anak seorang lagi. Katanya, suami dia tak berapa happy dengan keadaan Rizqi yang menangis malam. Nak buat macam mana, dah ambil upah mengasuh, kena jaga lah.
Masuk seminggu Kak N mengasuh, kami perasan najis Rizqi bertukar warna. Oleh kerana kami ibu bapa Gen Y, kami Google apa yang patut untuk tahun perubahan dekat anak kami. Kak N pun perasan dan kata ia mungkin disebabkan “terkejut” sebab duduk rumah baru. Kami senyum je.
Petua pelik
Lepas je kejadian tu, balik je ambik Rizqi, mak Kak N cakap dan ulas sebab Rizqi terkejut dan macam macam lagi. Ikut petua orang tua tua, nak pulihkan balik najis Rizqi macam asal kena mandi dengan air daun dukung anak. So, takpalah. Kami tak kata apa.
Beberapa hari lepas tu, Kak N bagitahu kami tentang ada tompok putih dekat lidah Rizqi. Sebelum dia bagitahu tu kami dah awal – awal lagi Google dan buat apa yang patut untuk elakkan daripada jangkitan kuman. Katanya putih kat lidah tu disebabkan susu yang takut nanti jadi kulat dll.
Tapi, apa yang mengejutkan kami, Kak N maklumkan dekat kami suruh jangan risau sebab dia dah cuci lidah Rizqi dengan air kencing Rizqi. Bak kata orang tua tua, kena guna air kencing budak tu sendiri untuk pastikan tak sakit dalam bahagian mulut.
Saya tercengang. Isteri pun terkejut. Petua apa ni?? Tahu tak yang air kencing tu kotor dan ada bacteria!!? Budak Rizqi tu baru dua bulan, system imuniasasi badan dia baru nak berkembang, buat apa guna air kotor kononnya untuk elak sakit dekat mulut??
Kami tak banyak cakap. Lepas ucap terima kasih, terus masuk dalam kereta dan balik rumah. Dua dua orang senyap tak kata apa. Malam tu, saya ada telefon mak dan tanya pasal petua orang tua ni. Mak maklumkan memang ada petua ni, tapi zaman sekarang ni orang dah guna air suam untuk cuci lidah baby. Saya tepuk dahi. Dalam hati mendidih didih. Kenapa buat benda yang pelik – pelik dekat anak saya tanpa izi saya. Kalau sakit ke apa, siapa yang akan susah dan bertanggungjawab kalau bukan saya?
Masuk tiga minggu
Insiden cuci lidah Rizqi dengan air kencing masih menghantui kami walaupun dah lama berlalu. Rutin kami setiap hari berlalu seperti biasa. Kalau isteri tak kerja, kami tak hantar anak untuk mengasuh. Buat apa nak hantar, kami nak juga masa bersama sama.
Kak N telefon, tanya khabar Rizqi. Dah lama tak jumpa dan rindu katanya. „Oh, takpalah. Nanti bila isteri saya kerja, kami akan hantar Rizqi kat kak“ balas saya. Masuk tiga minggu, kami perasan bila bawa balik Rizqi, keadaan Rizqi tak memuaskan. Bau masam. Tak wangi macam kami hantar. Katanya dah mandi sejam dua sebelum kami ambik, dalam hati, tak ada apa apa. Bagi lah peluang.
Bila hantar malam, esok pagi Rizqi berbau ubat nyamuk. Kali ni berbau kuat sangat. Dari kepala sampai ke kaki bau. 360 darjah bau ubat nyamuk. Kenapa boleh jadi macam ni? Kalau bau masam, tak kisahlah tapi ni bau racun. Saya dah tak sedap hati, tapi nak buat macam mana keadaan rumah Kak N yang terletak di kampung. Pasang ubat nyamuk, Rizqi tak kena gigit dengan nyamuk. Selang berapa hari pulak, tak bau ubat nyamuk tapi anak kena gigit dengan nyamuk. 3-4 kesan gigitan nyamuk. Haih, buat hati saya mendidih.
Selang beberapa hari lepastu, Rizqi kena selsema. Tak tahu kenapa. Bila masuk dalam kereta, selsema makin menjadi jadi. Bila malam je Rizqi meragam dan tak mahu tidur. Tak selesa. Esok pagi kami tak hantar dia ke Kak N sebab nak jaga Rizqi yang tak sihat. Rupanya, anak Kak N tak sihat dan berjangkit dekat Rizqi. Tapi, Kak N mati – mati nafikan yang Rizqi berjangkit dari anaknya. Takpalah kak, nak buat macam mana.
Selain dari tu, Kak N selalu tanya dekat Isteri esok kerja atau tidak. Dia selalu kira berapa hari dah isteri saya kerja. Maklumlahkan, dia pernah kerja kilang dan tahu pattern kerja syif macam mana. Saya ingatkan dia yang esok kami akan hantar Rizqi sebab isteri saya OT.
Mula buat perangai
Saya rasa, saya tak ada masalah pun dengan Kak N. Kami mesra, cakap dan buat perkara rutin setiap hari. Setiap kali saya pesan dekat Kak N, kalau ada apa – apa yang tak kena dan tak cukup tolong bagitahu. Kami takut kami tak bekalkan segala benda untuk Rizqi dan menyusahkan Kak N. Kak N dengan happy kata tak ada benda pun yang dia nak. Semuanya cukup dan elok. Tak ada masalah.
Cukup bulan, kami buat pengiraan upah untuk Kak N. Esoknya, hari “gaji” Kak N. Tapi, malangnya esok pagi kami terlupa nak bawa sampul yang berisi wang upah Kak N sebab kalut sikit bersiap sebab Rizqi buat hal masa nak keluar rumah. Balik dari ambik Rizqi, malam tu dia Whatsapp saya tanya bila nak bagi duit upah mengasuh. Fuh! Tak dan dan, kami bukannya sengaja tak nak bayar. Kami hanya terlupa nak bawa dan balas mesej Whatsapps Kak N dengan baik. Siap minta maaf lagi. Macam biasa, Kak N tak kesah.
Tiga hari kemudian, dalam jam 10 malam Kak N mesej. Dia sakit kaki, demam dan tak sehat dan tak dapat nak jaga Rizqi esok hari. Saya terkejut. Kenapa tengah malam baru nak bagitau semua ni, esok nak kena kerja dan tak ada siapa nak ganti. Mau tak mau, esok kena juga hantar Rizqi kat Kak N. Dengan berat hati, gaya Kak N balas mesej setuju untuk jaga Rizqi esok walaupun dia tak sihat. Sorry.
Kak N tiba tiba mesej saya dan tanya lagi pasal pattern kerja isteri saya. Dia tanya berapa hari lagi isteri saya akan kerja dan dia kira esok hari sepatutnya isteri saya tak kerja. Saya dengan cool balas mesej Kak N, jelaskan kenapa ada persoalan tentang hari kerja isteri saya sedangkan perjanjian untuk jaga anak adalah 5 hari seminggu, isnin sampai jumaat. Sabtu dan ahad akan kira OT untuk Kak N dan kami bayar extra.
Saya dah mula rasa sangsi. Isteri lagi la sebab dia tak puas hati kenapa asyik terus menerus mempersoalkan sama ada esok dia kerja atau tidak. Kak N tak sepatutnya ambil tahu pasal hari kerja isteri saya sedangkan semuanya straight forward.
Makin menjadi jadi
Bila isteri saya kerja syif malam dan kami hantar Rizqi dekat Kak N, Kak N mula mengelat. Hujung bulan Januari lepas, isteri saya tak hantar Rizqi untuk beberapa hari, tapi bila mula kerja syif malam dia mempersoalkan itu dan ini. Saya mula hilang respect dekat Kak N. Kesokkan hari, Kak N minta maaf tak boleh jaga Rizqi sebab nak ke hospital untuk check darah tinggi. Kenapa tiba tiba boleh ada darah tinggi sedangkan masa bincang dulu dia cakap dia sihat walafiat. Wah, cepat betul dapat darah tinggi.
Kemuncak
Balik je ambil Rizqi, keadaan Rizqi masih lagi berbau ubat nyamuk. Kami tak boleh bertolak ansur. Isteri saya terus tegur Kak N dengan perli bila cium bau Rizqi. Dalam masa yang sama, kami bagi kelambu nyamuk dekat Kak N untuk elak digigit nyamuk.
Esok hari, Kak N mesej kami dan bagi tahu kalau malam ni isteri saya OT, dia tak mahu jaga sebab suami dia tak izin. Aik, kenapa tiba – tiba tak izin pulak sedangkan selama ni ok je jaga? Kenapa perlu mention OT atau kerja biasa?
Kami hilang pertimbangan dan terus kata kami dah tak mahu hantar anak kami kat Kak N. Kak N setuju. Hari yang sama, saya ke rumah Kak N untuk ambil barang – barang Rizqi dan bagi upah untuk beberapa hari yang lepas.
Dalam masa yang sama, Kak N terus menerus kata dia terasa dekat isteri saya sebab terlalu banyak komplen dan cerewet. Dalam hati saya sangat mendidih dan macam nak cakap macam macam tapi saya kawal. Dia masih lagi mengungkit kami complain Rizqi banyak kena gigit nyamuk dan tanya dekat saya betul ke kena gigit – tapi saya langsung cakap Ya.
Pengajaran dan renungan
Sebagai kesimpulan, saya nak simpulan yang Kak N memang sengaja cari pasal untuk buat kami tak mau hantar anak dekat dia. Kedua, dia terang terang mengaianya anak saya. Dia guna ayat isteri saya cerewet dan dia terasa teguran kami tentang bau ubat nyamuk dan kesan gigitan nyamuk. Awat, sebagai ibu bapa kami tak boleh tegur pengasuh ke? Kami bayar upah mengasuh tau, bukan hantar anak dekat dia free!
Bayangkan budak kecil yang berumur hanya beberapa bulan dilayan dengan teruk, bagi susu dengan botol yang busuk dan kotor, dan banyak lagi perkara yang saya tak nak tulis dekat sini. Dia dah la tak boleh bergerak, jalan dan bercakap. Apa lagi yang bayi 3 bulan boleh buat? Sampai hati Kak N.
Saya harap penduduk Balik Pulau jangan hantar anak ke Kak N. Untuk tahu siapa Kak N, sila PM saya dan saya akan terangkan.
0 Komen:
Post a Comment