Showing posts with label LuthfiJunior. Show all posts
Showing posts with label LuthfiJunior. Show all posts

Thursday, October 08, 2020

Speech Delay : Apa yang ibu bapa perlu tahu?


Saya nak kongsikan sikit pengalaman anak yang telah disahkan speech delay oleh pihak hospital. Dari anak berusia sehari lagi, dia diberi pemantauan oleh Klinik Paedratrik Hospital Pulau Pinang. Pelbagai follow up yang pihak Paeds lakukan terhadap anak, dari kes Hypoglycemia, saspek Zika, pemantauan ukur lilit kepala di Klinik Desa, Klinik Kesihatan, Pakar Paed, telinga, tinggi berat, autisme sehinggalah ke perkembangannya.

Syukur

Bila fikirkan balik, syukur dapat pemantauan rapi oleh pihak Pakar Paedratrik walaupun kami suami isteri berdua masing-masing bekerja dan struggle dalam mengatur appointment di KD, KK dan hospital pada setiap minggu, bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan. 

Pada hujung tahun lepas, apabila penilaian autisma mengatakan Rizqi tak ada simptom autisma, Pakar Paedratrik mengesyorkan agar Rizqi dirujuk ke Klinik Pertuturan oleh kerana walaupun umurnya pada ketika itu 3 tahun, tahap pertuturannya seperti umur 1.5 tahun. 

Kalau diikutkan respons Rizqi adalah baik, bagi arahan untuk buat itu ini dia faham dan ikut, cuma Rizqi tak bagi respon balik. Pertuturannya terhad kepada satu patah perkataan contohnya Abah, Nak, Tu dan lain-lain. 

Red Flag

Balik je rumah kami bincang dan bertukar pandangan berkenaan dengan speech delay. Betul ke anak kita bermasalah? Adakah disebabkan faktor keturunan? genetik dsb ataupun memang dia lambat bercakap?

Pelbagai topik yang kami google dan cari, termasuklah pandangan orang tua berkenaan dengan speech delay ni. Orang lama kata "Lambat cakap je ni. masuk umur baru nanti boleh lah bercakap", ada yang kata berat mulut, malas nak cakap dll. Ada orang kata anak Lelaki ni berat mulut, lambat cakap berbanding dengan anak perempuan. Macam - macam.

Bila tengok budak seusia dengannya, nampak Rizqi ketinggalan. Dia nak sampaikan something tapi dia pegang tangan Abah & Ibu & tunjukkan kepada benda tersebut. Dia nak benda, tapi tak cakap just pointing fingers. Risau betul. 

Kami redha untuk tambah lagi satu appointment di hospital Pulau Pinang untuk terapi pertuturan Rizqi walaupun bergelut dengan jadual kerja yang padat, semua tu tolak tepi demi perkembangan pertuturan anak. Klinik Pertuturan mempunyai slot terhad dan tak boleh lambat walaupun 10 minit. Masuk kali kedua, pihak klinik bagi appointment lepas 2 bulan, katanya dah ramai kanak-kanak dirujuk daripada pakar pediatrik untuk jalani Terapi Pertuturan. 

Mencari alternatif 

Start pada tu kami cuba google dan mencari pusat Terapi Pertuturan swasta yang dekat supaya Rizqi dapat menjalani terapi pertuturan dengan lebih kerap. Cari punya cari, kami ke Pasific Speech Therapy di Jalan Besi untuk tahu tentang lebih lanjut program dan aktiviti terapi pertuturan ni. Both of us memang tak tahu apa yang pusat Terapi Pertuturan ni buat. 

Saya telefon untuk dapatkan slot perjumpaan dengan ketua terapi pertuturan. Untuk assesment pertama kami kena bayar RM320 untuk kenalpasti tahap kelewatan Pertuturan anak. Sesi pertama, kami berdua masuk ke dalam bilik penilaian bersama dengan cikgu terapi, dia bermain dengan Rizqi, lihat respon, perkembangan dan tahap pertuturan Rizqi. 

Selepas sejam, dia buat rumusan tentang Rizqi dan beri cadangan yang diperlukan untuk improve perkembangan pertuturan Rizqi dari segi sensori, motor dll. Kami berdua angguk dan setuju untuk mulakan sesi pada bulan Februari 2020 walaupun kami tahu kosnya bukannya murah. Insyaallah, masih lagi mampu untuk beri yang terbaik untuk Rizqi.

Kelas terapi pertuturan pertama

Sebenarnya ada banyak pakej dan yuran mengikut tahap keperluan terapi anak. So untuk Rizqi, pihak Pasific hanya cadangkan untuk buat kelas terapi secara kerap. Kami buat keputusan untuk ambil sesi seminggu sekali. Harga untuk setiap sesi lebih murah jika bayar untuk 4 sesi sekali gus. 

Masa kelas asesement haritu Rizqi suka dengan cara layanan dan kat situ ada banyak permainan!
 
Haha! Rizqi ni suka orang bagi perhatian dan layan dia main. Sebab tu dia suka. 

Nasib baik Rizqi excited sangat nak ke kelas tu. Dia tak sabar untuk ke kelas, jumpa teacher dan siap halau abah suruh balik. Kelas Speech Therapy ni tak lama, sejam je. Lepas sejam, kami pergi ambik Rizqi dan teacher yang mengendalikan sesi Rizqi berikan penerangan tentang aktiviti yang dilakukan serta results.

Pelbagai komen yang diterima daripada teacher berkenaan Rizqi tentang problem solving, focus, creativity, response, dan pelbagai lagi. Setiap kali balik dari kelas, saya akan tanya Rizqi apa yang dia belajar dan pihak Speech Therapy akan bagi homework untuk Rizqi lakukan.

Saya berfikir, kenapa dalam tempoh sejam dengan Speech therapist dah boleh nampak perubahan anak? Apa yang depa buat ye? Kagum

Alhamdulillah ada perubahan

Depa semua tu pakar dalam bidang ni. Semuanya dah trained dan tahu handle budak macam Rizqi. 

Alhamdulillah, Rizqi pun suka & tak pernah taknak pergi kelas terapi pertuturan. Cara approach dan material yang digunakan sangat straight forward. Kami boleh lihat hasil perkembangan pertuturan dan respons Rizqi selepas 2 kali sesi. 

Sejak dari hantar ke Pasific haritu, kami berdua baru tahu dan faham rupanya untuk improve perkembangan pertuturan anak ni perlukan fokus daripada parents. Therapist pun ada ajar kami what we should do at home selepas habis setiap sesi. Bottom line, kita kena bagi masa, ajar serta main dengan anak untuk pastikan dia cepat improve

Bila ada interaksi, anak akan fokus dan ada komunikasi yang membolehkan dia tambah perkataan dalam hidup dia. Sambil - sambil tu, kami ajar cara untuk mengira, sebut dan ajar perkataan baru. Tak susah, cuma jangan cepat give up dan kena ambil masa. 

Syukur sangat sebab Rizqi ada fokus dan itu menyebabkan dia boleh catch up apa yang kita ajar dan buat. Kalau tak ada fokus, kena ambil masa untuk improve fokus dia dan baru boleh move to next stage. 

Masuk tadika

Alhamdulillah, hari ini hari pertama ke Tadika. Saya daftarkan playschool untuk Rizqi belajar dan bermain dengan kawan. Nak bagi kat dia pendedahan awal untuk ke tadika tahun depan. Dah lama saya rancang untuk daftarkan Rizqi ke Tadika, cuma tak boleh nak ke Tadika sebab pelbagai alasan.

Walaupun Rizqi tak boleh bertutur dengan lancar macam budak seusia dia, saya agak berpuas hati sebab repons dan butir percakapan dia makin lama makin bertambah dan lancar. Dah boleh faham apa yang Rizqi nak sampaikan. Saya harap apabila dia bergaul dengan kawan - kawan boleh membantu tambah perkataan dan kelancaran pertuturan dia. 

Rizqi dah boleh bagitahu apa yang dia nak dan sampaikan, cuma biasalah masih lagi tantarum dan menangis bila tak dapat benda yang dia nak. Anak manja Abah la kan?

Pengajaran

Sepanjang hampir 4 tahun bergelar ibu bapa ni, saya belajar banyak benda antaranya adalah :

  1. Masa bersama keluarga adalah masa yang paling berharga
  2. Beri perhatian kepada anak yang masih kecil, luangkan masa dan layan karenah anak untuk ada komunikasi dua hala
  3. Sentiasa bagi masa untuk main dengan anak, sekurang-kurangnya 1 jam sehari. Dalam tempoh sejam tu jangan main phone. Tumpukan 100% kat anak. 
  4. Pelbagaikan medium pembelajaran. Kena banyak google untuk merangsang sensori anak dll.
  5. Tutup tv and no phone
  6. Bawa ke kelas terapi pertuturan seawal mungkin
Tentang solusi no.6 tu, tak semua orang mampu sebab kelas tu agak mahal. Mungkin kita boleh buat aktiviti speech therapy di rumah. Kena beli dan dapatkan maklumat bagaimana nak buat aktiviti di rumah. 


Monday, February 04, 2019

Oh Rotavirus!


Semalam Rizqi baru keluar daripada hospital dek jangkitan kuman Rota. Ceritanya aku ambik Rizqi daripada pengasuh jam 630 petang 30 hb Januari yang lepas. Aku terkejut bila ambik anak, kak pengasuh kata dia baru je muntah-muntah. Masa pi ambik tu dia dok terbaring nampak letih dan lemah. Kesian, aku ambik dia dan dukung terus dia muntah atas baju aku.

Aku dah tak sedap hati, bawak balik rumah dan bagi makan pun dia tetap muntah. Selang 15 minit tu. Dalam jam 7 petang, aku pi bawak dia ke Hospital Balik Pulau. Tunggu punya tunggu, masa tu pun dia dok muntah 3-4 kali. Time doktor check dia tak muntah pulak, so just bagi air garam.

Balik dari hospital jam 830 malam, dia muntah lagi lagi dan lagi. Sampailah aku rasa tak sedap hati, bawak balik ke hospital dan minta tahan wad & masukkan air.

Kena masuk jarum

Setiap kali sakit, aku memang kesiankan Rizqi bila doktor dan misi nak masukkan Branula ditangan dia. Sakit kot, kompom la dia nangis. Aku kesian tapi tak ada cara lain, ni je cara nak selamatkan dia, nak bagi dia pulih dan sihat. So, kali pertama misi masukkan branula introcan G24 kat tangan kanan Rizqi untuk ambil darah tiba tiba tercabut. Lepastu kali kedua doktor yang buatkan. Masa kali kedua tu aku dah kesian sangat sebab dia menggelupur sakit. Nangis toksah cakap la.

Monday, October 22, 2018

Selamat ulangtahun kelahiran ke 2 anakku, Muhammad Rizqi!


Tanggal 12 Oktober berlalu pergi 3 minggu yang lepas...

Genap usia anakku Rizqi dua tahun, dia membesar dengan cepat dan sihat. Dia sekarang ni makin pandai. Alhamdulillah, aku syukur dengan kurniaan-mu Ya Allah.

Bila masuk umur dua tahun ni ramai orang kata fasa umur dua tahun ni la yang abah & ibu kena sabar banyak-banyak sebab umur ni anak masih "tak faham Melayu" katanya. Hahaha

Sunday, September 30, 2018

Rizqi’s first flight Kuala Lumpur - Kota Kinabalu!

Sebenarya yang aku risau masa nak ke Sabah ni adalah travel dengan anak. Bukan apa, aku takut ada masalah je dalam 2 jam penerbangan tu. Aku dah la tak pernah bawak anak naik kapal terbang, Mekna pun first time naik kapal terbang. Takut nanti kena jaga dua – dua sekali pulak tak ke haru? Hehe. Sebelum ke Sabah, aku ada buat sikit study berkenaan macam mana nak bawak anak kecil on board.

Dalam masa yang sama aku pun ambik sikit pengalaman kawan-kawan yang mana handle anak 2 tahun masa penerbangan domestik dan international. Ramai yang bagi respond tak berapa positif kat aku, tapi aku tak mau nak risau sebab ni pengalaman aku dengan anak aku. Mungkin dia okay dari orang lain! Haha

Tuesday, August 21, 2018

22 bulan usia Muhammad Rizqi



Alhamdulillah, lagi dua bulan lagi genap usia dua tahun, anakku si Muhammad Rizqi. Cepat betul masa berlalu.





Sejak 1 tahun 10 bulan dan 9 hari yang lepas, Rizqi dah bawak banyak keindahan dalam hidup aku. Betul kata orang tua - tua, budak kecik ni bawak kebahagiaan dan rezeki. Aku percaya semua tu.

Sejak masuk umur 1 tahun setengah, Rizqi dah pandai bawa diri sendiri, lebih manja, mudah berkomunikasi dan faham apa orang cakap. Tapi, kot mana sekalipun macam orang kata, budak bawah umur 3 tahun ni memang tak faham bahasa! Haha

Sunday, March 18, 2018

Aku adalah Super-Abah!

Sekarang ni genap 1 tahun 5 bulan usia anak aku Muhammad Rizqi. Bermaksud dah 16 bulan aku hidup bersama dengan Rizqi dan isteri. Dalam perjalanan 16 bulan bersama anak, orang yang hidup berrumahtangga je tahu pasang surut kehidupan, yang penting masih survive dan akan terus survive hingga akhir hayat.
Umum semua orang tahu, bila masuk alam rumahtangga ni ada banyak fasa. Fasa baharu berkahwin a.k.a berbulan madu, kemudian penyesuaian diri bersama - sama, nak stabilkan hidup berdua, commitment dan kemudiannya alhamdulillah dikurniakan anak. Kehidupan berumahtangga ni sangat indah, sebab tu la orang tua - tua dulu ada cakap "Kalau tak berani dilambung ombak, jangan tinggal di tepi pantai". Sesuai betul pepatah tu kepada alam perkahwinan ni. :) :)

Balik kepada topik, semua perjalanan atau milestone dalam hidup ni adalah sama bagi semua orang didunia ni termasuklah yang dialami oleh mak ayah kita semasa membesarkan kita dulu. Cuma dulu kita masih kecil dan tak ambik tahu semua tu, tak semua orang ingat masa susah senang time kecik kan?

Wednesday, October 18, 2017

Selamat ulangtahun kelahiran pertama, anakku Muhammad Rizqi!

Alhamdulillah, syukur kehadirat Allah dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Tanggal 12 Oktober 2017, genap usia 1 tahun anakku, Muhammad Rizqi bin Mohammad Luthfi. Lahir pada usia 36 minggu kandungan ibu, Rizqi dah tak sabar sabar nak lihat dunia.

Tahun lepas, tanggal 12 Oktober menjadi tarikh penting bagi aku dan isteri, secara rasminya menjadi abah dan ibu kepada Rizqi. Tarikh keramat ni akan aku ingat sampai bila - bila. Duduk dari jam 7 petang sampai 3 pagi di wad bersalin, Hospital Pulau Pinang bagaikan semalam. Rasanya macam semalam je tengok Rizqi lahir tapi tut tut rupanya dah besar dan aktif merangkak sana sini.

Friday, September 29, 2017

Bukan senang nak cari pengasuh

 

Ya, bukan senang nak cari pengasuh sekarang ni. Zaman sekarang ni laki bni pakat bekerja, hanya beberapa percentage yang isteri tak kerja. Bab mengasuh ni jadi bila ada pihak memerlukan, ada permintaan, dan dalam masa yang sama ada pihak yang boleh bagi pertolongan dan tawarkan perkhidmatan.

Lagi sebulan, anak aku akan masuk 12 bulan. Sekejap je. Dalam masa yang sama, sekarang ni dah pernah hantar ke dua orang pengasuh. Alhamdulillah, buat masa ni tak ada apa – apa masalah dengan pengasuh. Tapi, minggu lepas aku dan isteri dikejutkan dengan berita tentang kesihatan mengasuh sekarang yang tak berapa baik dan dia tak boleh nak mengasuh anak aku buat sementara waktu.

Saturday, August 05, 2017

Eh, Muhammad Rizqi dah sembilan bulan!

Muhammad Rizqi dah sembilan bulan!Dari enam bulan, peningkatan usia dan perkembangan Rizqi nampak memberangsangkan. Aku syukur tengok perkembangan Rizqi macam bayi yang lain. Perjalanan hidup Rizqi tak semudah yang aku sangka, macam mana la mak ayah membesarkan aku dan adik beradik yang lain. Sekarang, tahu la macam mana mak ayah rasa. Hahaha!

Sunday, April 30, 2017

Muhammad Rizqi berusia enam bulan!


Rasanya anak aku kecik lagi, tapi sedar tak sedar dah berusia enam bulan. Dah enam bulan Muhammad Rizqi hadir dalam hidup kami, terasa macam dah banyak perkara kami lalui bersama - sama. Alhamdulillah.

Kawan - kawan ada nasihatkan aku, masa anak masih kecil terutamanya 3-6 bulan dan anak pertama kena banyak bersabar. Aku pun mengangguk dan terima apa sahaja nasihat yang diberikan kawan, sebab dia ada ramai anak dan anak pun dah besar besar. So kena belajar daripada senior - senior lah ya!

Friday, February 03, 2017

Sampai hati Kak jaga Rizqi macam ni

Harini sebulan lebih saya dan isteri hantar anak kami ke seorang kak pengasuh yang dikenali sebagai Kak N di Balik Pulau. Oleh kerana kami bukannya orang tempatan, saya kenal Kak N daripada kawan sekerja yang recommend  Kak N untuk jaga Rizqi. Sebenarnya, kami langsung tak mengenali Kak N dan sebetulnya bukan pilihan kami.

Tuesday, December 20, 2016

Sudah dua bulan, Muhammad Rizqi!

Pejam celik, pejam celik dah lebih 60 hari usia Rizqi. Hari demi hari nampak perubahan watak Rizqi yang makin cerdik dan mengenali dunia terutamanya interaksi dengan dia, senyuman dan manja!

Masa sebelum kahwin lagi aku ada wish untuk nak hidup macam orang lain especially hidup macam mak ayah aku yang membesarkan aku dan sekeluarga. Alhamdulillah, lepas hampir setahun jadi suami, Allah bagi rezeki anak, satu lagi tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Wednesday, November 16, 2016

30 hari bergelar “Abah”

Pejam celik pejam celik, dah 30 hari aku bergelar bapak orang. Ya, kawan cina cakap sudah naik pangkat, bagi aku status “bapak orang” bukannya sekadar naik pangkat tapi sudah letak satu lagi tanggungjawab baharu atas bahu ni.

Alhamdulillah, sudah 30 hari aku tempuh dan ini bukannya satu penamat tapi ia merupakan satu hari mula untuk sepanjang hidup aku!

Monday, October 17, 2016

Selamat datang kedunia, anakku

Alhamdulillah, setelah ditunggu tunggu rupanya 12 hb Oktober 2016, jam 3:01 pagi anak yang dikandung isteriku selama 36 minggu telah selamat dilahirkan. Sebak, terharu, syukur, dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur ketika dimaklumkan oleh jururawat yang isteri aku dah selamat melahirkan anak.

Friday, August 19, 2016

Hi Luthfi Junior!

Cepat betul masa berlalu, kandungan wife dah masuk 28 minggu. Rasanya macam haritu baru check je yang wife disahkan hamil tapi sekarang dah nampak baby bump!

Masa berlalu pantas mungkin sebab aku terlampau sibuk dan asyik mengejar masa di tempat kerja. Satu demi satu tugasan dapat disiapkan, Alhamdulillah, masuk tahun ni dah 6 tahun aku bersama ditempat kerja yang sama, dijabatan yang sama dan lapor diri kepada boss yang sama. Segala evolution berlaku disini, masa bergelar fresh grad, masa bujang menggatai, berkahwin (kahwin pulak dengan jodoh ditempat kerja) dan sekarang ni dah nak dapat anak!