Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah presiden baharu FAM

image

 

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini.



Menurut Hamidin, TMJ itu diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan.

“Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding,” katanya pada kongres berkenaan.

Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan sebelum Hamidin mengumumkan jawatan itu sah milik Tunku Ismail.

Annuar, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden, 48 jam sebelum kongres bermula. - Bernama

 

Luthfi Suib

Abah Rizqi. 30 Tahun. Seorang yang minat menulis dan mengembara. Dah banyak sangat tulis blog, berpindah randah dari Wordpress ke Tumblr dan kembali ke Blogger. Saya suka menulis tentang kehidupan, berkongsi pengalaman dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment