Friday, April 21, 2017

12 tahun pacemaker ayah

 

Teringat 12 tahun yang lalu, ayah disahkan mengalami sakit lemah jantung. Itu pun tau lepas ayah pitam dan bila bawak ke klinik, bacaan darah ayah sangat tinggi dan end up kena pasang pacemaker untuk pastikan kehidupan yang lebih baik. Masa tu aku berumur 16 tahun dan tinggal dekat asrama. So aku memang tak ada dekat rumah.

Bila dapat information dari warden asrama, aku terus bergegas balik untuk tengok ayah yang pada mulanya ditahan di hospital Bukit Mertajam dan lepas tu dirujuk terus ke Hospital Besar Pulau Pinang. Nasib baik masa tu aku dah ada lesen motosikal, mudah la aku nak berulang - alik dari rumah ke hospital. Hampir 2 minggu ayah di hospital, ayah dibenarkan keluar dari hospital dan terus balik ke rumah. Pada saat itu, ayah hidup dibantu oleh pacemaker di dada. Kebiasannya orang kata

Kali kedua

Hampir setahun kemudian, masa aku dan ayah bercuti di Taiping. Tiba - tiba ayah rebah di hadapan pintu hotel dan aku terus telefon Hospital Taiping untuk datang ambik ayah. Aku dan mak bermalam di Hospital Taiping selama dua malam, kemudian ayah dihantar terus ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk baiki pacemaker ayah.

Untuk kali kedua, ayah masuk ke dewan pembedahan untuk baiki dua wire yang menyambungkan ke pacemaker. Alhamdulillah, sejak dari pembedahan kedua untuk membaiki dua wire yang terjejas, tak ada masalah dengan pacemaker ayah.

Follow up setiap tahun

Tahun ni genap 70 tahun umur ayah. Alhamdulillah, sejak dari 12 tahun lepas, aku tanpa gagal teman ayah untuk check keadaan pacemaker ayah. Selalunya, check up pacemaker tak ambik masa lama pun tapi bila rawatan di Klinik Kardiologi Hospital Besar Pulau Pinang ni faham faham la, punyalah ramai orang yang datang buat rawatan.

Ada yang mendaftar untuk kes baharu, ada yang nak buat rawatan jantung dan ramai jugak yang datang untuk periksa keadaan pacemaker depa. Kebanyakkannya orang tua yang mai check pacemaker tapi ada jugak dua tiga orang muda yang telah sakit.

Datanglah awal macam mana sekalipun, lebih kurang pukul 12-1 tengah hari baru boleh siap semua. 😝

Lagi satu tahun

Aku teringat check up tahun lepas bila Medical Assistant, Encik Guna bagitahu ayah yang jangkahayat bateri yang ayah guna tinggal dua tahun. Masuk je tahun ni, lepas buat pemeriksaan, jangkahayat pacemaker ayah dah menurun ke stage Estimated Remaining Life ke End of Life. So, apa yang lazimnya Klinik Kardiologi Hospital Besar Pulau Pinang buat adalah mengesyorkan pesakit untuk buat pemeriksaan dalam masa terdekat iaitu lagi enam bulan.

Kecut perut bila dengar apa yang Encik Guna cakap. Aku terus minta jumpa dengan doktor untuk tanya plan seterusnya untuk menggantikan pacemaker ayah yang hampir mencecah EOL.

Lepas je checked keadaan pacemaker, doktor terus aturkan untuk buat pemeriksaan jantung di makmal Echo. Lebih kurang 45 minit, laporan echo ayah menunjukkan keadaan jantung ayah baik seperti biasa.

Ayah merupakan pesara kerajaan, so boleh la mohon untuk dapatkan gantian daripada kerajaan menerusi JPA.

Gantian pacemaker baharu

Lebih kurang lagi enam bulan dah boleh bincang dan buat temujanji dengan untuk gantian pacemaker baharu. Aku harap ayah kekal sihat untuk teruskan penukaran pacemaker baharu Ayah.

Update 2 Julai 2017

Lepas lebih kurang dua bulan daripada last check up Ayah, aku selalu follow up dengan klinik Kardiologi Pulau Pinang untuk pacemaker replacement ayah. Alhamdulillah, kos untuk gantian Pacemaker baharu ditanggung oleh abang sulung aku. First quotation yang diberi oleh Klinik Kardiologi adalah RM11,700.00 untuk sebuah Pacemaker keluaran Boston Scientific. Seminggu lepas tu, dia bagi second quotation yang berharga RM12,720.00. Takpala, semuanya akan aku uruskan sebab aku tinggal dekat dengan hospital dan di Pulau Pinang

Prosedur

Lepas je dapat quotation, pihak Klinik akan bagitahu date bila untuk buat pembedahan gantian pacemaker baharu dan kemudiannya baru aku buat bank draft kepada syarikat Boston Scientific. Dua minggu lepas (sebelum raya), Staff nurse ada call aku. Dia bagitahu doktor pakar yang mengendalikan pembedahan gantian pacemaker ayah yang baru bagi empat tarikh untuk buat pembedahan iaitu 23/6, 28/6, 29/6 dan 30/6. Oleh kerana Raya dah dekat sangat iaitu 25/6, lepas je bincang dengan ayah pasal tarikh pembedahan tu, ayah setuju untuk buat pembedahan pada 28/6. So, lepas je confirm tarikh tu, semua arrangement telah dibuat oleh Staff nurse untuk pembedahan yang dilakukan oleh CRW ward (Wad Kardiologi). Aku kena ambil borang ward admission ASAP sebab hari Jumaat tu dah last day dan cuti panjang.

Lepas je dah confirm, dia bagitau yang 27/6 (iaitu Raya ke 3) ayah kena masuk wad dan 27/6 tu masih lagi cuti ganti bagi Raya. Pada masa yang sama, aku tak ada lagi masa tu sebab on the way balik dari Terengganu. Maka, arrangement has been made, abang ada untuk uruskan admission ayah pada 27/6.

Pertama kali buat Bank Draft

Ini kali pertama aku buat bank draft. So, aku ke CIMB Jelutong untuk selesaikan semua urusan. Dalam akaun ada RM12k yang digunakan untuk bayar kos Pacemaker baharu ayah. Sampai je bank, kerani minta aku isi borang dan kemudian diproses dekat kaunter. Masa kat kaunter, depa minta IC dan uruskan semuanya dalam masa 10min. Lama sikit sebab nak pastikan semuanya betul seperti nama syarikat, duit dalam akaun tu betul ke tak, pengesahan dari pengurus bank dsb. Bayaran dikenakan adalah RM6.00 untuk bank draft.

Pembedahan

Sepatutnya operation dibuat pada 28/6 tapi oleh disebabkan pacemaker tak sampai lagi, ia ditangguh pada 29/6 jam 2 petang. Tepat jam 2.45 petang, ayah masuk ke dalam dewan pembedahan dan jam 4.45 petang ayah keluar dan masuk balik ke wad CRW.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan keadaan ayah sihat walafiat selepas pembedahan. Hari Jumaat petang, 20/6 ayah dibenarkan balik sekarang ni ada di rumah aku untuk rehat dan minggu ni ada pemeriksaan post-box untuk tengok keadaan.

Akan update lagi untuk perkembangan seterusnya! :)

7 comments:

  1. Semoga ayah bro didalam keadaan sehat walfiat selalu. Ameen

    ReplyDelete
  2. Nak minta pendapat bro boleh? adik saya nak buat gantian pacemaker baru.. Sebelum ni pasang area perut sebelah kiri.. dan gantian pacemaker baru nanti doktor nak pindahkan dekat dengan bahu.. so? bagi pendapat bro.. nak kekalkan tempat sedia atau ikut kata doktor pindah dekat bahu

    ReplyDelete
  3. thanks for commenting. first of all, saya bukannya pakar kesihatan dan saya tak boleh nak komen apa apa berkenaan yang luar dari bidang saya. saya sarankan, bro tanya doktor yang berkenaan, apa recommendation dari pihak dia. macam kes ayah saya, dia nak bubuh pacemaker kat tempat yang asal sebab dia dah rasa selesa dekat situ. boleh tanya doktor apa concern dia kalau letak di tempat baru. tak silap saya, ayah saya cakap kalau letak di bahu akan terjejas sikit kesan daripada penggunaan telefon bimbit. cuba tanya detail mungkin dengan doktor

    ReplyDelete
  4. Apa pantang larang lepas operate pacemaker? Pls share. Mak sy first time akan pasang pacemaker lg 2 minggu insyallah

    ReplyDelete
  5. Biasalah makanan orang pantang seperti seafood, ikan yang gatai macam pari, kemudian tak boleh makan telur takut nanah dll. Tak ada pantang larang yang spesifik pun. Semoga dipermudahkan ya

    ReplyDelete
  6. Nak tanya bro ..apa pantang larang makanan selepas pembedahan pemasangan pacemaker..

    ReplyDelete