LONDON 9 Jun - Perdana Menteri, Theresa May menerima tamparan hebat apabila Parti Konservatif pimpinannya gagal memperoleh majoriti kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum, sehingga menyaksikan United Kingdom (UK) terpaksa berdepan situasi ‘Parlimen Tergantung’.
Situasi itu berikutan tiada parti politik yang bertanding memenangi majoriti kerusi di Parlimen selepas keputusan pilihan raya diumumkan hari ini.
Bagaimanapun, May bernasib baik apabila beliau berjaya mendapat sokongan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) sekali gus membantu Parti Konservatif untuk membentuk kerajaan bagi menyediakan keyakinan dan mengekalkan keselamatan negara itu.
UK #Election2017: full results#hungparliament
Was it a good decision #TheresaMay, not to wait until 2020? pic.twitter.com/gGE7UFx7rE
— mohammadali (@Realmhmdali) June 9, 2017
Parti Konservatif hilang 13 kerusi Parlimen berbanding sebelum ini, namun Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn menambah 29 kerusi.
Keputusan itu amat memalukan May apabila percaturannya untuk mengadakan pilihan raya tersebut lebih awal dengan tujuan bagi memperoleh mandat lebih kuat dalam mengendalikan pelaksanaan Brexit, memakan diri.
Parti Konservatif memperoleh 318 kerusi, gagal untuk memperoleh 326 kerusi majoriti manakala Parti Buruh memperoleh 261 kerusi dan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) memperoleh 35 kerusi.
Parti Demokratik Liberal (LD) memperoleh 12 kerusi dan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) memperoleh 10 kerusi.
Vote by age group (Sky Data on the day poll)
18-34
Lab 63%
Con 27%
35-54
Lab 43%
Con 43%
55+
Lab 23%
Con 59%
— Sky Data (@SkyData) June 8, 2017
Ekoran situasi politik yang huru-hara itu, Corbyn mengambil peluang menggesa May meletak jawatan.
“Mandat yang diperoleh May hanyalah ‘kehilangan’ kerusi Konservatif, hilang undi, hilang sokongan dan hilang keyakinan,” katanya.
Selain gesaan Corbyn, Perdana Menteri itu juga berdepan gesaan daripada ahli-ahli Parlimen daripada partinya yang meminta beliau ‘mempertimbangkan jawatannya sekarang’.
Namun May enggan berundur sebaliknya menegaskan negara ini memerlukan tempoh kestabilan dan partinya akan memastikannya kekal.
WATCH THIS!!!!!
From the absolutely fantastic @EL4JC who put together some incredible videos #GE2017 pic.twitter.com/EJrBDM8u3S
— ARTIST TAXI DRIVER (@chunkymark) June 9, 2017
“Dalam situasi sekarang apa yang paling penting untuk negara ini ialah tempoh kestabilan dan jika Konservatif memenangi banyak kerusi maka wajib untuk kami memperoleh tempoh tersebut dan itu yang akan kami lakukan,” katanya.
Berikutan ketidaktentuan politik itu dan parti yang akan menerajui kepimpinan UK maka hala tuju Brexit masih belum dapat dipastikan walaupun tinggal 10 hari lagi rundingan antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung pelaksanaan itu akan diadakan.
Parti Konservatif memaklumkan walaupun UK berdepan dengan ‘Parlimen Tergantung’, May akan berpeluang untuk membentuk kerajaan terlebih dahulu.
Here's how some of the UK papers are dealing with Theresa May and the controversial #GE2017 #Election2017 pic.twitter.com/8pfF17Rvbi
— Tom Marlow (@TomMarlow_) June 9, 2017
Parti LD membayangkan akan mengadakan pakatan sama ada dengan Konservatif atau Parti Buruh, manakala pemimpin SNP, Nicola Sturgeon dan DUP mungkin bergabung dengan Konservatif. – AGENSI
Conservatives lose their majority in the UK parliament. #GE2017 #UKElection2017 pic.twitter.com/PjnE0MKRUR
— AJ+ (@ajplus) June 9, 2017
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
0 Komen:
Post a Comment