Wednesday, June 07, 2017

Berebut jenazah anak akibat perkahwinan berlainan agama

[caption id="attachment_4661" align="aligncenter" width="618"] Situasi kecoh seketika ketika jenazah mahu dikebumikan -Foto Liputan 6.[/caption]
JAKARTA - Kejadian kematian seorang aktres, di sini cukup memberi pengajaran kepada masyarakat Indonesia yang berkahwin berlainan agama.

Mana tidaknya, dek kerana si ayah Islam dan emak Kristian, jenazah aktres berkenaan Yana Zein menjadi rebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikan mengikut ajaran agama masing-masing.

Memetik laporan media tempatan, kekecohan berlaku tatkala ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, lantas menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.

[caption id="attachment_4664" align="aligncenter" width="663"] Yana Zein[/caption]

Nurzaman yang hadir ditemani beberapa rakan terdekat, lantas melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran, dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.

Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.

Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.

Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia Khamis lalu akibat kanser payu dara, beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.

Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.

Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama.

Sumber : Sinar Harian





 

Ini la topik yang aku sering sembang dengan kawan - kawan sekerja "mat saleh" yang berkahwin dengan perempuan Indonesia. Macam mana depa boleh berkahwin dengan perempuan muslim sedangkan dia tak tukar pun agama dan gaya hidup sebagai seorang muslim.

Penjelasan yang diberi adalah; depa kahwin di Germany dan di negara depa tak ada pun undang - undang melibatkan perkahwinan melibatkan agama, tak ada pun concern tentang agama masa urusan perkahwinan. Kawan seorang lagi pula cakap, dia berkahwin di Indonesia dan tak ada masalah untuk mengekalkan kepercayaannya yang lama untuk berkahwin. Dan, persoalannya, agama apa yang akan dianuti oleh anak - anak depa?

Jawapan bagi soalan aku tu adalah; terpulang pada dia untuk pilih agama apa yang dia nak ikut. Tapi, bila dah duduk di negara luar dan hidup dengan budaya orang Eropah adakah dia akan cenderung untuk memeluk agama Islam?

Nampak gaya macam tak, wallahualam, tengok orang yang lahir dalam keluarga Islam pun dah jadi lintang pukang bila duduk kat eropah, apa lagi anak anak yang lahir dalam perkahwinan campur macam ni?

Mohon Allah jauhkan semua ni dari keluarga dan keturunanku!

0 Komen:

Post a Comment