Sunday, October 08, 2017

Sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Bru­nei, Sultan Hassanal Bolkiah

[caption id="attachment_4965" align="aligncenter" width="596"] Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri melambai kepada rakyat jelata[/caption]

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Okt. - Sambutan jubli emas pemerintahan Sultan Bru­nei, Sultan Hassanal Bolkiah diraikan dengan acara kemun­cak perarakan pasangan diraja sekeliling ibu kota yang dibanjiri rakyat dari seluruh pelosok negara untuk menyaksikan perayaan bersejarah itu.





Sejak awal minggu lagi bende­ra kebangsaan berkibar megah di serata tempat di sekitar bandar raya, di bangunan-bangunan kerajaan mahupun swasta,

Tembakan meriam 21 das dilepaskan sebagai menyempurnakan majlis ‘gendang jaga-jaga’ di bangunan Lapau di sini kelmarin, tanda bermulanya sambutan perayaan.

Simboliknya Brunei mempamerkan kepada dunia, bahawa seluruh rakyat menyanjung tinggi pemerintahan berkonsepkan ‘Melayu Islam Beraja’ di bawah kepimpinan baginda Sultan.



A post shared by HMjubliemas (@hmjubliemas) on








A post shared by HMjubliemas (@hmjubliemas) on




 



A post shared by HMjubliemas (@hmjubliemas) on




 
Sebagai anakanda sulung Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, pada 5 Oktober 1967, Sultan Hassanal Bolkiah yang ketika itu menuntut di Kuala Lumpur, mengambil alih tempat ayahandanya menerajui negara sebagai Sultan Brunei Ke-29 dan meneruskan legasi kepimpinan kesultanan yang berlanjutan sejak lebih 600 tahun dahulu.

Pada sebelah pagi, diadakan majlis menghadap Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengi­ran Anak Saleha yang dihadiri anggota kerabat diraja serta orang kenamaan di Istana Nurul Iman.



 



A post shared by HMjubliemas (@hmjubliemas) on






 



A post shared by HMjubliemas (@hmjubliemas) on






Sultan Hassanal Bolkiah bertitah, hubungan raja dengan rakyat tiada tembok pemisah antara mereka, dan adalah menjadi kewajipan bagi raja berlaku adil dan kewajipan rakyat pula ialah mentaati rajanya, sama-sama meme­gang amanah yang menjadi rukun kehidupan di Brunei.

Dari sudut hubungan Malaysia-Brunei, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, hubu­ngan dua hala Malaysia-Brunei berada pada tahap terbaik. – BERNAMA & Utusan.

2 comments:

  1. Sistem raja yang adil dan rakyat yang taat adalah tonggak kejayaan sesebuah negara..

    ReplyDelete