Tahun lepas, tanggal 12 Oktober menjadi tarikh penting bagi aku dan isteri, secara rasminya menjadi abah dan ibu kepada Rizqi. Tarikh keramat ni akan aku ingat sampai bila - bila. Duduk dari jam 7 petang sampai 3 pagi di wad bersalin, Hospital Pulau Pinang bagaikan semalam. Rasanya macam semalam je tengok Rizqi lahir tapi tut tut rupanya dah besar dan aktif merangkak sana sini.
Sambutan ulangtahun pertama di hospital
Ahad minggu lepas, Rizqi dah demam dan baik. Lepas je balik dari rumah pengasuh pada Selasa, badan dia panas sikit terutamanya kat kepala. Aku rasa tak sedap hati, lalu call wife dan dia balik dari tempat kerja. Kemudian, kami bawa dia ke klinik dan check suhu badan masa tu 36.7 deg C. Doktor kata Rizqi ok dan tak demam, balik dan main macam biasa.
Lepas je balik dari rumah, tidur dan lebih kurang jam 1030 malam suhu badan Rizqi jadi tinggi dan dia mula menangis dan menggigil. Risau dengan keadaan Rizqi, kami terus ke Hospital Balik Pulau dan dapatkan rawatan. Masa tu suhu dia dah 40 deg C. Terus kena mandikan dia sampai suhu badan turun jadi 38 deg C. Masa tu kami terus mintak keluar dan refer ke Hospital Pantai.
Sampai ke hospital Pantai, terus check dan admit ke wad. Puas jugak nak tidur malam tu dengan keadaan wad yang bising (bukannya anak pesakit yang bising tapi mak budak yang hingaq lebih), alhamdulilah pada Khamis, 12 Oktober dah boleh discharge. Puas jugak duduk wad 2 hari 3 malam, dari duduk bilik kongsi 4 ke kongsi 2 (actually kami je sebab katil sebelah kosong)
Alhamdulillah, pada hari yang kedua Rizqi dan tak demam balik dan dia cerita seperti sediakala, doktor pakar bagi kebenaran Rizqi untuk balik. Oleh kerana tak tau lagi pukul berapa boleh keluar, maka, buat la sambutan potong kek untuk Rizqi didalam wad. Hehe
[caption id="attachment_4991" align="aligncenter" width="500"] Antara gambar yang diambil semperna birthday Rizqi[/caption]
Video potong kek di Wad, Hospital Pantai, Bayan Baru :
Aktif
Sejak 9 bulan, Rizqi dah boleh merangkak dan berjalan ta-tih (dengan pegang sofa, kabinet TV dll). Merangkak punyalah laju macam berjalan rasanya. Letak je, terus merangkak laju untuk capai sesuatu yang dia nak. Memanjat ni tak payah nak cakap la, sana sini dia nak panjat. Kejayaan pertama dia adalah panjat tangga rumah, kemudian panjat sofa dan ketiga adalah panjat katil. Sejak dia mula berpusing dan menirap, Rizqi memang tak tidur atas katil dah. Takut jatuh. So, memang dia kena tidur kat bawah lah.
Orang dulu dulu kata tak bagus kalau anak merangkak lama, tu yang bagi walker la, buat macam - macam benda untuk bantu dia cepat berjalan. Tapi, kalau ikut kajian saintifik, lebih lama bayi merangkak lagi bagus. Sebab, apabila bayi merangkak, tangan dan kaki bergerak sekali dan merangsang otak.
Bila aku jumpa pakar dan dia terangkan bertapa pentingnya merangkak untuk bayi, aku baru sedar pelbagai mitos orang tua - tua dulu yang tak betul. So, untuk Rizqi aku tak beli apa pun alat bantuan berjalan. Biar dia belajar berjalan secara natural. Lambat pun lambat lah supaya dia betul - betul fit dalam apa benda yang dia buat.
Rizqi's Birthday trip
Ibu Rizqi dah lama sangat nak bawak Rizqi jalan - jalan ke Cameron Highlands. Bagi memenuhi hajat dan permintaan, kami pun pergi ke Cameron sebagai short-birthday-trip untuk Rizqi. Lepas je discharged, kami berehat dan esok hari terus ke Cameron!
I'm at Cameron Highlands - @mdchighlands in Cameron Highlands, Pahang https://t.co/EwQaDHFVyd
— Luthfi Suib (@LuthfiMY) October 13, 2017
Dah lama sebenarnya tak ke Cameron. Last masa wife mengandungkan Rizqi, beberapa hari je sebelum Rizqi lahir. So, kali ni bawak Rizqi exactly selepas setahun.
Lepas je rehat dan tidur di Tanah Rata, kami terus ke tempat - tempat favorite ibu (dan abah jugak!) seperti dua Ladang teh iaitu Boh dan Bharat dan Cameron Lavender. Pheww.. Boleh tahan sesak jugak bila nak ke Lavender tu. Jalan ada sikit jem, mungkin orang baru sampai kot.
[gallery size="large" link="none" type="rectangular" ids="4981,4982,4983,4985,4986,4988" orderby="rand"]
Harapan dan doa
Tak banyak yang aku harapkan. Aku doa agar Allah SWT berikan kesihatan berpanjangan kepada anak aku dan sekeluarga untuk mudahkan segala urusan kami dan kehidupan kami. Aku harap Rizqi membesar dengan sihat, riang seperti kanak - kanak yang lain. Cepat besar, dan boleh pergi sekolah! AMIN!
[caption id="attachment_4987" align="aligncenter" width="525"] Gambar kami bertiga di jalan Simpang Pulai - Cameron otw balik. Kawasan berkabus[/caption]
Throwback gambar Rizqi dari lahir sampai lah ke setahun! :)
[gallery link="none" size="large" type="rectangular" ids="5011,5012,5007,5008,5013,5016,5014"]
Semoga Riqzi menjadi Anak soleh..
ReplyDeleteYa.
Tidak dinafikan merangkak bagus untuk perkembangan otak Anak anak