Sunday, December 31, 2017

Merenung kembali 365 hari untuk tahun 2017

Hari ini merupakan hari terakhir kita semua untuk tahun 2017. Cepat kan? Cepat betul masa berlalu pergi, macam semalam je baru tahun baharu 2017 tapi dalam sedar, ia dah menemui hari yang terakhir.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”- Hadis Riwayat Termizi

Sepanjang perjalanan dalam helaian muka surat 365 hari, ada banyak sangat peristiwa suka dan duka yang terjadi dalam hidup aku, yang tersayang dan insan sekeliling. 365 hari yang lepas, merupakan hari yang sangat bermakna, yang menjadikan diri aku sekarang seorang manusia yang lebih baik daripada tahun - tahun yang lalu. Semua orang mesti ada niat untuk menjadi yang lebih baik setiap tahun, bukan? Aku pun.

Saturday, December 30, 2017

10 perkara yang fresh graduate patut tahu setelah dapat kerja!

Moving on daripada tamat belajar ke alam pekerjaan adalah satu fasa yang penting dalam hidup. Ini merupakan satu milestone yang baharu dalam kehidupan seseorang kerana ia berkiatan dengan masa depan. Ada orang yang suka belajar dari kecik sekolah tadika sampailah ke universiti, tak habis dengan diploma, disambungnya pula Ijazah (degree) kemudian Master dan Doctorate, panjang sungguh masa belajar tu.

Hakikatnya, zaman belajar dan menuntut ilmu ni sangat berbeza dengan alam pekerjaan. Yelah, masa zaman belajar kita hanya disuruh belajar tapi bila dah bekerja kita dibayar untuk melakukan kerja seperti yang terkandung dalam Job description (JD) dan kontrak masa kita mula tandatangani dahulu.

Wednesday, December 27, 2017

Mudahnya bayar PTPTN secara online dengan JomPAY!

Suka aku nak kongsi dengan kawan - kawan dan pembaca diluar sana langkah pembayaran pinjaman pendidikan PTPTN ni. Untuk info, sekarang ni hutang PTPTN kita dah disenaraikan di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia.

Adalah digalakkan untuk hampa semua ada rekod pembayaran balik pinjaman PTPTN ni sebab ia akan menyebabkan rekod CCRIS kita nampak cacat dan "huduh" secara langsung menyebabkan nanti nak beli rumah ke apa ke, bank tak suka dan tak approve.

Yang paling teruk, hampa takmau bayar sangat nanti ke blacklist baru tau, tak pasai - pasai tak boleh ke luar negara. Baru ada akai time tu. Haha! Baik hampa check kat sini

Monday, December 18, 2017

Review : Makan malam di restoran Le Boss, Sungai Petani

Ahad minggu lepas, lepas je balik dari Alor Star, aku dan Mekna buat keputusan untuk singgah makan malam di Sungai Petani sebelum balik Pulau Pinang. Dalam kereta, kami berbincang dimana tempat yang kami nak tuju sebab sepanjang perjalanan di atas lebuhraya PLUS hujan dan tampak macam hampir nak berhenti.

So, bincang punya bincang kami bersetuju untuk ke restoran LeBoss yang kami berhajat untuk kunjungi tahun lepas tapi tak dapat sebab restoran full house. Alhamdullilah rupanya kali ni rezeki kami untuk makan disini.

Friday, December 01, 2017

Selamat tinggal, kawan-kawan di BMI!

Hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja di tempat kerja sekarang. Ia merupakan hari yang aku tak akan lupa sampai bila-bila, selain hari pertama aku menjejakkan kaki ketika temuduga, dan jejakkan kaki kesini, 7 tahun 1 bulan dan 11 hari yang lalu. Tujuh tahun berlalu pergi yang sangat pantas!

Aku tinggalkan tempat kerja pertama yang aku kerja selepas tamat belajar di politeknik. Ia bukan lah satu keputusan yang mudah, tapi aku anggap ia salah satu hijrah yang aku perlu lakukan untuk masa depan. Biasalah, semua orang kata sangat susah untuk buat keputusan berhijrah tempat kerja lebih lagi kerja pertama. Tambahan pulak, aku tak ada masalah dalam bekerja, ada environment kerja yang baik dan paling penting dapat boss yang baik.