Friday, December 01, 2017

Selamat tinggal, kawan-kawan di BMI!

Hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja di tempat kerja sekarang. Ia merupakan hari yang aku tak akan lupa sampai bila-bila, selain hari pertama aku menjejakkan kaki ketika temuduga, dan jejakkan kaki kesini, 7 tahun 1 bulan dan 11 hari yang lalu. Tujuh tahun berlalu pergi yang sangat pantas!

Aku tinggalkan tempat kerja pertama yang aku kerja selepas tamat belajar di politeknik. Ia bukan lah satu keputusan yang mudah, tapi aku anggap ia salah satu hijrah yang aku perlu lakukan untuk masa depan. Biasalah, semua orang kata sangat susah untuk buat keputusan berhijrah tempat kerja lebih lagi kerja pertama. Tambahan pulak, aku tak ada masalah dalam bekerja, ada environment kerja yang baik dan paling penting dapat boss yang baik.

Hijrah


Hijrah merupakan satu perkataan yang paling sesuai untuk keputusan yang aku buat sekarang ni. Bila dah terlalu lama untuk bekerja di sesebuah tempat, bila dah hampir "mahir" dalam sesuatu bidang sampai dah tak ada lagi tempat dan peluang untuk diterokai, aku rasa ia merupakan salah satu faktor utama untuk berhijrah.

Hijrah tak semestinya kena lakukan bila kita berada dalam keadaan tak disukai atau terdesak  tapi seharusnya dilakukan ketika kita tengah sedar berada pada keadaan yang perlu berubah. Ada pepatah orang putih yang mengatakan You will be change if you not change, bermaksud kalau diri kita tidak berubah, nanti pasti kita akan diubah.

Ambil kata - kata tu dengan positif dan aku tekad dalam hati yang aku perlu lakukan perubahan untuk masa depan dan kerjaya aku.

Tak mahu terlalu "selesa"


Berada didalam satu keadaan yang selesa dan tak mahu untuk berubah tempat adalah salah satu tanda confort zone. Sebagai seorang yang muda, aku rasa ia satu tanda yang tak berapa baik untuk kerjaya. Untuk kekal di satu tempat kerja adalah terbaik tambahan pulak syarikat tu betul-betul stabil, tak salah untuk menjadi pekerja yang setia kepada syarikat tapi bukan pada usia yang muda!

Orang muda harus sentiasa sahut cabaran baharu, sentiasa terokai bidang bahru dan belajar benda baharu untuk masa depan. Kalau syarikat tu boleh bagi peluang untuk semua tu, tak salah untuk terus kekal disana tapi sebaliknya tak lah dapat peluang untuk lihat dunia luar dan cara kerja yang lain.

Strategi untuk tambah pendapatan


Untuk pekerja swasta, gaji, majikan dan tempat kerja merupakan salah satu faktor untuk seseorang bekerja di syarikat berkenaan atau tidak. Boleh dikatakan semua orang bekerja oleh disebabkan gaji, berapa peratus je yang bekerja untuk kepuasan dan kerjaya diri sendiri. Oleh tu, dengan berhijrah ia merupakan salah satu cara untuk menaikkan basic salary seseorang dan mungkin boleh dapat lebih daripada yang dapat sekarang.

Konsep ni lain dengan pekerja kerajaan yang selalunya kerja, cukup masa tekan mesin ATM dan enjoy tanpa perlu mengira faktor lain sebab pekerjaan sebagai penjawat awam adalah stabil dan terjamin. Even, kalau tukar kerajaan persekutuan sekali pun depa masih rilek dan protective.

Nak jump ship perlu ada strategi dan perlukan perancangan yang rapi. Silap lompat boleh lompat masuk longkang. Hahahaha! Lebih baik ambik pengalaman sekurang-kurananya 3 tahun di sesebuah tempat sebelum lompat ke tempat lain.

Syukur


Syukur alhamdulillah dengan rezeki dan perancangan yang diatur olehNYA. Aku yakin dengan setiap keputusan yang aku buat dan aku amat gembira kerana dapat bekerja di sebuah syarikat yang bertaraf MNC yang besar di Malaysia. Insyallah, Isnin depan aku akan lapor diri di tempat kerja baharu di Perai.

Terima kasih kepada isteri, keluarga dan kawan-kawan atas segala nasihat dan sokongan selama ni. Tukar tempat kerja bukan satu tindakan dan keputusan yang mudah sebab ia mendatangkan kesan bukan hanya kepada diri aku saja malah kepada insan lain.

[caption id="attachment_5232" align="aligncenter" width="500"]Aku dengan superior, Lim Chia Ching yang bukan sahaja seorang boss ditempat kerja malah dia pun seorang abang kepada aku. Tak pernah lokek untuk berkongsi, nasihat dan tak pernah berhenti untuk beri tunjuk ajar untuk aku sejak 7 tahun lalu Aku dengan superior, Lim Chia Ching yang bukan sahaja seorang boss ditempat kerja malah dia pun seorang abang kepada aku. Tak pernah lokek untuk berkongsi, nasihat dan tak pernah berhenti untuk beri tunjuk ajar untuk aku sejak 7 tahun lalu[/caption]

0 Komen:

Post a Comment