Friday, May 04, 2018

Kini rasmi, Luthfi consultant Zurich Takaful


Alhamdulillah, lepas je aku lulus exam TBE, aku terus secara rasmi mendaftar dan menjadi ejen rasmi Zurich Takaful yang berpengkalan di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Tak mudah sebenarnya proses untuk menjadi seorang ejen Takaful, ia perlu semangat dan dorongan daripada semua pihak bukannya diri kita sendiri je. Tak semua orang mampu untuk jadi kuat dan istiqamah dalam bidang ni.

Kenapa Takaful?

Aku percaya bidang takaful ni sangat penting dan perlu diketengahkan kepada semua terutama orang Melayu - Islam yang masih lagi kurang terdedah dengan kepentingan mempunyai perlindungan takaful.

Oleh kerana aku memang suka bercakap dan berjumpa dengan orang ramai, aku rasa bidang ni amat menarik dan aku percaya aku boleh pergi jauh dalam bidang ni, dengan matlamat utama iaitu dakwah dan menyedarkan seramai mungkin untuk menguruskan risiko yang kita ada.
Aku dah buat banyak research tentang second income dan aku buat kesimpulan untuk jadi salah seorang ejen Takaful sebab aku nak membantu orang lain berbanding dengan meniaga barang, join MLM, buat blog, dan lain - lain lagi.

Misi Menyelamat

Atas dorongan dan nasihat daripada leader, Rusydi Zainul yang merupakan kenalan sekerja di tempat kerja lama, aku bersemangat untuk menyertai "kem menyelamat". Kenapa menyelamat?

Kerana, bayangkan orang diluar sana tak ada perlindungan yang mencukupi, kalau ditakdirkan meninggal dunia apa yang akan terjadi dekat anak dan isteri? Seorang suami dan ayah pencari nafkah untuk keluarga. Apa akan jadi dekat kehidupan tanpa ayah yang bergantung harap selama ni hilang, tambahan pulak dihimpit dengan krisis kewangan.

Tu okay lagi sebab dah mati, lepas tanam settle lah cuma family dan waris je struggle. Tapi kalau masih hidup, terlantar atas katil, siapa yang nak jaga? Anak? Isteri? Depa kena sekolah dan kerja. Kalau isteri la yang ambik alih jaga diri kita, macam mana nak dapat duit tanpa bekerja? Mana nak cari duit untuk belanja dan tanggung keluarga?

Sebab itu lah aku terus terdetik nak jadi ejen takaful berbanding dengan ejen- ejen lain diluar sana.

Persiapan diri sendiri

Alhamdulillah, lepas aku berhijrah kerja baharu pada Disember tahun lepas, ia salah satu punca atau triggering point untuk aku sedar bahawa pentingnya perlindungan takaful untuk aku dan yang tersayang. Jika apa - apa yang terjadi pada aku, aku tak nak keluarga aku menderita ataupun tersiksa sebab kesempitan wang ataupun kepayahan untuk cari duit untuk ubat kesakitan aku.

Aku tak nak susahkan orang lain, terutamanya anak aku yang masih lagi kecil. Sekurang - kurangnya, ada la sikit duit yang menampung perbelanjaan dia (memang la tak mampu nak tampung sampai dia besar, tapi ada lah sikit buat dia) jika ditakdirkan aku mati pada usia yang muda.



Kalau aku yang jual takaful ni tak ambik produk yang aku nak jual mestilah pelik kan? Sebab tu lah aku kata semuanya ni terjadi sebab kesedaran diri sendiri dan sekeliling. Aku tak mahu perkara yang buruk terjadi pada orang lain terjadi dekat orang yang aku sayang dan aku kenal, so aku ada tanggungjawab nak kongsi dengan depa akan pentingya perlindungan ni.

Nak beli atau tidak itu kisah nombor dua. Janji, bahagian aku dalam berdakwah ni dah settle! 

Takaful Life vs Medical Card - apa patut hampa tahu?

Kebanyakkan orang yang aku jumpa masih lagi keliru akan kedua - dua buah produk perlindungan ni. Ramai yang rasa ada Medical Card sudah cukup selamat dan "insured" padahal Medical Card tu tak ada apa function pun selain bayar bil hospital kerajaan!

Perlindungan yang semua orang patut ada adalah Takaful Life atau Life Insurance yang mana akan melindungi kita dan orang yang tersayang bila ditimpa musibah. Contohnya, dana jika ditimpa penyakit kritikal seperti kegagalan buah pinggang, kemudian dana jika ditimpa kelumpuhan atau ketidakupayaan untuk bekerja dan yang paling penting adalah wang pampasan jika kita meninggal dunia.


Kenapa suka sangat dok cakap pasal musibah ni?

"Orang yang jual insurans atau takaful mesti dok cakap benda negatif atau benda buruk. Asyik mati, mati, mati dan mati. Sakit, sakit, sakit dan sakit. Bosan!" bak kata orang ramai.

Aku kena cakap pasal musibah sebab ia datang tanpa disedari, tak dijemput dan tak tahu bila akan menimpa kita. Takkanlah kita nak tunggu ditimpa musibah baru lah nak beli perlindungan itu ini kan? Tak!! Sebab tu ramai orang kata kena beli perlindungan ketika masih sihat walafiat. Bila dah sakit, langsung tak boleh nak buat apa dah!

Istiqamah

Hari ni dah masuk hampir sebulan aku berada di dalam industi ini sebagai sambilan. Aku harap aku terus istiqamah dalam misi aku untuk dakwah dan sedarkan orang ramai agar memiliki polisi perlindungan takaful yang ideal dan mampu.


Apa - apa boleh call aku di nomnbor diatas.

0 Komen:

Post a Comment