Tuesday, June 19, 2018

Salam Aidilfitri 2018!

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya tiba masa untuk semua orang Islam meraikan Hari Raya Puasa. Di Malaysia, 1 hb Syawal 1439 H disambut pada 15 Jun 2018 iaitu hari Jumaat.

Sebenarnya, tahun ni sepatutnya giliran aku dan family beraya di Pulau Pinang tapi oleh kerana dah lama tak balik kampung sebelah Mekna, akhirnya kami sambut raya di Dungun, Terengganu.

Oleh kerana tahun ni aku bertukar tempat kerja dan majikan baharu bagi cuti tahunan yang terhad, terpaksalah aku meraikan Hari Raya mengikut cuti yang ada sahaja. Nasib baik hari tu cuti pilihanraya diganti pada 14 dan 18 hb Jun, so aku ambik cuti satu hari awal iaitu 13hb dan ini bermakna cuti raya aku selama 6 hari. Alhamdulillah, baik daripada 3 hari je kan!?

Bertolak balik kampung


12hb malam, lepas je balik kerja aku terus balik rumah dan bersiap-siap untuk bertolak balik kampung. Sebenarnya nak tunggu balik 13hb malam tapi rasanya tak mau nak buang masa baik terus balik 12hb malam. Dah lama sebenarnya aku tak drive balik kampung time malam - malam ni, rasanya ok lah kot.

Dalam jam 1030 malam, Mekna drive dulu dari Balik Pulau sebab nak suruh aku berehat dulu nanti sampai dekat area Kulim baru aku pulak yang drive. Sampai je dekat Petronas BKE, aku terus ambik alih pemanduan dan terus ke Gerik.

Sepanjang perjalanan ke Gerik, alhamdulillah mata masih segar bugar tapi sampai je Gerik terus jadi mengantuk. Apa lagi, berhenti rehat dan lelapkan mata sekejap lah di R&R Gerik sambil makan sebijik burger. Dalam jam 1 pagi, mata dah cerah dan tak mengantuk sangat, aku teruskan perjalanan balik ke Pantai Timur.

Sejam lepas tu, sampailah aku dekat Hentian Titiwangsa. Kat situ pun jadi persinggahan yang agak lama, dari jam 2 pagi sampailah jam 4 pagi aku berhenti rehat dan tidur. Apa boleh buat, dah berjalan masa malam kena buat macam ni lah, kalau tidak lagi la bahaya nak memandu sambil mengantuk. Kan? Dah la banyak sangat kes microsleep sekarang ni.

Sampai je Jeli, aku berhenti sahur di gerai berdekatan Petronas Jeli. Baru perasan yang waktu Subuh kat situ awal, so cepat-cepatlah makan dan ready untuk Subuh. Lepas subuh, aku terus drive tapi tak lama lepas tu kena tukar driver pulak sebab mengantuk. Mekna drive dari Kok Lanas sampai Kuala Terengganu. Aku dah tak boleh nak tidur pulak walaupun mengantuk. Huhu.

Perjalanan balik sangat - sangat smooth dan tak ada jem langsung. Mungkin orang dah balik awal ataupun malam 13 hb baru depa nak start drive balik kot? Kali ni perjalanan balik raya yang paling perfect bagi aku.


Tema Raya Tahun 2018


Untuk pertama kali, Raya buat kali ketiga ni baju raya kami tak sedondon. Sebenarnya, warna tema kami adalah "Pakatan Harapan" mengambil semangat Malaysia Baharu la kononnya.

Masa beli baju raya di Sungai Petani masa dua minggu sebelum raya, masa bawak baju Mekna dan padankan dengan baju aku nampak macam sama, cuma yang perasan baju Rizqi agak terang. Takpalah kot sebab dia baby lagi, so bagi la baju yang sikit terang dari kami.

Tapi bila sampai je rumah dan padankan baju aku dengan baju Mekna nampak sangat tak sama warna! haha, lain kali nak padankan warna baju kena ambik dari kain bukannya baju. Tapi takpalah, warna dah seakan - akan dah. Cuma lari sikit je *pujuk hati Ibu*

Pagi raya 


Seperti kebiasaan, aktiviti untuk Hari Raya Pertama adalah sama seperti tahun - tahun yang sebelumnya dan tak kira la disambut kat mana pun. Aku solat sunat Hari Raya di Masjid Felda Kerteh Satu yang terletak 700 meter dari rumah pusaka peninggalan arwah pak mertua. Lepas solat, balik makan dan tunggu ketibaan budak - budak mai beraya.

Juadah raya tahu ni adalah Nasi Minyak dan Ayam Pencen masak ros yang disediakan oleh Mekna dan adik beradik ipar. Sedap, ni antara juadah raya yang aku suka bila beraya di Pantai Timur.

Tahun ni tak ramai sangat budak - budak mai beraya. Mungkin, ada yang balik kampung belah satu lagi ataupun depa beraya dekat rumah je? Tak meriah sangat, nampak suram. Kami tunggu sampai pukul 1030 tak mai - mai, apa lagi, terus tutup pintu dan buat aktiviti ziarah jiran tetangga.
Sampai je rumah jiran sebelah, dia macam dah tahu yang aku ni memang minat Tapai, apa lagi sampai je terus bedal tapai satu besen. Tapai kat sini memang manis - manis dan sedap. Tapai sini dibungkus dalam daun getah dan kecik molek je. Sebab tu la makan satu besen pun tak puas.

Selain dari nasi minyak dan tapai, kebanyakkan juadah yang boleh didapati bila beraya di Terengganu ni  adalah Satay. Tak lengkap rasanya Raya kalau tak ada satay. Depa memang rajin-rajin. Sebab tu la banyak juadah raya depa dan semuanya sedap -sedap berbanding dengan makanan dekat belah utara ni. Huhu asyik -asyik lontong, mee goreng, dll. Hehe

[caption id="attachment_6063" align="aligncenter" width="500"] Susah nak ambik gambar dengan Rizqi[/caption]

[caption id="attachment_6064" align="aligncenter" width="500"] Tengok Rizqi yang tak mau pakai songkok[/caption]

[caption id="attachment_6066" align="aligncenter" width="500"] Aaaaaaa, Rizqi nak makan kacang![/caption]

[caption id="attachment_6065" align="aligncenter" width="500"] Ibu adjust sampin sikit, dah nak terlondeh[/caption]

 

Petang raya 


Lepas je solat Jumaat, kami terus balik kampung di sebelah ibu Mekna dekat Ajil, Hulu Terengganu. Perjalanan ambik masa hampir satu jam menerusi Lebuhraya Pantai Timur 2. Dah lama tak balik kampung, dah setahun sejak raya tahun lepas. Nak buat macam mana, tak ada masa nak balik kerap - kerap macam orang lain. Lagipun jauh.

Tokki, masih sihat walaupun sudah berumur 80an. Tapi sihat cara dia lah, mengesot untuk kesana dan kemari. Masuk dan salam dengan Tokki. Kami ke rumah mak saudara yang lain disebelah kampung sana. Alhamdulillah, hari raya ni dapat peluang untuk eratkan lagi silaturahim sesama keluarga. Walaupun aku orang baharu dalam keluarga yang besar ni, aku disambut baik dan sembang macam dah kenal lama. Haha

Kesempatan ni jugak dapat tengok saudara baharu yang baru je lahir sebulan yang lepas. Syoknya pegang baby yang comel dan bau baby. Tiba - tiba rindu masa Rizqi kecik - kecik dulu.


Petang di Pantai Sura


Petang di Pantai Sura, Dungun kami ambik peluang untuk duduk santai sambil tengok keadaan sekeliling. Tak silap aku, last mai sini masa aku kahwin 3 tahun lepas dengan mak ayah. Keadaan sekeliling tak banyak berubah, cantik permandangan laut dan pantai.


Singgah KL makan meatball IKEA 


Raya ketiga lepas sarapan kami terus balik ke Penang. Kali ni lepas tengok berita dan update dari laman sosial rasanya tak wajar guna jalan Gerik sebab selalunya Raya ketiga ni la yang paling jem teruk. Tambahan pulak, anak sedara Mekna nak tumpang untuk balik ke kampus UTP di Tronoh. So memang kena balik kot KL lah.

Kami keluar rumah jam 1030 pagi dan sampai KL enam jam lepas tu. Perjalanan diatas Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 sangat smooth tapi jumlah kenderaan yang banyak menyebabkan sikit kelewatan. Bagi aku, tak ada masalah sangat sebab bukannya rushing pun.

Aku berhenti sat di R&R Temerloh untuk buang air dan 5 minit lepas tu pulak si Rizqi berak. Takpala, aku terus ke susur keluar Temerloh dan dalam masa yang sama cari makanan untuk si kecik tu.

Ni kali pertama aku turun ke Mentakab, masa keluar dari LPT jalan jem sikit sebab berlaku kemalangan. Tapi lepas daripada tu dah lancar. Kali pertama jugak aku tengok suasana di barat Pahang. Menarik, dan nama - nama tempat dia pun menarik.

Kami masuk semula ke LPT melalui Plaza Tol Lanchang sampai la ke Kuala Lumpur.

Sampai je IKEA Cheras, terus ke area restoran sebab dah lapar sangat. Mana taknya, hanya makan cikedis sepanjang 6 jam perjalanan sebab takmau beratkan mata. Kalau makan nasi, mula la mengantuk la apa semua ada. So, perut dah masuk angin. Layan je!

Cheras - Kampar - Tronoh


Lepas habis makan, kami terus ke Tronoh untuk hantar anak menakan Mekna ke UTP. Perjalanan dari Cheras sepatutnya hanya ambik masa lebih kurang 3 jam. Lepas makan paham - pahamlah punyalah mengantuk. So, sempat berhenti solat maghrib di R&R Ulu Bernam sebelum teruskan perjalanan.

Ni bukan first time aku ke Tronoh, banyak kali dah. Tapi ni kali pertama aku turun melalui Tapah untuk ke Tronoh guna jalan Kampar. Menyeramkan! Perjalanan dari Pekan Kampar ke Tronoh sangat mencabar dan seram sebab lalu jalan bermacam - macam jenis.

Memula masuk dari pekan, kemudian ke perumahan, lepastu ke sungai, sawah padi, then sawit, sawit, sawit dan sawit baru sampai ke Tronoh. Fuh! Dah la malam, kalau siang boleh la tengok keadaan sekeliling. Mencabar betul. Tapi sekurang-kurangnya aku dah tau jalan tu tembus ke mana dan macam mana keadaan jalan.

Apa yang Waze cadangkan tu tak salah cuma kita nak bawak kereta je yang tak berapa best sikit.

Kembali bekerja


Hari ni hari Raya kelima aku dah masuk balik kerja. Hmm, lemah betul rasa bila melangkah masuk ke office. Haha Tapi taktau la nak buat macam mana tak ada pilihan sebab cuti tak banyak. Bagi aku, tak ada masalah nak bekerja masa raya ni. Mood raya kan sebulan?

0 Komen:

Post a Comment