Monday, October 22, 2018

Selamat ulangtahun kelahiran ke 2 anakku, Muhammad Rizqi!


Tanggal 12 Oktober berlalu pergi 3 minggu yang lepas...

Genap usia anakku Rizqi dua tahun, dia membesar dengan cepat dan sihat. Dia sekarang ni makin pandai. Alhamdulillah, aku syukur dengan kurniaan-mu Ya Allah.

Bila masuk umur dua tahun ni ramai orang kata fasa umur dua tahun ni la yang abah & ibu kena sabar banyak-banyak sebab umur ni anak masih "tak faham Melayu" katanya. Hahaha

Monday, October 15, 2018

Saleem Iklim meninggal dunia

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Penyanyi terkenal A.M. Saleem Abdul Majeed atau lebih dikenali sebagai Saleem meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pukul 6.15 pagi tadi.

Kenyataan itu disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.

Jenazaah Saleem yang ketika jni masih berada di hospital akan dibawa ke Surau As- Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.

Saleem yang popular bersama kumpulan Iklim menerusi lagu Suci Dalam Debu ini dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 21 September lalu yang menyebabkan penyanyi itu patah tulang rusuk - UTUSAN ONLINE